Search

RSS

Thursday, June 12, 2008

Mengemis kasih MU Ya Rabbi

petua dr IMAN SHAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR



1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan

bumi.



2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat

malam.



3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

dimakan.



4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara

Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu

yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang

mengajarnya meskipun dia sudah mati.

nasihat kpd yg suka buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? "

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.

Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Biar susah, jangan menyusahkan.

video best

video

jimat minyak!


cara nak jimat minyak..try ar!

hak kita

Assalamualaikum...pe khbar semua?fuh dah lame tak post entri kat ruangan ni yer...hmmm ana sbnrnya slalu on9...blh dikatakan tiap2 hari on9 tp ntah kenapa la jari-jemari ana ni kaku sgt nak taip kat blog nih...huhu mungkin kekeringan idea kot..Maaf la yer.. emm cuti semester ana pun dah nak habis...insyaallah hari ahad ni 14 hb ana dah start kelas..huhu perasaan b'campur baur sebnarnya..antara suka n tak ske...suka sebab dapat jumpa kwn2 n lec n dapat truskan pembelajaran kat IPDA n yg tak ske sebab ana akan b'pisah sementara waktu ngan ma abah n adik-bradik ana...huhhu n akan ssh la nak on9 24hours lagi...huhu. Tp kalian smua jgn risau...entri akan sentiasa dihantar ke blog Lakaran Sahrawi ini. =) so jgn lupa n segan nak bukak n baca lak tau..

Hari ni mcm2 ana buat kat umah...aktiviti ana kat umah ana truskan mcm biasa..kalau boleh nak manfaat sepenuhnya masa ana ni dengan sebaik2nya..mase ana lps mkn malam td ana ada borak2 nagn abh n abang ana pasal isu minyak n cara k'jaan Malaysia menangani masalah ni..insyaallah nnt ana komen yer pasal ini di entri yg akan datang...kalian tunggu je la yer...huhu lps tu bincang lak pasal insurans..ana hairan la knp dalam surat2 or syarat2 yg ditermaktub di dalam p'janjian insurans tu ditulis dalam bahasa Inggeris?knp tak tulis dalam bahasa Melaya atau dwibahasa? bagi mereka yg b'pelajaran perkara tu tak de masalah...tapi macam mane dgn org2 yg tak tau sgt dalam bhs Inggeris?pak cik mak cik atok opah? maybe perkara sedemikian dianggap remeh tp kita tak boleh nak pandang enteng macam tu...pihak2 yg bertanggungjawab tak boleh la lepas pandang..perkara ni membabitkan hak pengguna..setiap pemengang insurans khususnya dan pengguna amnya harus n wajib tahu perkara2 tersebut. Kalau dorang tak faham so sng la mereka dimanipulasikan tanpa mengetahui hak sebenar mereka sbgai pembayar n pemengang insurans. Kita sebagai pengguna harus peka dan sedar akan hak2 kita..so..same2 la kita tegakkan hak kita!
JADILAH PENGGUNA YG BIJAK!

sekian
wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails