Search

RSS

Monday, March 22, 2010

coretan dari hati kecil seorang Hamba


Assalamualaikum w.b.t

Ntahla..hati ini tiba-tiba saja sebakbila terbaca berita dalam akhbar metro online..banyak sangat berita tentang kematian..sebak dan takut..itu yang dapat ana rasakan sekarang ini..bersediakah diri ini untuk dijemput Illahi????? sudah cukupkah amalan-amalan yang dilakukan selama 20 thn hidup di medan persinggahan ini untuk ke destinasi yang kekal abadi nanti??? persoalan tersebut slalu bermain dibenak fikiran ini sejak kebelakangan ini. tak dapat digambar bagaimana rasanya sakitnya mati itu. bagaimana cara kematian itu berlaku. Ya Allah...ampunkan aku di atas segala kekhilafanku selama ini Ya Allah...

lalu... hati ini terus berbisik.............
timbul keinsafan yang sangat mendalam daam diri ini..
hati ini terus berbisik....
memberi nasihat untuk diri yang alpa ini, selagi mana masa dan peluang yang ada ini..tingkatlah amal ibadatmu, berbuat baikla sesama insan, dekatkan dan eratkan hubunganmu dengan Pencipta dan sesama makhluk Allah. Berbaktilah kepada ibubapamu selagi mana kamu mampu. lakukanlah yang terbaik untuk dirimu dan orang lain selagi mana sempat.

Sesungguhnya hidup di dunia ini hanyalah sementara. Dunia hanyalah tempat persinggahan dan medan ujian bagi insan yang bernama manusia..nasiya..manusia mudah lupa..bangkitlah dari kealpaanmu!! sesungguhnya kehidupan di alam sana adalah yang kekal abadi..kehidupan yang penuh dengan kenikmatan bagi yang berjaya dalam medan ujian di dunia dan begitu juga sebaliknya..

selamat menempuhi ujian dan peperiksaan yang sangat penting ini..exam yang hanya dihitung dan dapat dilihat keputusannya pada akhirat kelak. lakukanlah yang terbaik. buatlah persediaan yang sebaik-baiknya.

semoga berjaya menjadi hamba yang solehah, berjaya d dunia yang fana dan akhirat yang kekal abadi. bertaubatlah dari sekarang. bangkitlah dari tidur lenamu..igatlah pesanan hati ini wahai diri ini....


bingkisan kalbu,
dr hati kecil
insan yang alpa..
.

Sunday, March 21, 2010

Diari lara seorang musafir

Ya Allah..
Aku rindu pada-Mu
Kapan Engkau ingin menjemputKu Ya Allah..
Aku ingin bertemuMu..

Ya Allah...
Hanya Engkau sahaja yang tahu..
betapa laranya hatiku ini..
Hidup ibarat musafir lalu..
tidak dipedulikan..
tidak jua diendahkan..
bagai melukut ditepian gantang..
hidup terasing..tiada teman

Ya Allah...
betapa beratnya dugaanMu ini..
betapa laranya diri ini..
hidup sentiasa diulit sepi
hanya tikar sejadah peneman diri..
tapi ku tahu..
ini semua dugaan dari-Mu sebagai tanda sayangnya Mu padaku..

kenapa manusia hanya pandai menghukum
hidup ini bagaikan tergantung
kenapa mereka tidak menghitung
diri sendiri tidak menaggung..

Ya Allah..
aku tahu..
aku hanya lah manusia biasa..
aku adalah manusia hina..
tapi aku memohon pada-Mu..
semoga diriku tidak begitu disisiMu




Ya Allah..
kapan kita akan bertemu...
Aku rindu padaMu..







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails