Search

RSS

Saturday, July 31, 2010

kenangan ku~~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
bersyukur kehadrat Illahi..
kerana di atas kudrat dan Iradahnya..
ana skali lg dpt post entri br utk blog Lakaran Sahrawi ini.
kenangan diimbas kembali..
blog pertamaku dijengah semula..
banyak kenanganku tercoret di sana..
kenangan di masa alam persekolah..
kenangan di awal remaja ku..

memori..oh! memori silamku..
terasa mcm nak kembali dizaman dulu2..
zaman kanak-kanak yg tak pernah kenal erti kesedihan..ketensionan..dan mcm2 lg..sebagaimana yg dialami zaman kini..
zaman kanak-kanak yg hanya tau..main..main..main..
celik je mata..main je..hehe..
main pondok2..main cikgu2..main kejar2..main msk2..mcm2 lg!
kenangan..oh!kenangan..

zaman persekolahku..
diwaktu sekolah tadika..taski..
mla knl abc..alif ba ta..
pg skolah abh bg 50 sen..balik skolah g kdai..bli mainan..
main kat taman permainan ngan kwn2..
lpstu balik..
lpstu main lagi..

ms skolah rendah..
aktifnya aku!!
pengawas pusat sumber 1 thn, pengawas skolah 3 thn
msk persatuan sana sni..
masuk nasyid..choir reading..wakil sekolah..
sukan?jgn ckp ar..
wakil rumah sukan..lumba lari 200m dan 400m..
wakil skolah bola jaring..
duk kat skolah cam tak nak balik! hehe
aktif..aktif juga..pelajaran still no 1~!

sekolah menengah pula..
blajar kat skolah agama..
jauh dr rumah..
pg skolah ngan bs..
lpstu naik kreta..abh hantar..
lpstu..bl dah dpt lesen..naik moto...
pelajaran?no 1!..
digelar budak skema..
hidup ngan buku..erk..btl ke?haha
digelar best student..jd harapan skolah..(bkn sy ckp...cikgu yg ckp)..
result?alhamdulillah blh dibangga..

oh! kenangan.....

nak tau lg???
tunggu di lain entri~
salam alaikum....




kenangan..oh..kenangan..


Tuesday, July 27, 2010

pesanan drp Kekasih Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t
syukur kepada Allah s.w.t krn untuk saat dan ketika ini kita masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas dan menikmati nikmat kurniannNYA.
kesempatan ni ana nak ucap ahlan wa sahlan Ya Ramadhan..tak sabar rasanya nak bertemumu..teruja!. ana pernah post 'teruja' kat wall facebook ana suatu masa dlu..ramai yg tanya..teruja sebab apa..tp ana tak jawab..dan kalau antum nak tau..itulah jawapannya..teruja dengan kehadiran Ramadhan..
hari ini 15 Syaaban..
hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan di ganti dengan buku catatan yang baru. Catatn pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

ramai kalangan umat Islam yg berlumba-lumba mengerjakan ibadah pada malammnya seperti bacaan yaasin, qiamullail dan sebagainya kerana dikatakan mustajab doa kita pada malam tersebut
keesokan harinya pula pakat-pakat berpuasa sunat.
nisfu syaaban
permulaan kembali atau titik tolak kepada lembaran baru dalam diari amalan kita..
mulakan dengan terbaik..akhiri dengan yang terbaik..
insyaallah...

ok la..kembali kepada tajuk yg ana nak smpaikan kpd pembaca sekali..
sedikit pesanan ringkas yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya yang kita semua perlu pegang dan hayati..


"pesanan Rasulullah s.a.w..
"teguhkan bahteramu..kerana lautan yang engkau harungi itu adalah terlalu dalam,
banyakkan bekalan kerna perjalanan cukup jauh,
ringankan belakangmu kerna yang didaki itu terlalu curam,
ikhlaskan segala amal perbuatanmu kerna yang memeriksa dan menilai itu amat mengetahui apa yang kita lakukan...
."


semoga kita semua menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat..insyaallah


dr penulis:
amirah


Tuesday, July 20, 2010

malu..malu..malu!!!!

Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..
Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..
Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..
Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..
Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?




"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata,

'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita.. Sesungguhnya engkau umpama bunga.. Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna.. Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..
Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..
Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..
Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..
Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..
Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..

Sedarlah..
Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..
Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..


Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..
Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..
Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."


Maka..
Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu Lebih lagi di hadapan Penciptamu..


Saudariku..
Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan..
Buat diriku dan kita semua..



Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan
apa yang ku katakan..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa
telah ku usahakan apa yang ku katakan..
Kerna Kau juga menyaksikan
Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..
Maka dengan itu..
Ampunilah aku atas segala kekhilafan..
Amin ya Rabbal 'alamin..


"menitis air mata keinsafan bila ana baca entri ni..ana petik dr blog sorg serikandi
ni. sangat menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog ni..hebat gaya penulisannya...ana suka membaca tulisan di dalam blognya. Byk benda yang dikongsikan bersama. Semoga kita dapat manfaat bersama..insyaallah.. =)"


dari penulis: amirah

Monday, July 19, 2010

is in a relationship with....


Status di atas cukup popular,
di kalangan pengguna facebook.
Kebanyakan mereka merasa,
begitu seronok mendedahkan..
hubungannya dengan seseorang..
Wah, happy bangat...

Wah punya wah,
mereka ini rupa-rupanya
masih tidak sedar.
Bahawa mereka sedang mendedahkan
keaiban diri mereka, sekaligus
menambah rezeki dosa mereka.

Aik kenapa pulak?.
Hamboi!. Awat tanya balik kat saya?.
Anda orang Muslim kan!. Anda Jelas
dan faham bahawa Couple itu HARAM!
bagi yang belum bernikah.

Jadi, bila anda kononnya in relationship,
anda sedang menunjukkan kepada
member-member fb anda, yang anda,
sedang melakukan DOSA!. Bahkan
mengAIBkan diri sendiri!.

Kalaulah yang buat itu adalah
dikalangan orang yang kurang Islamik.
Mungkin, itu masih boleh diterima.
Tetapi malangnya, ada juga golongan
yang KONONnya PENDAKWAH, DAIE
yang juga begitu syiookkkkk melayan status tu.
Sedih yang teramat sedih. Nama sikit punya Islamik,
Gambar sikit punya Islamik.
Posting sikit punya Islamik. Tapi,
malangnya, mereka ini....
aduhaii...macam-macam umat akhir zaman hari ini.
wahai para pendakwah dan daie,
anda sering menyeru orang ramai supaya kembali
kepada Ajaran Islam, tetapi lihat anda?.
Bagaimana dengan diri anda?.
Jangan sampai Allah mengecop anda sebagai
manusia yang MUNAFIK a.k.a HIPOKRIT.
Bertaqwalah kepada Allah. Dakwahlah kerana Allah
Bukan sebab nak tarik perhatian orang yang
kononnya kita ini seorang yang Alim...



*Maaf kerana pedas kritikan ini =)

krdt: la TAHZAN fb

new Look

Assalamualaikum..
untuk kesekian kalinya...blog lakaran sahrawi ini skali lagi berubah wajah...
ala2..remaja gitew..wee~~ MySpace
sblm ni cam agak skema je kan..
so kali ni..tampil dgn image baru.. MySpace
emm konsep entri yg akan dipaparkan still same
tp agak santai.. MySpace
so..u all njoy it..hihi MySpace







Tuesday, July 13, 2010

baca dan hayati

DIA KEKASIH ALLAH

Dia Kekasih Allah

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Monday, July 12, 2010

surat ADAM untuk HAWA







Surat Adam untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN,DAN,SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

kenali IBLIS






Nama :
IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :
Fasik kelas pertama

Agama :
Kufur

Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :
Neraka jahanam

Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :
Angan angan kosong

Tempat pertemuan :
Pasar pasar

Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :
'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar

Logo :
Sebarang tatu

Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat

Matlamat :
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

Saat ajal :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian

Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah


BY USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAl

Friday, July 2, 2010

relax sat


video

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t

Rakaman video di atas tu ana rakam ms bln mei thn ni di rumah kakak ana. Tersenyum dan sgt terhibur bila ana tgk video ni..boleh dikatakan sbg pengubat rindu la..hihi..
masa ana tnjuk rkman ni kat family ana pun dorg hepi je..terutamanya ma ngan abah (merangkap tok wan dan tok ma adik muhammad n aisyah tu).
Ada banyak lg video yg smpat ana rakamkan..insyaallah ada ms ana uploadkan ye..

setakat ini sahajalah.semoga kalian juga turut terhibur dengan telatah spontan dorg ni.. =)
insyaallah...


salam' alaikum =)


jodoh oh jodoh






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails