Search

RSS

Sunday, August 29, 2010

Tabarruj: suatu peringatan


Pandangan Ulamak (Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al-Rashta) Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya di dalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat. Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Shar'ei. Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalahTabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak.

Dalil tentang perkara ini adalah;"Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" [TMQ An-Nur (24):31].

Seseorangwanita itu dilarang untuk berjalan dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu,berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat)adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Allah Subhanahu wa Taala berfirmaN

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka ....." [TMQ An-Nur (24) : 31]

- "kecuali yang (biasa) nampak daripadanya" bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda:

"Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan" [Riwayat Abu Dawud]

Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan melabuhkannya ke dada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Allah Subhanahu wa Taala

"Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya..." [TMQ Al-Nur (24) : 31]

Yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian kepala, telinga dan leher,hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.

Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:"tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya".

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan 'aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkankain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang'aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA.

Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalamhatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik." (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada 'aurat wanita juga. Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan"Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari'at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

"Asma' binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu haridengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :" Wahai Asma', sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini." Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.

Tabarruj Dalam Konteks Facebook

Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa?Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan,pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak,memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon danpersepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi! Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah dirisebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawan sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!


Kesimpulan


Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalahTabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu yang dilarang. Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan di atas,adalah Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaandan realiti persekitaran di mana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan di sana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan mengetahuinya. Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukumTabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas,dimana seseorang wanita itu dilarang untuk membuka auratnya, walaupun tidak menarik perhatian.

Sumber: Islamic revival & Salafus-sholih.blogspot.comJangan ingat lelaki tidak perlu ambil endah berkenaan hal Tabarruj ini. Ingatlah, nanti kita akan mendirikan rumah tangga..Akan mempunyai anak dan mungkin kita akan mendapat anak perempuan. Kitalah yang akan dan perlu mendidik mereka.


Thanks 4 spending ur time here..






*artikal ini dipetik dr FB-post by ustaz zubair

Friday, August 27, 2010

Rintihan dlm Munajat

"Senja usia melamar diri
Biarpun masih muda
Namun bukan jaminan
Untuk tidak kembali padaNya

Lautan yang tenang bisa ombak mengganas
Inikan pula manusia kerdil
Yang begitu rakus meratah dunia
Ada apa dengan dunia?
Sehingga kita terpana
Dengan sedikitnya nikmat Tuhan
Kelalaian menerjah
Tatkala gagah menguasai diri
Sukar sekali melawan nafsu


Apa nasibku Tuhan,
Tika aku dipanggilMu pulang
Membawa bekalan apa
Setelah Engkau memberiku kehidupan
Gembirakah aku dijemputMu
Atau kehidupanku menjadi ngeri di sana

Erat genggaman azam
Untuk memperbaiki diri
Namun khuatir
Apakah nasib di penghujung
Sedang Hidayah milik Tuhan

Bisikkan pada hati
Milik Tuhan kini selamanya
Jangan sombong sujud menyembah
Pohon doa husnul khatimah


Kembara_Sufi
kdt to hanan.com.my

Wednesday, August 25, 2010

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Monday, August 23, 2010

S.E.N.T.A.P


S.E.N.T.A.P,
Aku terS.E.N.T.A.P,
kata-katamu umapama pedang yg tajam,
menghiris hati,
merobek rasa,
lantas aku terS.E.N.T.A.P


Tidakkah kau tahu?
Tidakkah kau rasa?
tidakkah kau lihat?
kau mahu tahu?
kau mahu rasa?
kau mahu lihat?
aku terS.E.N.T.A.P


S.E.N.T.A.P
Aku terS.E.N.T.A.P
ku pujuk diri,
ku cuba fahami,
ku tak ingin lari,
ku mahu tegak berdiri
walau diriku terS.E.N.T.A.P






Saturday, August 7, 2010

suatu kisah~~

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
assalamualaikum...

new entri here...nge~~
Alhamdulillah..
ana still lg dpt send new entri kat ampa(korg) smua..
actually br je balik dr kuliah ganti..
hari sabtu...mood cuti..but kne attend class gak..adeh..dah ar smlm stay up smpai kul 4 lbh..nge~~(tu la..sape suoh berjaga)..tp alhamdulillah la tak ngantk..bgn pon time cam biase gak.
kuliah hr ni full but ok la tak pnt sgt...leh balik awl. before balik td ade sesi fotografi ngan classmates..utk program anak angkat. Pic tu nak bg kat family angkat utk dijadikan kenang-kenangan..esok, 8hb smpai 10hb kami PISMP sem 4 akan berkampung kat Bendang Man, Sik utk program BIG(Bina Insan Guru)-anak angkat . Perasaan?agak xcited.yeeha! sblm ni ana pnh gak join program ni dlu..ms foundation sem 3 kat KEDA Pokok Sena...dapat family yg sgt best n kakak2 angkat yg sempoi gler..so..program kali ni kira pengalaman kali kedua la.

ok2..back kpd tajuk kat atas..
ms mkn td tetibe je tringat ngan 1 peristiwa ms kat perhentian bas Shahab Perdana Alor Star..
mulut ni spontan je nyanyi lagu ni."ooooo...org mude....."(rentak lagu ape ntah lupa lak namenye)
suara cam sedap..hihi..
nak tau sapa nyanyi?emm ade la sorg pak cik yg agak kurang suiman kat stesen bas tu..
ske merayau2 sambil menyanyi2..
suaranya bleh tahan sedap. kalo tak takkan smpai ana leh tringat lak bait2 lagu yg dia nyanyi tu..hihi(serius tak tpu)
dia dr Jitra..(erk..bandar darulaman ke)haha
yg lain tu ana tak pasti lak la..yg ana tau tu je la..(sbb dgr dia berckp2 ngan sorg pak cik ni)
terhibur je tgk telatah dia terutama bila dia mengacau anak2 dara yg ngah tggu bas..nyanyi2..(nak ngrat ar konon..hihi) sape yg kne tu mst cam takut2 n gelak2 je..nak lari cam kaki kne gam lak kan..hihi
ana pun kne gak ms tu..tp jap je la sbb ana pindah tempat ke tempat lain. tp mmg sdp ar suara dia..kalah m nasir..hihi
masa dok usha2 tu ana terfikir n curious nak tau pasal latar blakang dia, punca dia jd cmtu, ada fmly ke tak n mcm2 lg la.
rasa kesian pun ada gak.
tp ada satu yg ana kagum tgk pak cik ni bl dia jmpa org je dia akan salam or berjabat tgn (yg laki je la) hmm bagus kan?ada gak adat sopannya. kalo yg waras ni??????????
dan ms tu gak ada la 2 org student asing dr UUM (bangsa arab). siap salam2 dan puji2 (dlm bhs arab) n gosok2 blakang lak kat p.cik tu. yg si bangsa Melayu ni lak dok gelak2 je..ada yg ms p.cik tu hulur tgn depa (dorg) wat bodo je..ishhh.
kul 5ptg lbh..ana meninggalkan stesen bs shahab perdana tu dgn seribu satu persoalan...

ms dalam bs lak..(nak balik jitra)
masyaallah..punya la ramai org dlm tu..sesak sgt...smpai berdiri pun berhimpit2. Dan ms tu ana berdiri kat sebelah dua org laki arab yg dpt seat dlm bas tu. masa bs ngah gerak sorg drp dorg ni ade tgur ana (dlm bhs Inggeris). dia suruh ana dduk dan dia nak berdiri. Pegh..subhanallah gentelman gler mamat arab nih..ade mamat mlayu nak wat camtu???(reader lelaki mlayu msti tercabar kan?? hihi) ana lum jmpa lg la kot..kalo jmpa pon dia la lelaki Melayu terakhir...hihi
tp ana ckp balik kat dia (in english) yg ana nak berdiri shj (padahal time tu kaki mmg dah lenguh berdiri) hihi takpe la. ana takkan dduk sblh kwn dia tu (yg laki) berdiri pon berdiri la..prinsip still kne jg sbb still bleh elakkan??bkn dlm darurat pon..so..ana berdiri la sampai sampai ke destinasi yg dituju......
tutttttttttttttt! loceng bas ditekan...
ana turun...
lalu bas Mara Liner tu memecut meninggalkan ana bersama2 peristiwa, kisah dan seribu satu persoalan dan pengalaman

sekian,
wassalam =)
dr penulis : amirah_Azmi



kamus bhs utara: ampa-korang
depa-dorg

Thursday, August 5, 2010

diet Oh! diet

diet rasulullah.....cube tuk kehidupan anda yg lebh bersh dan sht..

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office or kat kampus...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

(Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah. Tapi pengaruhnya tidak dalam jangka pendek..... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti)

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion +ve sedangkan dalam ikan mengandung ion -ve, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam

Tuesday, August 3, 2010

C.R.A.Z.I.E.R







I've never gone with the wind
Just let it flow
Let it take me where it wants to go
Till you open the door
There's so much more
I've never seen it before

I was trying to fly
But I couldn't find wings
Then you came along
And you changed everything

You lift my feet off the ground
Spin me around
You make me crazier, crazier
Feels like I'm falling and I
I'm lost in your eyes
You make me crazier,
Crazier, crazier

Watched from a distance as you
Made life your own
Every sky was your own kind of blue
And I wanted to know
How that would feel
And you made it so real

You showed me something that I couldn't see
Opened my eyes and you made me believe

You lift my feet off the ground
Spin me around
You make me crazier, crazier
Feels like I'm falling and I
I'm lost in your eyes
You make me crazier,
Crazier, crazier, oh

Baby, you showed me what living is for
I don't want to hide anymore

You lift my feet off the ground
You spin me around
You make me crazier, crazier
Feels like I'm falling and I
I'm lost in your eyes
You make me crazier,
Crazier, crazier
Crazier, crazier

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails