Search

RSS

Wednesday, July 9, 2008

FuH!!

Assalamualaikum...
Salam ukwah fillah buat kalian pembaca sekalian...dah lame agaknya ana ta post entri kat blig ana ni yer...hmm bukan ape...ana tak banyak kesempatan nak surf internet pun sejak balik ke kampus ipda ni...wireless dekat jabatan ana JAPIM tu ada mslh sikit n ditambah plak dengan kekangan schedule yg sgt pad!! msk kls pkul 8pg n balik pkl 1.30 ptg...sem ni jadual ana tak la se"pad" jadual sem lepas yg balik pkul 5ptg...tp bila ana pikir balik... jadual pada sem ni membuatkan ana jarang ke library n kurang berkesempatan nak surf internet even kat library (pc kat cybernet asyik prob jer + ana dah jrg bawak laptop ana ke IPDA)

Banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu ni...terbaru...ana n rakan-rakan sekelas ana erpaksa berpindah+bertukar kelas dengan senior kami PPR4T b.arab..syg sgt nak tggl kelas tu yang kami sama-sama huni sejak awal sem lagi...itambah plak dengan kemudahan yg ada dalam kelas tu...huhhu. Mulanya kami tak setuju dengan pertukaran tu..tapi kami terpaksa akur juga dengan arahan atasaan....kami sebenarnya keliru dengan arahan tu...ada pensyarah yg cakap camtu...ada yg lain plak cakap ini...ish...banyak sangat percanggahan maklumat yg kami sendiri tak pasti akan kesahihannya. ada yg cakap kelas tu untuk MQA ada plak yg cakap klas tu khas untuk junior yg bakal masuk ni...kalo la untuk MQA kami consider n redha tapi kalo untuk junior kami rasa pihak atasan perlu pertimbangkan balik! jgn jd hipokrit! adoi..macam-macam la yg berlaku..naik pening ana dibuatnya...kadang-kadang rasa juga di"anak tirikan" oleh jabatan sendiri tapi...takpe la..thinks positif okey!!

Ana ni agak sensitif dgn isu ni..tak tau la kenapa..huhuhu macam-macam perkara n benda yg merewang dalam benak fikiran ana ni..ada juga rakan ana tegur dengan sikap ana ni...ana sebenarnya sedar dengan hakikat yg berlaku n org cakap agak tak matang untuk perbesarkan perkara tu..tp...ntah la...biarla ana sorang shj yg tahu...

ok la sebenarnya ada juga dalam proses menyiapkan kertas kerja untuk program yg biro ana buat ni..pertandingan.................oppss! ana terpaksa rahsiakan dulu...sekarang ni ana tengah tunggu laporan budget dr bendahari biro. .pg td baru je meeting untk tentukan ajk-ajk yg bertugas dalam program tu n senarai dah siap cuma nak tggu senarai yg lengkap jer dari penolong S/U ana n esok ana nak sumbit kat pengerusi ana. Boleh dikatakan dalam dua minggu ni ana agak sibuk n ana terpaksa postpone untuk balik ke umah kakak ana di Langkawi n umah mak cik ana di Perlis...adeh... mggu ni agaknya tak leh balik gak la...nak g majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang berlangsung dekat jer dengan tempat ana menuntut ilmu ni...JITRA.....

emm ok la ana rasa setakat ini sahaja coretan ana buat kalian semua. Insyaallah kalau panjang umur, lapang masa, ana akan post lagi entri untuk kalian pembaca sekalian..

salam ukhwah...
love ALLAH


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails