Search

RSS

Saturday, June 6, 2009

DIMANA LETAKNYA KESABARAN

Di Mana Letaknya Kesabaran


Pada suatu hari, Nabi Muhammad sedang berjalan pulang menuju rumah beliau. Di tengah perjalanan beliau lalu berhampiran dengan sebuah kawasan perkuburan. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang wanita sedang menangis teresak-esak seorang diri di tepi sebuah kubur.

Nabi Muhammad segera pergi menghampiri wanita itu dengan tujuan mengambil tahu apa yang berlaku kepada wanita itu.

“Puan, taatlah kepada Allah dan banyakkan bersabar,” kata Nabi Muhammad, cuba memujuk wanita itu. Wanita itu tidak peduli dengan kata-kata Nabi Muhammad malah dia menghalau beliau supaya dari situ.

“Pergilah kamu dari sini” tengking wanita itu.

Wanita itu teramat sedih dan bingung. Kubur itu adalah kubur anaknya yang baru meniggal dunia. Kerana terlalu sedih dia tidak sedar apa yang dikatakannya.

Nabi Muhammad terus beredar meninggalkan wanita itu. Kemudian wanita itu diberitahu orang yang ditengkingnya itu sebenarnya adalah Nabi Muhammad. Barulah wanita tersedar dan menyesal. Wanita itu segera pergi menemui Nabi Muhammad untuk meminta maaf. “Sebenarnya waktu itu saya tidak tahu siapa tuan,” kata wanita itu penuh sesal.

Nabi Muhammad dapat memahami perasaan wanita itu. “Ketahuilah puan, kesabaran itu letaknya semasa seseorang itu sedang marah dan sangat bingung menghadapi masalah,” kata Nabi Muhammad.


Cuba kita lihat Nabi Muhammad langsung tidak berdendam malah dia juga langsung tidak ambil hati dengan wanita tersebut. Cuba kita bayangkan yang Nabi Muhammad itu adalah kita ????? Mustahil kita akan mendiamkan diri malah kemungkinan besar kita akan memaki hamun wanita tersebut. Oleh itu kita sama-samalah kita renungkan artikel ini mudah-mudahan memperoleh kebahagian di dunia dan di akhirat.


-nadzmi-
-10.52 pm, 20 May 2009-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails