Search

RSS

Monday, April 20, 2009

KHASIAT KISMIS & BUAH NAGA

Manis Kismis Sihatkan Gigi

Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.

Antara antioksidan itu adalah oleanolic acid, oleanolic aldehyde, betulin, betulin acid dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural. Oleanolic acid mampu menghambat pertumbuhan 2 spesis bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.

Kebaikan Buah Naga

Buah Naga banyak mengandungi vitamin c, beta karotin, kalsium dan karbohidrat yang amat baik untuk kesihatan. Tidah hanya itu buah naga juga mempunyai kandungan serat yang tinggi yang mampu menyekat zat? karsinogen penyebab kanser.

Selain mencegah kanser, buah naga juga mampu menurunkan kolesterol dalam tubuh, menyeimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan.Penyakit sariawan juga boleh disembuhkan dengan pemgambilan buah naga secara kerap.

1 comment:

armouris said...

lagi info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails