Search

RSS

Sunday, August 9, 2009

KEKUATAN PERIBADI

Kita boleh bangkitkan kekuatan diri untuk menukar impian kita menjadi kenyataan. BERFIKIRAN POSITIF SAHAJA TIDAK MENCUKUPI. Kita perlu merawat,membentuk dan mengasah kekuatan peribadi yang ada dalam diri supaya kita lebih bertenaga ketika melakukan sesuatu tindakan.

Makna kuasa di dalam kamus ialah “kekuatan untuk bertinda”. Tindakan yang penting bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar ialah dengan menanam keyakinan bahawa perubahan itu tidak mustahil. Perkara yang berlalu biarkan berlalu. Segala tindakan semalam yang tidak mendatangkan hasil tidak ada kaitan dengan tindakan kita hari ini.

Disamping berusaha kita perlu focus dan menjaga keperluan diri dari segi mental,emosi,fizikal dan kewangan. Kekuatan peribadi ada pada diri kita sendiri. Yang menetukan kita berjaya atau tidak semua itu terpulang kepada Allah kerana Allah tidak akan memberikan kejayaan kepada seseorang itu dengan mudah melainkan kita BERUSAHA,BERISTIQAMAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MELAKUKAN SEBARANG TINDAKAN.

Renungkan kata-kata ini ;

Masalah di dunia hanya sementara. Tiada masalah yang boleh mempengaruhi kehidupan kita. Oleh itu kita perlulah bijak menanganinya sekiranya kita terus berusaha dan bertindak secara positif dan membina .

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails