Search

RSS

Wednesday, January 28, 2009

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Buat kaum muslimin yang yakin akan keagungan Islam,
Yang yakin akan keutuhan Islam,
Yang merindukan kembalinya kehidupan Islam,
Yang mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas
Cintanya kepada harta , keluarga dan jiwanya sendiri.

Untuk Kaum Muslimin yang dinyatakan oleh Allah:
“Dan orang-orang yang mencurahkan kemampuannya
Semata kerana Kami,niscaya pasti Kami
Tunjuki jalan Kami”,

Untuk orang-orang yang saya cintai,
Yang sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya
untuk kemuliaan dan keagungan agamaNya,
Risalah ini aku persembahkan..



REALITI KAUM MUSLIMIN DAN AGENDA UTAMA UMAT

Umat Islam laksana tubuh.Setiap tubuh mempunyai darah,yang menyebabkan seseorang menjadi sihat, apabila darah tersebut bersih dan baik.Apabila seseorang kekurangan darah,atau bahkan kehabisan darah, maka ia akan menjadi lemas,tidak dapat bangkit dan melakukan aktiviti kehidupannya secara normal.Kehidupannya kemudian menjadi beban bagi orang lain.Itulah sunatullah (hukum Allah) yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia.
Umat Islam ketika ini dalam keadaan menderita, sakit dan lemah.Dimana-mana mereka ditimpa masalah.Mulai dari Asia tengah seperti Checnya, di eropah seperti Albania, Bosnia Herzegovina,di Afrika,seperti Sudan,di Asia Barat, seperti Iraq,Afghanistan,Palestin, di Asia, seperti Malaysia, Indonesia, Patani, Filipina, Bangladesh,Pakistan dan sebagainya.Semua umat Islam,yang mempunyai bilangan terbesar di dunia berbanding dengan agama lain,ternyata tidak berdaya apabila menghadapi musuh yang kecil sekalipun,seperti Israel.Di mana-mana kaum muslimin mempunyai masalah. Di Indonesia,Bangladesh dan Sudan, ramai ummat Islam yang kelaparan. Di Palestin,Iraq,BosniaAlbania dan Checnya,ramai orang Islam dibunuh dengan biadab oleh orang-orang kafir.

Belum lagi masalah dalaman yang dihadapi oleh kaum muslimin di negeri mereka masing-masing.Masalah kezaliman penguasa, pembunuhan, rasuah, pencurian, perompakan, sumbang mahram, tersebarnya penyakit AIDS dan sebagainya.Semua ini penyakit yang mengakibatkan umat Islam yang telah sakit bertambah parah sakitnya.

Persoalannya sekarang,apakah yang sebenarnya menjadi punca wujudnya penyakit-penyakit tersebut?

Apabila kita merenung secara mendalam realiti kaum muslimin ketika ini,maka sudah pasti kita akan mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya masalah-masalah tersebut.Tetapi kita sepatutnya menyedari bahawa masalah-masalah tersebut bukanlah punca masalah yang utama.Punca masalah utamanya adalah kerana hukum Islam yang sepenuhnya tidak diterapkan oleh ummat Islam.

Persoalan seterusnya adalah, hukum Islam yang manakah yang tidak diterapkan oleh ummat Islam ketika ini? Jawapannya tentulah kesemua hukum Islam. Mulai dari hukum ibadah, sosial, politik, ekonomi, hukuman,pemerintahan, pendidikan dan sebagainya. Semuanya mestilah dikembalikan kepada hukum Islam. Sebagai contoh, seandainya hukum potong tangan diterapkan, tentu orang yang mencuri akan takut mencuri lagi. Demikian orang yang hendak mencuri juga takut untuk meneruskan niatnya melakukan perbuatan terkutuk itu apabila faham ia akan kehilangan tangannya apabila mencuri dan akan menanggung malu di tengah masyarakat. Maka jenayah pencurian akan dapat ditekan.

Demikian juga seandainya hukum zina,liwat,qazaf dan bayyinah (pembuktian) diterapkan mengikut ketentuan Islam, maka penyakit AIDS tidak akan terjadi. Sebab AIDS berpunca dari kegiatan haram, iaitu melakukan hubungan seksual dengan berganti-ganti pasangan seks atau boleh terjadi kerana hubungan sejenis. Oleh sebab pelaku perbuatan terkutuk tersebut dihukum mati maka bermakna punca penyakit atau sumber penyakitnya akan dengan itu terhapus dan hilang. Dan apabila sumber penyakitnya hilang tentu penyakitnya akan terhapus sekali.Ini sunnatullah.

Tetapi,hukum Islam ini mustahil diterapkan kalau hukum yang dilaksanakan tidak adil. Misalnya suatu perbuatan yang salah dan patut dikenakan hukuman, tetapi oleh kerana yang melakukan kesalahan adalah pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya, hukuman tidak dilakukan. Keadilan mustahil dilakukan kalau sistem pengadilannya tidak dilakukan dengan hukum Islam dimana hukum Islam memandang sama semua orang di hadapan hukum tak kira pemimpin atau masyarakat, tiada yang akan terlepas dari hukuman yang dijatuhkan.

Demikian juga hukum Islam ini tidak mungkin dilaksanakan apabila masyarakat mempunyai pemikiran dan perasaan yang salah kepada Islam disebabkan sistem masyarakatnya yang rosak. Seperti contoh kebebasan bergaul antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal, wanita atau lelaki keluar rumah tanpa menutup aurat, pusat-pusat pelacuran,hiburan malam,pertunjukan muzik, minuman-minuman keras dan sebagainya yang semuanya akan mendorong terjadinya ransangan seksual yang boleh menjerumuskan kepada maksiat dan dosa-dosa.

Jadi sebenarnya yang menjadi punca utama terjadinya krisis dan timbulnya pelbagai masalah dalam dunia Islam adalah kerana umat Islam tidak melaksanakan syari’at Islam secara menyeluruh.Dan apabila kita menganalisis satu per satu negeri-negeri Islam yang ada semuanya tidak berstatus sebagai Dar Al-Islam (kerajaan atau Khilafah Islam). Dengan kata lain semuanya adalah Dar- Al-Kufr (kerajaan bukan Islam kerana tidak berhukumkan Islam secara menyeluruh) iaitu negeri yang tidak menerapkan Islam secara menyeluruh dan keamanan untuk mengurus masalah dalaman dan mempertahankan serangan dari luaran tidak di tangan kaum muslimin.

Secara amnya,negeri-negeri tersebut menerapkan hukum Islam tetapi hanya sebahagian-sebahagian sahaja. Disamping itu rata-rata semuanya di kendalikan oleh kuasa besar dunia,Amerika, British dan sebagainya.

Inilah realiti kaum muslimin ketika ini. Maka, jika kita simpulkan dapat kita katakan bahawa masalah umat Islam ketika ini adalah mengembalikan hukum Islam untuk diterapkan kembali secara menyeluruh dan sepenuhnya di negeri-negeri mereka. Atau dengan kata lain umat Islam mestilah menjadikan Islam sebagai mabda’ (ideologi iaitu pemikiran sistem kehidupan yang diguna pakai dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian) mereka untuk mereka terapkan dalam kehidupan mereka. Ideologi Islam tidak sama dengan ideologi-ideologi bukan Islam iaitu ideologi Kapitalis-Demokrasi,Sosialis-Komunis dan sebagainya kerana ideologi Islam adalah ciptaan Allah swt sesuai dengan fitrah manusia sedangkan ideologi-ideologi lain adalah ciptaan manusia yang mementingkan maslahat (keuntungan) dan kepuasan hidup tanpa berlandaskan agama. Mabda’ Islam bagi umat Islam adalah laksana darah yang akan mengembalikan kehidupan mereka yang juga akan menyembuhkan umat Islam dari masalah-masalah yang mereka alami ketika ini.

Yakinlah bahawa suatu hari nanti diakhir zaman ini umat Islam pasti akan bangkit semula sebagaimana yang pernah di sabdakan oleh Rasulullah saw setelah kini umat Islam merundum jatuh di kelirukan dan di serang oleh musuh-musuh Islam dari sudut luaran dan dalaman. Masa dan tempat berlakunya kebangkitan umat Islam hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kita tidak boleh melihat sahaja apa yang berlaku di dunia ketika ini tanpa berbuat apa-apa. Kita perlu berusaha mengembalikan martabat dan syi’ar Islam. Kita perlu berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam kepada masyarakat dunia seluruhnya. Kita perlu berusaha supaya hukum perintah dan larangan Allah iaitu hukum syara’ terlaksana kerana itu adalah kewajiban. Bagaimanakah caranya ummat Islam akan bangkit? Kita akan bincangkan tentang kebangkitan sebenar umat Islam dalam tajuk yang seterusnya..



CARA MEMBANGKITKAN UMMAT ISLAM

Umat Islam ini tidak bangkit dan terus menerus ditimpa pelbagai masalah sehingga tidak dapat berperanan kembali di dunia untuk mengendalikan kehidupan yang ada adalah kerana hilangnya pemikiran mabda’ (ideologi) dalam diri mereka.Mereka telah kehilangan “darah” itu. Dan “darah” itulah yang ketika ini mereka perlukan sehingga mereka mampu bangkit kembali untuk memimpin dunia.

Sebab kekalahan umat Islam dengan umat lain bukan kerana dibidang teknologi.Kita telah melihat bagaimana Iraq yang merupakan sebuah negara merdeka yang menguasai teknologi tinggi iaitu teknologi nuklear dan senjata kimia lain akhirnya dapat dihancurkan oleh negara-negara adikuasa, Amerika dan konco-konconyanya. Mengapa ini terjadi? Sebab mereka tunduk kepada hukum internasional yang jelas hukum kufur (hukum bukan Islam). Hukum yang sengaja dibuat oleh orang kafir untuk menjajah dunia Islam. Kita lihat bagaimana Iraq bersendirian apabila Amerika, British,Australia dan negara-negara kafir lain bersatu menghancurkannya.

Jepun adalah juga merupakan salah satu negara yang menguasai teknologi tinggi. Tetapi kita lihat bagaimanakah kenyataannya? Jepun tidak mampu mengendalikan kekuatannya.Sebaliknya Jepun hingga kini masih dikendalikan oleh Amerika. Ini sahaja telah cukup untuk membuktikan bahawa kebangkitan bukan ditentukan oleh penguasaan teknologi ataukah tidak. Tetapi kebangkitan suatu bangsa adalah kerana penguasaan bangsa atau umat itu kepada ideologi tertentu yang mereka yakini.

Tidak bangkitnya ummat juga bukan kerana masalah ekonomi. Kita lihat bagaimana Kwait dan Brunei yang kaya-raya hasil daripada minyaknya tetapi adakah mereka mampu bangkit? Ternyata umat Islam di negera-negera tersebut tidak mampu bangkit walaupun ekonomi mereka amat kukuh kerana mereka masih dikawal dan berada di bawah telunjuk dan penguasaan Amerika dan British.Sejarah juga menyaksikan bagaimana dahulu Saudi Arabiyah, negara yang juga kaya raya dengan minyaknya sebelum Perang Teluk II.Tetapi sekarang? Sekarang Saudi Arabiyah mesti membayar hutang kepada Amerika. Demikian juga Jepun, setiap tahun mesti memberikan sumbangan dana kepada Amerika dengan percuma.Dan Amerika akan menjaga kepentingan ekonomi Jepun. Maka, benarkah kebangkitan tersebut boleh dicapai dengan faktor ekonomi? Jawapannya tentu tidak.

Ada sesetengah negara yang membuat semboyan bahawa akhlak mulia,negara maju.Benarkah akhlak mulia, negara akan menjadi maju?Bolehkah akhlak yang mulia menyebabkan kebangkitan? Madinah, penduduknya adalah penduduk yang paling mulia akhlaknya di seluruh dunia tetapi kenyataannya? Mereka tidak bangkit.Mereka seperti air yang menjadi ais apabila menyaksikan perang saudara yang dilakukan oleh Saudi Arabiyah dengan Iraq kerana penipuan Amerika kepada Saddam Hussein. Begitu juga serangan Amerika keatas Iraq kerana dikatakan sebagai sarang pengganas dan pengeluar senjata-senjata yang di hebohkan Amerika akan mengancam keselamatan dunia, menyebabkan umat Islam di Iraq diserang, diseksa dan dibunuh.Tetapi penduduk Madinah yang paling mulia akhlaknya tadi tidak mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya penduduk Paris adalah penduduk yang paling rosak akhlaknya tetapi mereka bangkit.Termasuklah rakyat Eropah dan Amerika.Mereka adalah rakyat yang hidupnya bebas seperti haiwan tetapi mereka dapat mempengaruhi dan menguasai dunia.Benarkah kebangkitan mereka disebabkan oleh akhlak?Jawapannya juga tidak.

Jadi kebangkitan rakyat Amerika dan Eropah, kebangkitan penduduk Paris dan tidak bangkitnya rakyat Iraq, Kwait, Saudi Arabiyah mahupun Jepun adalah kerana mabda’ iaitu ideologi. Ideologi Kapitalismelah yang menyebabkan kebangkitan di Eropah dan Amerika. Dan kerana faktor ideologilah menyebabkan bangsa-bangsa lain terutamanya umat Islam tidak bangkit. Umat Islam perlu mengembalikan hukum Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Caranya ialah dengan menjadikan islam sebagai mabda’ (ideologi iaitu pemikiran sistem kehidupan yang diguna pakai dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian) sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah saw, para sahabat dan khalifah-khalifah (pemimpin Islam) sepanjang pemerintahan Islam sebagai sebuah negara.

Sedarlah wahai seluruh umat Islam bahawa kita telah kehilangan kekuatan kerana ketiadaan lagi pemerintahan Islam sebagaimana ketiadaan pemerintahan Islam yang dilalui baginda Rasulullah saw dan para sahabat sebelum tertegaknya pemerintahan Islam di Madhinah. Kerana setelah tertegaknya Khilafah Islam barulah Islam itu dapat diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan.Hukum-hukum Allah swt iaitu hukum-hukum Islam mulai dari hukum ibadah, sosial, politik, ekonomi, hukuman pemerintahan, pendidikan dan sebagainya hanya dapat terlaksana dengan adanya pemerintahan Khilafah Islam (kerajaan Islam). Dan setelah adanya pemerintahan Khilafah Islam yang berpegang pada mabda’ Islam barulah Islam itu akhirnya dapat tersebar keseluruh pelosok dunia.Sejarah telah membuktikan kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu. Sedarlah bahawa umat Islam kini jatuh bukan melainkan, kerana kejatuhan umat Islam yang terjadi kerana penghapusan Khilafah Islam angkara perancangan musuh-musuh Islam yang akhirnya berjaya menggulingkan Khilafah Islam Turki Othmaniyah yang merupakan Khilafah Islam terakhir pada tanggal 3 Mac 1924.Khilafah dimansuhkan secara mutlak oleh Mustafa Kamal Atartuk Pasha (Penghianat) dengan bantuan penjajah Barat, natijahnya maka berakhirlah pemerintahan Islam yang berusia 1300 tahun. Kini tahun 2005, sudah 81 tahun ummat Islam ketiadaan Khilafah. Mendirikan semula Khilafah Islam adalah wajib kerana hukum-hukum Islam tidak akan terlaksana sepenuhnya melainkan dengan tertegaknya Khilafah sebagaimana kewajipan wudhu jika hendak melaksanakan solat fardhu. Kerana tidak akan terlaksana kewajipan mendirikan solat melainkan dengan berwudhu maka wudhu tadi hukumnya menjadi wajib.

Ini adalah kaedah syara’ yang di gali dari seruan Allah iaitu

“Suatu kewajiban yang tidak dapat terlaksana dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib.”

Dan hendak mendirikan semula Khilafah mestilah melalui Thoriqah Rasulullah saw (Thoriqah bermaksud jalan atau cara) bukan dengan cara yang lain.Kerana Thoriqah atau jalan yang dibawa dan dilalui Rasulullah adalah berdasarkan wahyu dan wahyu ini datangnya daripada Allah menunjukkan bahawa thoriqoh tersebut adalah perintah Allah dan ianya jatuh sebagai hukum syara’ dan thoriqoh inilah yang patut kita ikut bagi mengembalikan Islam dalam kehidupan.Dan perjuangan ini tidak mungkin boleh dilakukan secara bersendirian melainkan dengan secara berjemaah.

Firman Allah swt yang bermaksud

“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jemaah) yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.”
[surah Ali Imran ayat 104].

Berdasarkan dalil ini Allah swt telah memerintahkan kaum muslimin agar berada dalam satu jemaah yang memikul dakwah Islam dan bekerja untuk mengembalikan kehidupan Islam.(Isti’naful hayah al Islamiyah).

Firman Allah swt yang bermaksud

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyeru yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar,dan beriman kepada Allah”
[Surah Ali Imran ayat 110]

Berdasarkan ayat ini sepatutnya umat Islam itu adalah umat yang terbaik sebagaimana yang telah berlaku dimasa kegemilangan-kegemilangan ummat Islam zaman Rasulullah dan zaman-zaman berikutnya tetapi kini umat Islam jelas tidak selari sebagaimana ayat Al-Quran tersebut.Ummat Islam kini ditimpa pelbagai masalah luaran dan dalaman.Maka umat Islam perlu bangkit memperbetulkan martabat dan kedudukan mereka yang sebenar sebagai ummat yang terbaik sebagaimana yang di sebut dalam ayat Al-Quran surah Ali Imran ayat 110 itu tadi.
Hakikat kebangkitan adalah kebangkitan berfikir.Dari berfikir haiwani yang berfikir sekadar untuk hidup meningkat kepada berfikir manusiawi yang berusaha memperjuangkan kemuliaan manusia dengan mabda’(ideologi) yang betul iaitu mabda’ Islam.Berfikir mabda’ inilah yang menjadikan ummat Islam dahulu bangkit dan dapat menguasai dunia, meskipunhanya dengan kenderaan unta dan kuda.Sebab teknologi hanyalah sarana (kemudahan).Kuda, kereta, pesawat,senjata pedang,senapang, meriam,nuklear, semuanya merupakan sarana. Sarana tersebut boleh berubah-rubah mengikut perubahan dunia.Tetapi mabda’ tidak pernah berubah,khasnya mabda’ Islam. Kerana itu mabda’ Islam tetap mabda’.Dan mabda’ Islam tetap mampu dan layak menguasai dunia. Sesungguhnya Islam adalah merupakan agama yang sempurna (syumul)

Firrman Allah swt yang bermaksud

“Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-Ku,dan Aku redhai Islam sebagai agama kamu.”
[Surah al-Maidah ayat 3.].

Berbeza dengan agama lain,Islam adalah lengkap bukan sahaja mengatur urusan ibadah iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya tetapi Islam juga mengatur cara hidup, urusan kehidupan iaitu aturan manusia dengan dirinya sendiri dan juga aturan manusia-dengan manusia yang lain (Muamalat). Inilah kesempurnaan Islam. Tidak seperti agama-agama lain seperti Hindu, Kristian,Budha,Yahudi dan yang seumpamanya kita dapati kesemuanya hanya memberikan penyelesaian untuk urusan ibadah dan moral sahaja tetapi membiarkan manusia sendiri mengatur cara hidup seharian mereka. Maka wujudlah ideologi kufur (ideologi bukan Islam) iaitu Kapitalisme-Demokrasi dan Sosialis-Komunisme ciptaan manusia yang hanya mengatur urusan dunia mereka sahaja. Kapitalisme dan Sosialisme hanya mengatur urusan dunia, sehingga jika orang Kapitalis dan sosialis menginginkan aspek rohani (an-nahiyah ar-ruhiyah), mereka terpaksa cari pada agama selain ideologi yang dianutnya. Demikian halnya dengan Yahudi,Kristian, Hindu, Budha, Confucious dan sebagainya hanya mengatur urusan akhirat atau spiritual sahaja, sedangkan masalah kehidupan pengikutnya diserahkan kepada mereka sendiri. Maka dalam urusan hidup mereka ada yang mengambil Kapitalisme dan ada pula yang mengambil Sosialisme. Akibatnya ada yang menjadi ateis dan meninggalkan agamanya.Inilah krisis yang dialami oleh agama dan ideologi selain Islam.

Firman Allah swt yang bermaksud

“ barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” [Surah Ali Imran ayat 85].

Di samping itu Rasulullah saw bersabda

“Kamu pasti akan mengikuti tuntutan umat-umat sebelum kamu,sejengkal-demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengukuti mereka”.Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah. Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw menjawap, “siapakah lagi kalau bukan mereka”.
[Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.]

Firman Allah dan hadith di atas menerangkan celaan yang tegas, yang bererti haram mengambil agama selain Islam dan mengikuti cara hidup selain Islam, sekaligus menunjukkan Islam mempunyai cara hidup yang unik.Islam berbeza dengan yang lain dan tiada selain Islam kecuali kekufuran.Dengan demikian selain Islam adalah kufur, baik dari segi agama mahupun ideologi dan ini adalah kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi.Semuanya dapat disebut kufur apabila bertentangan dengan Islam.
Demikian, Islam jikalau dipegang dipraktikkan sepenuhnya oleh umat Islam akan mengembalikan kehidupan Islam dan mengembalikan kekuatan kepada ummat Islam yang kini telah hilang.Ummat Islam perlu sedar permasalahan utama yang berlaku kepada umat Islam kini iaitu Islam tidak diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan mereka.Khilafah perlu ditegakkan semula agar kehidupan Islam dapat dikembalikan kepada ummat Islam.Menegakkan Khilafah mestilah melalui thariqoh Rasulullah.Dan kebangkitan ummat Islam adalah dengan kebangkitan berfikir. Berfikir ideologi iaitu mabda’ Islam inilah yang akan membangkitkan umat. Perubahan dan kebangkitan daripada pemikiran Kapitalis dan Sosialis yang sedang meguasai pemikiran dunia ketika ini kepada pemikiran Islam yang menyeluruh. Bayangkan sekiranya penerapan menyeluruh hukum Islam terlasana,sudah tentu umat Islam dapat mengatasi masalah-masalah yang mereka alami,misalnya masyarakat yang mengalami keruntuhan akhlak kepada masyarakat yang berakhlak mulia,daripada sistem pemerintahan sekular yang mengasingkan agama dengan kehidupan kepada sistem yang menerapkan nilai agama dalam kehidupan, daripada ummat yang lemah dan berpecah-belah kepada umat yang kuat dan bersatu-padu,daripada ummat yang ketinggalan kepada ummat yang maju.Ini dapat berlaku kerana hukum Islam ciptaan Allah adalah selaras dengan fitrah manusia yang apabila dilaksanakan akan menyelesaikan segala permasalahan umat sama ada masalah ibadah,masalah dalam diri dan masalah hubungan sesama manusia.Apabila terdirinya Khilafah Islam, musuh-musuh Islam tidak akan sewenang-wenangnya dapat memperlecehkan umat Islam. Kerana dengan adanya Khilafah umat Islam akan menjadi kuat dan bersatu-padu.Dan kerana dengan adanya Khilafah seruan jihad akan dapat terlaksana, kekuatan umat Islam akan terserlah di bawah kepimpinan khalifah(pemimpin),dengan ini dakwah Islam akan tersebar luas keseluruh dunia dan dapat menundukkan musuh-musuh Islam.

Rasulullah saw bersabda

“sesungguhnya Imam (pemimpin) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung.”
[Hadith Riwayat Muslim].

Rasulullah saw juga bersabda

“ Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, digantikan oleh nabi lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku.(Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah” Para sahabat bertanya “Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?” Baginda mejawab “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknya, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka.” [Hadith Riwayat Muslim].

Kedua-dua hadith berikut menerangkan tentang kepentingan adanya khalifah agar dapat mengatur urusan ummat Islam.

Dan Nabi saw juga bersabda

“Siapa saja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa dengan Allah di hari kiamat tanpa hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’at(kepada pemimpin), maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah.” [Hadith Riwayat Nafi’]

Nabi saw mewajibkan adanya bai’at (Pengistiharan untuk patuh) pada pundak/bahu setiap muslim dan mensifatkan orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Sedangkan bai’at hanya dapat diberikan kepada khalifah, bukan kepada yang lain. Ini jelas menerangkan perlunya ada khalifah yang hanya akan ada sekiranya ada khilafah.Dan mendirikan semula khilafah adalah wajib keatas setiap setiap umat Islam kerana ketika ini khilafah sudah lenyap daripada dunia masa kini. Ketiadaan khilafah ini adalah serupa sebagaimana keadaannya ketika ketiadaan khilafah pada zaman sebelum hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah. Di Mekah selama 13 tahun Rasulullah berperang secara pemikiran kepada masyarakat arab jahiliyyah.Setelah itu hijjah Rasulullah ke Madhinah menyaksikan pembinaan sebuah negara.Setelah itu,peperangan pemikiran dan fizikal dilaksanakan.Ini berlaku setelah adanya pemerintahan Islam.Sejarah melihat bagaimana kekuatan pemerintahan Islam mampu menundukkan kerajaan Rom dan Parsi sehinggakan Islam mampu menguasai tiga per empat dunia.
Maka tidak syak lagi, ummat Islam akan bangkit apabila Islam kembali dikuasai oleh umat Islam dengan betul.Sehingga tubuh umat Islam akan segar kerana “darah”nya bersih. Iaitu Islam yang berupa thought and method. Islam yang lengkap dengan spitual dan politiknya.Islam yang lengkap sebagai agama dan sebagai mabda’...




KEWAJIBAN POLITIK DAN TANGGUNGJAWAB UMMAT
Kesedaran inilah yang mendorong ummat Islam untuk kembali ke pangkuan Islam. Melakukan politik, iaitu mengurusi urusan umat Islam dengan menerapkan kembali hukum Islam, dalam masalah dalaman dan luaran. Kesedaran yang lahir daripada keyakinannya kepada Islam sebagai satu-satunya agama dan ideologi (mabda’) yang benar. Dan kesedaran kepada Islam sebagai satu–satunya agama dan mabda’ yang lengkap.
Kesedaran inilah yang melahirkan keyakinan kepada Islam, bahawa Islam adalah satu-satunya ideologi yang mesti dilaksanakan oleh umat manusia, agar kehidupan mereka dijauhkan daripada nestapa yang menimpanya. Dan keyakinan inilah yang mendorongnya untuk terus-menerus memperjuangkan Islam, agar Islam tersebut diterapkan.Dan kerana itu, keyakinan dan kesedaran inilah yang menjadi asas bagi aktiviti politiknya. Sehinggalah aktiviti politiknya merupakan aktiviti akal dan hati. Yang tidak akan pernah dapat dibunuh oleh kekuatan apapun.

Masalah utama politik ummat ketika ini adalah jalan penyelesaian apakah yang perlu dilakukan sehingga satu per satu masalahnya dapat diselesaikan dan akhirnya umat ini akan bangkit?

Pertama, umat ini mestilah membina diri dengan pembinaan Islam yang benar, sehingga Islam tersebut akan mampu menjadi ideologinya. Dan nampak bagaimana ideologi tersebut diterapkan.Semuanya itu akan mendorong keyakinannya untuk mewujudkan Islam. Disamping itu,hukum melakukan proses pembinaan ini adalah fardhu’ain bagi masing-masing ummat yang tidak boleh berhenti sehingga pemikirannya menjadi maju dan tinggi.

Kedua, setelah tumbuhnya kesedaran Islam yang benar dan kukuh sebagai sebuah ideologi, maka pastinya ia akan terdorong untuk memperjuangkannya.Tetapi mestilah disedari bahawa berjuang bersendirian tidak akan mungkin mampu mewujudkan cita-cita masa depan Islam. Kerana itu setelah ia faham Islam sebagai ideologi mestilah ia mencari jemaah atau kelompok yang secara murni memperjuangkan Islam yang sesuai dengan ideologi yang ia yakini.Yang semuanya diasaskan dengan Islam.

Ketiga,melakukan interaksi di tengah-tengah masyarakat untuk mendidik umat agar mereka bangkit dengan ideologi Islam. Sebab kebangkitan selalunya dimulai dengan pemahaman.Penerapan hukum dan undang-undang tidak akan berjayamembuat masyarakat menjadi berdisplin, patuh dan taat kepada hukum dan undang-undang tersebut apabila tidak ada kesedaran. Dan kesedaran ini akan terbentuk apabila hukum dan undang-undang tersebut lahir daripada ideologi yang mereka yakini.Kerana inilah yang terpenting.Mendidik ummat sehingga sedar dan yakin terhadap ideologi yang akan mereka terapkan. Sehingga mereka redha diperintah dengan hukum dan undang-undang tersebut dengan penuh ketaatan.

Keempat,penerapan seluruh hukum Islam oleh negara Islam iaitu Khilafah Islam yang insya Allah sebentar lagi akan berdiri..

Wallau a’lam.



RENUNGAN...

Firman-firman Allah:

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
[Al-Ashr ayat 1-3]

“Hai rasul sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu beerti) kamu tidak sampaikan risalah-Nya.”
[Al-Maaidah ayat 67]

“Sesungguhnya orang-orang yang menyebunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.”
[Al-Baqaroh ayat 159]

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah dia berusaha mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya dan demikian itu adalah iman yang paling lemah.”
[Hadis RiwayatMuslim daripada Abu Said al-Khudri]

“Wahai manusia sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu; “Perintahkanlah (manusia melakukan) maaruf dan tegahlah (mereka daripada mungkar, sebelum (sampainya masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, kamu meminta (sesuatu) kepada-Ku tetapi Aku tidak memberikannya kepadamu, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu minta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu.”
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

“Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”
[Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

“Akan datang kepada umat ku suatu zaman dimana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”
[Hadis Riwayat Tarmizi daripada Anas r.a]

Firman-firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan HENDAKLAH ADA DI ANTARA KALIAN SEGOLONGAN UMAT (JEMAAH) yang ‘MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN’, ‘MENYERU KEPADA YANG MA’RUF’ dan ‘MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR’; dan MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG”
[surah Ali Imran ayat 104].

“Barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”
[Al Mujadilah ayat 56]

“Mereka itu berkelompok (hizb) Allah, Ingatlah bahawa kelompok Allah itulah yang pasti menang”
[Al-Mujadilah ayat 22]

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenanngan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.Sesunguhnya Dia adalah penerima taubat.”
[AnNashr ayat 1-3]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails