Search

RSS

Saturday, June 6, 2009

Bagaimana Mendapatkan Ketenangan Hati

Bagaimana Mendapatkan Ketenangan Hati



Pada suatu hari seorang lelaki datang mengunjungi Tuan Guru Hassan Basri di rumahnya. Sudah menjadi kebiasaan, orang ramai suka pergi menemui Tuan Guru Hassan Basri bagi menanyakan berbagai-bagai perkara dan masalah yang menjadi kemusykilan kepada mereka.

Nama Hassan Basri sampai hari terkenal dengan kebijaksanaannya. Beliau adalah seorang ilmuan.

“Pada pendapat Tuan Guru, hari apa yang patut tuan katakana sebagai Hari Raya kepada tuan ?” tanya lelaki yang mengunjungi ilmuan itu.

“Hari apabila pada hari itu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” jawab Hassan Basri.

“Apakah rahsia kebahagiaan Tuan Guru di dunia ini ?” tanya lelaki itu lagi. Hassan Basri merenung tepat pada wajah lelaki itu. Dia tahu lelaki itu jujur bertanya.

Tuan Guru Hassan Basri segera memberi jawapan. “Apabila saya tahu rezeki saya tidak diambil orang, sebab itulah hati saya merasa tenang. Apabila saya tahu tanggungjawab saya, sebab itulah saya melaksanakannya. Apabila saya tahu Allah selalu melihat saya, sebab itulah saya tidak mahu melakukan kejahatan. Dan apabila saya tahu detik kematian saya akan tiba, sebab itulah saya bersedia bertemu Allah,” jawab beliau.

Jawapan itu menghentikan lelaki itu daripada bertanya selanjutnya. Dia berpuas hati dan segera pulang.

Itulah rahsia kebahagiaan Tuan Guru Hassan Basri. Ketenangan hati, amanah dalam tanggungjawab, tidak melakukan kesalahan dan bersedia menghadapi kematian.


-nadzmi-
-2.53 pm, 24 May 2009-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails