Search

RSS

Wednesday, July 9, 2008

apa itu cinta???

Apakah itu cinta? ......
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satusifat manusia.Ia wujud bila hati tertarikkepada yang dicintainya itu penuh emosidan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalamcinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insanyang mula jatuh cinta akan bersungguh untukmencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yangmenjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta.Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan..cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhikeperluan cintanya itu. Insan sebegini inginhidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itusempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-sifat cinta ;

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikanmanusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersediamenerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengandikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untukdipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yangdicintai. Cinta Itu IndahWalaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dancantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantikmalah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,daridiri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yangdicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuaidan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbalbalik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapijuga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanyakhusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain.Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam padaingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahusiapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia bolehjatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahuapa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahuakan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta bolehlayu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis.Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cintabukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasancinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosaItulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Merekayang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yangtidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cintaitu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagai-mana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyumpada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianyacomel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifatcinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bilabercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannyadan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akanmenodai cinta itu sendiri.Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampudikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jikaanda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?......
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawabukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apasaja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidakberlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semuayang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanananda? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasihyang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci danselamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu
membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap
sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails