Search

RSS

Tuesday, June 29, 2010

WARKAH ke SYURGA




Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang
sering ku titipkan doa agar kita sentiasa di bawah payungan Rahmat dan Lindungan dari Yang Maha Esa
Dalam kekalutan dunia pada ketika ini...
aku berharap agar Allah sudi mengampunan dosa kita semua
dalam keadaan manusia yang tidak lagi takut kepada Tuhannya
dalam keadaan manusia yang tidak lagi dapat membezakan antara hak dan batil
dan dalam keadaan manusia yang tidak lagi dapat membezakan
antara yang mana pahala dan yang mana dosa
moga-moga doa yang selalu kita mohon dimakbulkan olehNya
walau dalam kehidupan kita seharian kadangkala kita lupa padaNya
dan kadangkala kita ingat padaNYa
tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

buat permata Islam...yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi
sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama
tetapi ia adalah cara hidup kita
sama ada berpakaian...bertutur..belajar..berkerja
atau dengan perkataan yang lebih mudah
bermula kehidupan kita drp bagun tidur sehingga kita tidur kembali
semuanya Allah telah gariskan untuk kita
hatta sebelum kita lahir sehingga kita ditempatkan di dalam liang lahad
Islam juga telah mengajar caranya

seringkali kita mendengar sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya"
tapi sayang sama sekali..kita yang merendah-rendahkannya
kita menjauhkan diri daripadanya
bahkan kita malu Islam itu menjadi identiti kita
kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka
dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita
sehingga kita lupa Allah S.W.T
Tuhan yang maha Esa memerhatikan kita

kita tahu adanya Allah tetapi kita melanggari perintahNYa
sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya
kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya
kita juga tahu adanya dosa dan pahala
bahkan kita juga tahu adanya syurga dan neraka
tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T yang Maha Kuasa

Buat Mutiara Islam yang insyaallah
akan terus bergemerlapan di bumi Allah

Prof Hamka pernah berkata..
"kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan..
tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal"

persoalannya
bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan?

masihkah dikau ingat akan firman Allah S.W.T dalam hadis QudsiNya yang bermaksud
Daripada Abu Hurairah r.a
"Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku
dan Aku bersama dengannya
ketika dia ingat kepadaKU
jika dia ingat kepadaKU di dalam hatinya
Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu
dan jika dia ingat kepadaKu
dalam lingkungan khalayak ramai
nescaya Aku juga akan mengingatinya
dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik
dan jika dia mendekatiKu sejengkal
Aku pun akan mendekatinya sehasta
dan jika dia mendekatiKu sehasta
nescaya Aku mendekatinya sedepa
dan jika dia datang kepadaKu berjalan
maka Aku mendatanginya dengan berlari...
Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmizi

walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan
sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita
oleh itu, kembalilah kepadaNya
andaikata hidupini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya
sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya

setakat ini sahaja nukilanku buatmu
ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu
tetapi sesungguhnya daku tidak sesekali bermaksud untuk melukaimu
semoga dirahmati Allah selalu
bertemu lagi..
kalau tidak di dunia..
Insyaallah di taman syurga nanti
wassalam...


amirah..
















Thursday, June 3, 2010

holiday~~~~


salam
malam ni nak balik rmh dah..
IPG dah start cuti
kmi akan cuti selama 3 minggu
akan kembali semulAlign Centera ke kampus pada 27hb jun..insyaallah =)
huhu japnye cuti

tak sabar nak balik rmh
emm kali ni balik trus ke klantan..tak pg KL dlu dah mcm sblm2 ni..ni arahan abah..hehe
perjalanan yg panjang n memenatkan
tp sgt excited..sbb dah lame tak balik..huhu
miss my family..ma, abh, adik bradik n kwn2

nak watpe ek cuti nnt???
emm mcm2 leh wat..mkn, tido, tgk tv, surf int, tlg ma n mcm2 lg
so....hepi holiday to me weeeeeeee~~ =)


Tuesday, June 1, 2010

jom nyanyi!! relax jap =)


adik mohd http://www.emocutez.com




kakak aisyah http://www.emocutez.com


video

mohd assyafi, 3 thn
aisyah salihah, 4 thn
comel tak =)
http://www.emocutez.com




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails