Search

RSS

Tuesday, October 27, 2009

buat sahabatku...bersabarlah

Assalamualaikum...

Agak lama rasanya ana tak post entri baru dalam blog ni...emm hapir 3 bulan rasanya...emmm lamenye! baru kali ni ana berkesempatan nak post entri baru sbb sebelum ni ana agak sibuk dengan assignment dan keja2 yang sewaktu dengannya..huhu...sebelum ni pun page kat blog ana ni agak suram disebabkan masalah teknikal dan ana tak sempat nak update n tukar template tapi alhamdulillah 3 hari lepas ana berjaya mengupdatekan blog ni dan kini blog ni dah berwajah baru...yippi!!hihihi...

emm ok la sebenarnya dalam masa blog ni 'kurang aktif' ana sebenarnya ada banyak entri yang ana nak kongsikan utk antum semua tapi...terbengakalai begitu aje...entri2 tu still lagi ada dlm simpanan ana..nak post rasenya dah basi kot..huhu emm takpe la..biar ana wat pekasam je la..takpun budu..nge~~~ Dalam tempoh tu juga pelbagai onak dan duri yg ana terpaksa tempuhi dan kadang-kadang terasa nak lari jauh je..tp Alhamdulillah berkat dorongan dan sokongan yang tak putus-putus drp ma abah, adik-bradik dan sahabat-sahabat ana...ana dapat atasi juga..alhamdulillah...

sebut pasal sahabat..ana ada sesuatu nak dikongsikan dengan antum sekalian..semalam.ana ada dapat panggilan daripada seorang sahabat ana(sahabat dunia akhirat).."N" bukan nama sebenar...agak lama juga berbual dengannya..dan tengah syok2 berbual..sahabat ana ni tibe2 sebak..setelah berulang kali ana desak dia baru la dia cerita kat ana hal yang sebarnya. Alangkah terkejutnya ana bila sahabat ana khabarkan bahawa dia mungkin akan dibedah sbb ada darah beku kat dalam kepala dia..masyaallah..terkedu ana seketika...sahabat ana ni sekali lagi diuji...walaubagaimanapun dia ckp dia msh lagi dlm tahap yg boleh diselamatkan sebab darah beku tak byk sgt tp menurut doktor kalau ia dibiarkan, ia akan menjadi bertambah serius! patutla sebelum ni dia ada mengadu kat ana yang dia selalu rasa sakit kepala...

Terasa ingin sekali membantu dia tapi yang ana mampu buat...berdoa untuk dia dan sentiasa bagi semangat kat dia..

Sahabatku...sabarla di atas segala ujian yang Allah berikan kepada kita..yakinlah bahawa Allah takkan menguji hambanNYa dengan ujian yang hambaNYa sendiri tak mampu atasi..

Sahabatku...ketahuilah...setiap ujian yang Allah berikan kat kita menunjukkan betapa betapa sayannya Dia kat kita...

Sahabatku..ketahuilah...sahabatmu ini sentiasa bersamamu disaat duka dan suka ini...

Sahabatku..bersabarlah..bersabarlah..bersabar...

semoga cepat sembuh... gammbate!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails