Search

RSS

Saturday, June 6, 2009

SI KEJAM YANG MASUK SYURGA

Si Kejam Yang Masuk Syurga



Said bin Khudri adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Beliau melaporkan, Nabi Muhammad pernah menceritakan kepada beliau kisah bagaimana seorang lelaki yang pernah membunuh seratus orang tetapi Allah tetap menerimanya sebagai penghuni syurga.

Lelaki itu seorang yang sangat kejam. Apa yang berlaku, selepas dia membunuh mangsanya yang ke sembilan puluh sembilan orang, dia merasakan dirinya berdosa. Lalu dia mencari orang yang pakar mengenai soal-soal agama di merata tempat. Puas dia mencari, akhirnya berjumpa.

Dengan penuh harapan dia bertanya kepada orang alim itu, “Tuan, saya pernah membunuh seramai 99 orang. Bolehkah saya bertaubat”. Orang alim itu terkejut mendengar pengakuan lelaki tersebut. Dia menjawab dengam marah.

Kata si alim, “Apa ?? Kamu sudah membunuh 99 orang, baru sekarang hendak bertaubat ???.”

Apabila mendengar kata-kata orang alim itu, lelaki kejam itu pun terus mengeluarkan pedangnya, lalu dibunuhnya orang alim itu. Cukup 100 orang yang dibunuhnya. Kemudian dia ingin bertaubat lagi. Dia terus mencari orang alim yang lain pula. Akahirnya berjumpa.

Dia bertanya, “Tuan, saya sudah membunuh 100 orang. Bolehkah saya bertaubat???.”

Orang alim itu mendengar dengan tenang dan menjawab, “Siapakah yang dapat menghalang saudara daripada bertaubat ? Keluarlah saudara dari kampong di mana saudara tinggal sekarang kerana ia kampong yang rosak. Pindahlah ke kampong yang masih baik.”

Mendengar nasihat orang alim itu, dia pun menuju ke kampong yang di maksudkan. Tetapi dia tidak sempat sampai ke kampong yang ditujunya kerana semasa masih di tengah perjalanan, lelaki itu mati. Maka malaikat pembawa rahmat dan malaikat pembawa azab berebut-rebut hendak mengambil rohnya.

Tiba-tiba dating Iblis dan berkata, “aku lebih berhak ke atas roh lelaki ini sebab dia tidak pernah ingkar kepadaku dalam melakukan dosa-dosanya.”

Jawab malaikat pembawa rahmat, “Dia sudah bertaubat daripada kesalahannya !!”.

Dalam perebutan itu keputusan memihak kepada malaikat rahmat disebabkan semasa lelaki itu meninggal dunia, apabila diukur antara jarak dua jarak, dia berada pada jarak yang lebih hampir dengan kampong yang baik daripada jarak kampung yang rosak. Dengan itu Allah menerima taubatnya.

Lihatlah wahai hamba Allah, manusia yang telah melakukan dosa yang paling besar pun mempunyai azam untuk bertaubat. Apatah lagi kita, manusia yang sering melakukan dosa tetapi ego dengan kemampuan diri masing-masing masih lagi tidak mahu memohon keampunan dari Allah SWT. Marilah kawan-kawan kita ambil iktibar daripada kisah ini mudah-mudahan kita di tempatkan dalam golongan yang baik-baik.
Insyaalah…..


-nadzmi-
-12.22 am, 21 May 2009-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails