Search

RSS

Saturday, June 6, 2009

NIKMAT DI HARI KEBANGKITAN

Nikmat Di hari Kebangkitan Semula



- Allah SWT telah memberi jaminan bahawa orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mewarisi syurgaNya akan berada di dalam keadaan tenang dalam menghadapi suasana hari kebangkitan semula pada Hari Akhirat kelak.
- Secara umumnya manusia pada hari tersebut akan berada dalam keadaan terkejut, tidak tentu arah dan sentiasa berada di dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan.
- Berbeza keaadaanya dengan para tetamu Allah SWT, mereka akan bangkit dari kubur mereka dalam keadaan tenang, tidak terperanjat dan tidak merasa sebarang ketakutan akan apa yang berlaku.
- Mereka akan disambut dengan penuh mesra oleh para malaikat Allah SWT yang tidak terbilang banyaknya.
- Para malaikat Allah SWT memberi khabar berita yang sangat menggembirakan mereka semua bahawa mereka akan hidup dalam kebahagiaan dan kenikmatan seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
- Allah SWT secara jelas telah menceritakan keaadaan mereka itu dalam firmanNya iaitu :

Mereka tidak akan merasa sedih dengan huru-hara yang amat mengerikan ( pada Hari Kiamat) sebaliknya mereka disambut oleh para Malaikat dengan penuh meriah lalu berkata ; Inilah hari kamu beroleh kebahagiaan yang telah Allah janjikan kepada kamu ketika di dunia dahulu.

Surah Al-Anbiyaa ( Ayat 103)

- Demi untuk mengukuhkan lagi kenyataan ini, Rasulullah SAW pernah bersumpah, dengan harapan umatnya akan lebih bersemangat untuk merebut peluang yang ditawarkan pada hari kebangkitan nanti ( Hari Akhirat).
- Para tetamu Allah SWT akan diberi layanan yang berbeza dan sangat istimewa.
- Mereka akan disambut oleh unta-unta putih yang berbeza dan sangat istimewa.
- Mereka akan disambut oleh unta-unta putih yang mempunyai sayap, yang boleh menerbangkan mereka ke mana sahaja yang mereka inginkan.
- Tali kasut mereka akan bercahaya ( berkilau-kilau).
- Setiap langkahnya (unta-unta tersebut)sejauh mata memandang, dan perjalanan mereka akan berakhir di hadapan pintu-pintu syurga.
- Sabda Rasulullah SAW berbunyi :

Demi Allah yang diriku (nyawaku) di tanganNya, sesungguhnya mereka akan keluar dari kubur mereka dalam keadaan disambut dengan unta-unta yang berwarna putih yang mempunyai sayap, yang pelananya bertatah emas. Tali kasut mereka bersinar cahaya yang berkilau-kilau, setiap langkahnya menjangkau jauh mata memandang, ia akan berakhir di hadapan pintu syurga.

-nadzmi-
-2.21 pm, 21 May 2009-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails