Search

RSS

Saturday, June 6, 2009

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DUNIA

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Dunia


Adakah anda sudah bersedia
untuk dipanggil pulang oleh Allah??
Adakah amalan-amalanmu di dunia
dapat diterima oleh Allah??

Kerana pada satu waktu nanti,
Kita pasti akan diletakkan diatas lantai,
Lalu laksanalah solat jenazah,
Dengan empat kali takbir,
Dan satu salam serta doa,
Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir
Itu dapat menebus
Segala dosa-dosamu sepanjang hidup di dunia???
Ingatlah bahawa
Kamu akan didatangi Izrail yang garang!!!!
Akan menyoal tingkah lakumu di dunia
Beristighfarlah ……
Kerana pada waktu itu
Tiada guna lagi untuk bertaubat
Tinggallah seorang diri
Di dalam gelap gelita
Tanpa sebarang cahaya
Yang berwarna warni
Menjadi makanan ulat di dalam kubur
Justeru,
Berwuduklah sebelum kamu diwudukkan
Sucikanlah dirimu
Sebelum jasadmu dibersihkan
Salutilah dirimu dengan amal ibadat
Sebelum dirimu dibaluti
Dengan kain kafan yang serba putih
Marilah kita sama-sama
Menyahut seruan-Nya
“Hayya alaa solah”
“Hayya alaa falah”
Maka sedarkanlah dirimu sebelum terlambat
Ingatlah asal usulmu
Berasal dari setitis air yang tiada erti lagi
Hina ….. lalu menjadi segumpal darah
Menjadi seketul daging
Lalu menyaluti tulang
Dan lahirlah insan yang mempunyai erti
Lahirmu bukan untuk dunia
Bak kata orang …
“Kalau dibuang ke tanah,
Ayam tak patuk, itik tak sudi”
Maka lakukan amal ibadat serta kebajikan
Sebagai teman untuk
Menemani kita menuju ke jalannya …
Justeru, sekali lagi aku menyeru
Kepada seluruh muslimin dan muslimah
Segerakanlah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Kerana pada waktu itu tidak berguna lagi
Harta, isteri, suami,
Putera, puteri, sahabat
Yang tinggal hanyalah amal yang sentiasa
Bersama kamu
Kalaulah dahi
Tak mencecah sejadah dunia
Terimalah balasannya nanti.

RENUNGKANLAH ……….

-nadzmi-
3.11 pm, 21 May 2000-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails