Search

RSS

Wednesday, January 28, 2009

REMAJA DAN KEPIMPINAN

Oleh:
Amin Bin Idris

Muqaddimah

Memetik titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail ketika merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1425 di Pusat Konvensyen Putrajaya yang bertemakan “Negara Maju Matlamat Kita” pada 22 Februari 2004, Yang di-Pertuan Agong menekankan kebimbangan beliau terhadap gejala sosial yang terlalu kritikal dan kemestian diperbetulkan kepincangan di semua peringkat masyarakat khasnya golongan remaja. Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa, “Mereka mesti disedarkan negara ini negara mereka dan apabila mereka menjadi pemimpin nanti, mereka bertanggunjawab menjadikan negara ini lebih maju dan berjaya.”

Ini secara langsung menggambarkan betapa pentingnya generasi muda yang merupakan pewaris pemerintahan negara dan kemestian agar mereka dibentuk melalui proses kepemimpinan. Adalah diharapkan agar tulisan ini mendapat perhatian khusus dari pihak kerajaan terutama di Pihak Kementerian Pertahanan dalam memastikan PLKN sebagai satu agenda yang bejaya dan berkesan.

Apa itu kepemimpinan?

Ia adalah ciri-ciri atau kebolehan untuk menginspirasi atau mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang tertentu. ‘Orang lain’ itu samada orang bawahan dalam organisasi, ataupun mungkin orang awam diluar organisasi.

Dalam Islam, matlamat seorang pemimpin itu mestilah bertepatan dengan al Quran dan as Sunnah. Sayyidina Umar RA pernah berkata, “Taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, sebaliknya sanggahilah aku jika kamu mendapati aku menyanggahi Allah dan RasulNya…”

Terdapat pendapat bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik, anda mesti mempunyai bakat semulajadi (inborn quality). Sebab itu pada zaman dahulu raja-raja dan pembesar-pembesar dipilih berdasarkan keturunan, kerana dilihat bahawa kepemimpinan akan diwariskan dari ayah kepada anaknya.

Namun begitu, pandangan sedemikian sudah tidak diterima lagi. Ahli fikir zaman sekarang berpendapat bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik dapat dipupuk dan dibina, bukannya anugerah semulajadi keturunan. Oleh kerana itu, kita dapat melihat beberapa contoh pemimpin dunia yang datang dari latarbelakang yang berbeza.

Contohnya, Rasulullah SAW sendiri adalah seorang anak yatim piatu dan penggembala kambing, tetapi akhirnya menjadi pemimpin teragung dunia. Umar Abdul Aziz pula mujaddid Islam yang datang dari kerabat Khilafah Umayyah. Abraham Lincoln adalah seorang anak miskin yang tinggal di kampung yang daif. Tunku Abd Rahman pula dari keluarga diraja. Begitulah beberapa contoh yang menunjukkan bahwa latarbelakang asal tidak menentukan samada seseorang itu menjadi pemimpin yang baik atau tidak, tetapi faktor pendedahan dan pengalaman yang dilaluinya.

Kenapa orang menjadi pemimpin?

Pada pandangan Barat, orang memilih untuk menjadi pemimpin kerana beberapa sebab. Pertama, kerana ingin mencapai tujuan-tujuan social; contohnya, untuk memerdekakan tanahair, atau untuk memajukan masyarakat, atau untuk mengangkat martabat sesebuah institusi tertentu. Kedua, kerana untuk kepuasan peribadi, contohnya untuk menguji kebolehan sendiri dan kepuasan apabila mencapai sesuatu tujuan. Dan ketiga, orang ingin menjadi pemimpin kerana prestij dan keinginan untuk dihormati dan dihargai.

Namun dalam Islam, kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah dari Allah. Ia adalah suatu yang suci dan mestilah lahir dari hati yang ikhlas tulus; semata-mata untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi. Allah berfirman dalam surah al Baqarah, bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi. Ini bermakna kita semua diberi tanggungjawab oleh Allah untuk mentadbir bumi ini dengan sistem yang ditentukan oleh Penciptanya. Untuk itu, al Quran sentiasa menyuruh kita menyeru kepada yang baik dan mencegah yang mungkar, atau yang kita kenali sebagai dakwah. Untuk melaksakan dakwah, ciri-ciri kepemimpinan yang effektif diperlukan.Bahkan. Rasulullah SAW juga menyebut bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin, dan kita beratanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dipimpin oleh kita. Tetapi bagaimana untuk memenuhi tuntutan tersebut? Tidak lain dan tidak bukan, dengan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang…

Bagaimana untuk membina ciri-ciri pemimpin yang cemerlang?

Ada tiga proses paling utama untuk membina sifat kepemimpinan; Pertama, pendedahan; Kedua, latihan; dan yang ketiga ialah pengalaman. Ketiga-tiga proses ini akan mencanai seseorang itu untuk membina sifat-sifat pimpinan yang dinamik, kreatif, dan progresif.

Pertama, pendedahan yang mesti diberikan ialah tentang konsep kepemimpina secara menyeluruh. Remaja kita mesti didedahkan dengan beberapa bentuk dan model kepemimpinan, contohnya autokratik, demokratik, laissez-faire, dan lain-lain. Dengan pengetahuan seumpama ini, maka remaja akan dapat menganalisa corak-corak yang diamalkan diseluruh dunia, dan akhirnya menilai unsur positif yang terkandung dalam corak-corak kepimpinan tersebut. Insya Allah jika diberi kesempatan, saya akan menjelaskan beberapa corak kepemimpinan yang selalu diamalkan sekarang.

Kedua, beberapa siri latihan mestilah ditempuhi untuk mengetahui sejauh mana keupayaan yang kita miliki. Latihan tersebut samada secara formal atau informal. Rasulullah SAW juga mendapat latihan secara tidak langsung apabila menjadi penggembala kambing dan saudagar antarabangsa. Namun pada hari ini, terdapat banyak bengkel dan seminar diadakan untuk memberi latihan kepimpinan kepada anak-anak muda.

Ketiga, pengalaman yang berguna sangat penting untuk melengkapkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik. Sekadar pendedahan dan latihan sahaja tidak mencukupi untuk membina seorang pemimpin yang baik. Oleh yang demikian, anda mestilah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah atau tempat anda belajar. Jangan malu dan segan untuk menerima tanggungjawab demi untuk pembaikan masyarakat, dan juga untuk menambahkan pengalaman anda. Semakin banyak pengalaman, semakin matang seseorang pemimpin itu. Sayyidina Umar RA adalah juga seorang pemuka Quraisy di zaman jahiliyyah, seorang pahlawan dan seorang sahabat rapat Rasulullah SAW. Dengan pengalaman-pengalaman yang banyak, akhirnya beliau menjadi seorang khalifah yang banyak melakukan usaha-usaha pembaikan yang diikuti sehingga sekarang. Pada waktunya jugalah wilayah Islam tersebar luas sehingga ke Benua Kecil India dan Benua Afrika. Itulah salah satu contoh pemimpin yang baik hasil daripada pengalaman yang luas dan pelbagai.

Apakah keperluan utama untuk menjadi pemimpin yang baik?

Sebenarnya ada banyak keperluan yang mesti dimiliki untuk menjadi pemimpin yang baik dan sewajarnya unsure-unsur ini mesti diterapkan dalam PLKN. Namun di sini dapat saya simpulkan kepada tiga perkara yang paling asas:

a) Sikap yang positif:

Sikap merupakan penentu kejayaan atau kegagalan sesuatu perkara. Ramai pelajar-pelajar yang ponteng kelas adalah kerana malas dan alasan-alasan yang dicipta. Sebenarnya, alasan-alasan itu adalah hasil daripada sikap yang negatif dan suka berdalih. Begitu juga dalam melahirkan pemimpin yang baik. Sikap-sikap positif mesti diperkuatkan untuk melahirkan ciri-ciri yang diperlukan; amanah, bertanggungjawab, rajin, prihatin, jujur, progresif, dan optimis. Kerana itu Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa dalam tubuh manusia terdapat seketul darah, jika baik darah tersebut, maka baiklah seluruh badan, sebaliknya jika buruk daging tersebut, maka buruklah seluruh badan, dan daging tersebut ialah hati. Dalam konteks ini, hati boleh dianggap sebagai elemen yang menentukan sikap seseorang.

b) Ilmu dan pengetahuan yang luas:

Ciri ini adalah penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang bermaklumat, berpandangan jauh, bijak, dinamik, kreatif, dan tidak putus akal. Sebagai muslim, kita mesti mempunyai beberapa ilmu utama; ilmu aqidah, tasawwur Islam yang sebenar, memahami al Quran dan as Sunnah, dan mengetahui beberapa asas dalam ilmu usul fiqh. Untuk menjadi seorang yang berilmu, anda mesti menuntut ilmu dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tetapi ia belum menjamin bahawa anda boleh menjadi seorang yang bermaklumat. Untuk memiliki maklumat, anda mestilah mempunyai sikap inquiry, iaitu perasaan ingin tahu terhadapa apa yang berlakui di sekeliling. Ia memerlukan pembacaaan luas dan saluran media massa yang cepat dan tepat. Maklumat seperti ini akan banyak membantu anda dalam membuat keputusan dalam memimpin.

c) Kemahiran memimpin

Ia adalah pengetahuan khusus yang mesti dimiliki oleh pemimpin yang berkarisma. Jika anda ingin menjadi seorang penukang kayu, anda mesti mahir menggergaji, memahat, menukul, mengasah, mengukur dan memaku. Begitu juga dengan pemimpin. Ada beberapa kemahiran yang mesti dimiliki jika anda ingin menjadi pemimpin yang berkesan dan berkarisma. Antaranya ialah kemahiran berfikir, kemahiran berucap, kemahiran komunikasi, kemahiran mengurus, kemahiran interpersonal, dan kemahiran personality. Insya Allah jika diberi peluang, saya akan menjelaskan tips-tips asas kemahiran tersebut.

Kesimpulan

Usaha kerajaan dalam membentuk generasi muda yang dinamik melalui PLKN sebenarnya merupakan satu keputusan yang harus dipuji. Namun demikian, telah terlalu banyak kepincangan yang telah berlaku sejak ia dimulakan buat beberapa tempoh yang lalu. Kes-kes pergaduhan, pukul-memukul, rogol malah melibatkan kematian meenyebabkan ibu-bapa para peserta PLKN diigaui kebimbangan dan kerunsingan. Sudah pasti kelegaan yang tidak terhingga dirasai oleh 10,000 ibu-bapa yang anak mereka gagal untuk mendaftarkan diri ke program tersebut.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Pak Lah disarankan agar menilai kembali konsep pelaksaan PLKN samada membabitkan pendekatan, modul latihan, topik utama ceramah dan yang paling penting ialah penerapan nilai spiritual yang menjadi benteng utama kepada mana-mana individu dalam menghadapi arus deras cabaran kehidupan fatamorgana. Badan-badan NGO dan juga para pemimpin mahasiswa mesti dipelawa untuk diadakah satu munaqasyah yang terperinci agar hasil yang dikeluarkan agar menyeluruh yang menghampiri keberkesanan yang terbaik.

Setiap muslim mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik untuk melaksanakan tugas khalifah sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran. Setiap daripada kita mempunyai amanah, dan kita bertanggungjawab untuk melaksanakan yang terbaik. Oleh yang demikian, generasi muda mestilah dilengkapkan diri anda dengan ciri-ciri seorang pemimpin yang sejati.

Penulis merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada Presiden MPPUIAM sesi 2002/2003, Sdr. Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain.

Bismillah al-Rahman al-Rahim

Buat kaum muslimin yang yakin akan keagungan Islam,
Yang yakin akan keutuhan Islam,
Yang merindukan kembalinya kehidupan Islam,
Yang mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas
Cintanya kepada harta , keluarga dan jiwanya sendiri.

Untuk Kaum Muslimin yang dinyatakan oleh Allah:
“Dan orang-orang yang mencurahkan kemampuannya
Semata kerana Kami,niscaya pasti Kami
Tunjuki jalan Kami”,

Untuk orang-orang yang saya cintai,
Yang sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya
untuk kemuliaan dan keagungan agamaNya,
Risalah ini aku persembahkan..

REALITI KAUM MUSLIMIN DAN AGENDA UTAMA UMAT

Umat Islam laksana tubuh.Setiap tubuh mempunyai darah,yang menyebabkan seseorang menjadi sihat, apabila darah tersebut bersih dan baik.Apabila seseorang kekurangan darah,atau bahkan kehabisan darah, maka ia akan menjadi lemas,tidak dapat bangkit dan melakukan aktiviti kehidupannya secara normal.Kehidupannya kemudian menjadi beban bagi orang lain.Itulah sunatullah (hukum Allah) yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia.
Umat Islam ketika ini dalam keadaan menderita, sakit dan lemah.Dimana-mana mereka ditimpa masalah.Mulai dari Asia tengah seperti Checnya, di eropah seperti Albania, Bosnia Herzegovina,di Afrika,seperti Sudan,di Asia Barat, seperti Iraq,Afghanistan,Palestin, di Asia, seperti Malaysia, Indonesia, Patani, Filipina, Bangladesh,Pakistan dan sebagainya.Semua umat Islam,yang mempunyai bilangan terbesar di dunia berbanding dengan agama lain,ternyata tidak berdaya apabila menghadapi musuh yang kecil sekalipun,seperti Israel.Di mana-mana kaum muslimin mempunyai masalah. Di Indonesia,Bangladesh dan Sudan, ramai ummat Islam yang kelaparan. Di Palestin,Iraq,BosniaAlbania dan Checnya,ramai orang Islam dibunuh dengan biadab oleh orang-orang kafir.

Belum lagi masalah dalaman yang dihadapi oleh kaum muslimin di negeri mereka masing-masing.Masalah kezaliman penguasa, pembunuhan, rasuah, pencurian, perompakan, sumbang mahram, tersebarnya penyakit AIDS dan sebagainya.Semua ini penyakit yang mengakibatkan umat Islam yang telah sakit bertambah parah sakitnya.

Persoalannya sekarang,apakah yang sebenarnya menjadi punca wujudnya penyakit-penyakit tersebut?

Apabila kita merenung secara mendalam realiti kaum muslimin ketika ini,maka sudah pasti kita akan mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya masalah-masalah tersebut.Tetapi kita sepatutnya menyedari bahawa masalah-masalah tersebut bukanlah punca masalah yang utama.Punca masalah utamanya adalah kerana hukum Islam yang sepenuhnya tidak diterapkan oleh ummat Islam.

Persoalan seterusnya adalah, hukum Islam yang manakah yang tidak diterapkan oleh ummat Islam ketika ini? Jawapannya tentulah kesemua hukum Islam. Mulai dari hukum ibadah, sosial, politik, ekonomi, hukuman,pemerintahan, pendidikan dan sebagainya. Semuanya mestilah dikembalikan kepada hukum Islam. Sebagai contoh, seandainya hukum potong tangan diterapkan, tentu orang yang mencuri akan takut mencuri lagi. Demikian orang yang hendak mencuri juga takut untuk meneruskan niatnya melakukan perbuatan terkutuk itu apabila faham ia akan kehilangan tangannya apabila mencuri dan akan menanggung malu di tengah masyarakat. Maka jenayah pencurian akan dapat ditekan.

Demikian juga seandainya hukum zina,liwat,qazaf dan bayyinah (pembuktian) diterapkan mengikut ketentuan Islam, maka penyakit AIDS tidak akan terjadi. Sebab AIDS berpunca dari kegiatan haram, iaitu melakukan hubungan seksual dengan berganti-ganti pasangan seks atau boleh terjadi kerana hubungan sejenis. Oleh sebab pelaku perbuatan terkutuk tersebut dihukum mati maka bermakna punca penyakit atau sumber penyakitnya akan dengan itu terhapus dan hilang. Dan apabila sumber penyakitnya hilang tentu penyakitnya akan terhapus sekali.Ini sunnatullah.

Tetapi,hukum Islam ini mustahil diterapkan kalau hukum yang dilaksanakan tidak adil. Misalnya suatu perbuatan yang salah dan patut dikenakan hukuman, tetapi oleh kerana yang melakukan kesalahan adalah pegawai tinggi kerajaan dan sebagainya, hukuman tidak dilakukan. Keadilan mustahil dilakukan kalau sistem pengadilannya tidak dilakukan dengan hukum Islam dimana hukum Islam memandang sama semua orang di hadapan hukum tak kira pemimpin atau masyarakat, tiada yang akan terlepas dari hukuman yang dijatuhkan.

Demikian juga hukum Islam ini tidak mungkin dilaksanakan apabila masyarakat mempunyai pemikiran dan perasaan yang salah kepada Islam disebabkan sistem masyarakatnya yang rosak. Seperti contoh kebebasan bergaul antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal, wanita atau lelaki keluar rumah tanpa menutup aurat, pusat-pusat pelacuran,hiburan malam,pertunjukan muzik, minuman-minuman keras dan sebagainya yang semuanya akan mendorong terjadinya ransangan seksual yang boleh menjerumuskan kepada maksiat dan dosa-dosa.

Jadi sebenarnya yang menjadi punca utama terjadinya krisis dan timbulnya pelbagai masalah dalam dunia Islam adalah kerana umat Islam tidak melaksanakan syari’at Islam secara menyeluruh.Dan apabila kita menganalisis satu per satu negeri-negeri Islam yang ada semuanya tidak berstatus sebagai Dar Al-Islam (kerajaan atau Khilafah Islam). Dengan kata lain semuanya adalah Dar- Al-Kufr (kerajaan bukan Islam kerana tidak berhukumkan Islam secara menyeluruh) iaitu negeri yang tidak menerapkan Islam secara menyeluruh dan keamanan untuk mengurus masalah dalaman dan mempertahankan serangan dari luaran tidak di tangan kaum muslimin.

Secara amnya,negeri-negeri tersebut menerapkan hukum Islam tetapi hanya sebahagian-sebahagian sahaja. Disamping itu rata-rata semuanya di kendalikan oleh kuasa besar dunia,Amerika, British dan sebagainya.

Inilah realiti kaum muslimin ketika ini. Maka, jika kita simpulkan dapat kita katakan bahawa masalah umat Islam ketika ini adalah mengembalikan hukum Islam untuk diterapkan kembali secara menyeluruh dan sepenuhnya di negeri-negeri mereka. Atau dengan kata lain umat Islam mestilah menjadikan Islam sebagai mabda’ (ideologi iaitu pemikiran sistem kehidupan yang diguna pakai dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian) mereka untuk mereka terapkan dalam kehidupan mereka. Ideologi Islam tidak sama dengan ideologi-ideologi bukan Islam iaitu ideologi Kapitalis-Demokrasi,Sosialis-Komunis dan sebagainya kerana ideologi Islam adalah ciptaan Allah swt sesuai dengan fitrah manusia sedangkan ideologi-ideologi lain adalah ciptaan manusia yang mementingkan maslahat (keuntungan) dan kepuasan hidup tanpa berlandaskan agama. Mabda’ Islam bagi umat Islam adalah laksana darah yang akan mengembalikan kehidupan mereka yang juga akan menyembuhkan umat Islam dari masalah-masalah yang mereka alami ketika ini.

Yakinlah bahawa suatu hari nanti diakhir zaman ini umat Islam pasti akan bangkit semula sebagaimana yang pernah di sabdakan oleh Rasulullah saw setelah kini umat Islam merundum jatuh di kelirukan dan di serang oleh musuh-musuh Islam dari sudut luaran dan dalaman. Masa dan tempat berlakunya kebangkitan umat Islam hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi kita tidak boleh melihat sahaja apa yang berlaku di dunia ketika ini tanpa berbuat apa-apa. Kita perlu berusaha mengembalikan martabat dan syi’ar Islam. Kita perlu berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam kepada masyarakat dunia seluruhnya. Kita perlu berusaha supaya hukum perintah dan larangan Allah iaitu hukum syara’ terlaksana kerana itu adalah kewajiban. Bagaimanakah caranya ummat Islam akan bangkit? Kita akan bincangkan tentang kebangkitan sebenar umat Islam dalam tajuk yang seterusnya..

CARA MEMBANGKITKAN UMMAT ISLAM

Umat Islam ini tidak bangkit dan terus menerus ditimpa pelbagai masalah sehingga tidak dapat berperanan kembali di dunia untuk mengendalikan kehidupan yang ada adalah kerana hilangnya pemikiran mabda’ (ideologi) dalam diri mereka.Mereka telah kehilangan “darah” itu. Dan “darah” itulah yang ketika ini mereka perlukan sehingga mereka mampu bangkit kembali untuk memimpin dunia.

Sebab kekalahan umat Islam dengan umat lain bukan kerana dibidang teknologi.Kita telah melihat bagaimana Iraq yang merupakan sebuah negara merdeka yang menguasai teknologi tinggi iaitu teknologi nuklear dan senjata kimia lain akhirnya dapat dihancurkan oleh negara-negara adikuasa, Amerika dan konco-konconyanya. Mengapa ini terjadi? Sebab mereka tunduk kepada hukum internasional yang jelas hukum kufur (hukum bukan Islam). Hukum yang sengaja dibuat oleh orang kafir untuk menjajah dunia Islam. Kita lihat bagaimana Iraq bersendirian apabila Amerika, British,Australia dan negara-negara kafir lain bersatu menghancurkannya.

Jepun adalah juga merupakan salah satu negara yang menguasai teknologi tinggi. Tetapi kita lihat bagaimanakah kenyataannya? Jepun tidak mampu mengendalikan kekuatannya.Sebaliknya Jepun hingga kini masih dikendalikan oleh Amerika. Ini sahaja telah cukup untuk membuktikan bahawa kebangkitan bukan ditentukan oleh penguasaan teknologi ataukah tidak. Tetapi kebangkitan suatu bangsa adalah kerana penguasaan bangsa atau umat itu kepada ideologi tertentu yang mereka yakini.

Tidak bangkitnya ummat juga bukan kerana masalah ekonomi. Kita lihat bagaimana Kwait dan Brunei yang kaya-raya hasil daripada minyaknya tetapi adakah mereka mampu bangkit? Ternyata umat Islam di negera-negera tersebut tidak mampu bangkit walaupun ekonomi mereka amat kukuh kerana mereka masih dikawal dan berada di bawah telunjuk dan penguasaan Amerika dan British.Sejarah juga menyaksikan bagaimana dahulu Saudi Arabiyah, negara yang juga kaya raya dengan minyaknya sebelum Perang Teluk II.Tetapi sekarang? Sekarang Saudi Arabiyah mesti membayar hutang kepada Amerika. Demikian juga Jepun, setiap tahun mesti memberikan sumbangan dana kepada Amerika dengan percuma.Dan Amerika akan menjaga kepentingan ekonomi Jepun. Maka, benarkah kebangkitan tersebut boleh dicapai dengan faktor ekonomi? Jawapannya tentu tidak.

Ada sesetengah negara yang membuat semboyan bahawa akhlak mulia,negara maju.Benarkah akhlak mulia, negara akan menjadi maju?Bolehkah akhlak yang mulia menyebabkan kebangkitan? Madinah, penduduknya adalah penduduk yang paling mulia akhlaknya di seluruh dunia tetapi kenyataannya? Mereka tidak bangkit.Mereka seperti air yang menjadi ais apabila menyaksikan perang saudara yang dilakukan oleh Saudi Arabiyah dengan Iraq kerana penipuan Amerika kepada Saddam Hussein. Begitu juga serangan Amerika keatas Iraq kerana dikatakan sebagai sarang pengganas dan pengeluar senjata-senjata yang di hebohkan Amerika akan mengancam keselamatan dunia, menyebabkan umat Islam di Iraq diserang, diseksa dan dibunuh.Tetapi penduduk Madinah yang paling mulia akhlaknya tadi tidak mampu berbuat apa-apa. Sebaliknya penduduk Paris adalah penduduk yang paling rosak akhlaknya tetapi mereka bangkit.Termasuklah rakyat Eropah dan Amerika.Mereka adalah rakyat yang hidupnya bebas seperti haiwan tetapi mereka dapat mempengaruhi dan menguasai dunia.Benarkah kebangkitan mereka disebabkan oleh akhlak?Jawapannya juga tidak.

Jadi kebangkitan rakyat Amerika dan Eropah, kebangkitan penduduk Paris dan tidak bangkitnya rakyat Iraq, Kwait, Saudi Arabiyah mahupun Jepun adalah kerana mabda’ iaitu ideologi. Ideologi Kapitalismelah yang menyebabkan kebangkitan di Eropah dan Amerika. Dan kerana faktor ideologilah menyebabkan bangsa-bangsa lain terutamanya umat Islam tidak bangkit. Umat Islam perlu mengembalikan hukum Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Caranya ialah dengan menjadikan islam sebagai mabda’ (ideologi iaitu pemikiran sistem kehidupan yang diguna pakai dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian) sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah saw, para sahabat dan khalifah-khalifah (pemimpin Islam) sepanjang pemerintahan Islam sebagai sebuah negara.

Sedarlah wahai seluruh umat Islam bahawa kita telah kehilangan kekuatan kerana ketiadaan lagi pemerintahan Islam sebagaimana ketiadaan pemerintahan Islam yang dilalui baginda Rasulullah saw dan para sahabat sebelum tertegaknya pemerintahan Islam di Madhinah. Kerana setelah tertegaknya Khilafah Islam barulah Islam itu dapat diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan.Hukum-hukum Allah swt iaitu hukum-hukum Islam mulai dari hukum ibadah, sosial, politik, ekonomi, hukuman pemerintahan, pendidikan dan sebagainya hanya dapat terlaksana dengan adanya pemerintahan Khilafah Islam (kerajaan Islam). Dan setelah adanya pemerintahan Khilafah Islam yang berpegang pada mabda’ Islam barulah Islam itu akhirnya dapat tersebar keseluruh pelosok dunia.Sejarah telah membuktikan kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu. Sedarlah bahawa umat Islam kini jatuh bukan melainkan, kerana kejatuhan umat Islam yang terjadi kerana penghapusan Khilafah Islam angkara perancangan musuh-musuh Islam yang akhirnya berjaya menggulingkan Khilafah Islam Turki Othmaniyah yang merupakan Khilafah Islam terakhir pada tanggal 3 Mac 1924.Khilafah dimansuhkan secara mutlak oleh Mustafa Kamal Atartuk Pasha (Penghianat) dengan bantuan penjajah Barat, natijahnya maka berakhirlah pemerintahan Islam yang berusia 1300 tahun. Kini tahun 2005, sudah 81 tahun ummat Islam ketiadaan Khilafah. Mendirikan semula Khilafah Islam adalah wajib kerana hukum-hukum Islam tidak akan terlaksana sepenuhnya melainkan dengan tertegaknya Khilafah sebagaimana kewajipan wudhu jika hendak melaksanakan solat fardhu. Kerana tidak akan terlaksana kewajipan mendirikan solat melainkan dengan berwudhu maka wudhu tadi hukumnya menjadi wajib.

Ini adalah kaedah syara’ yang di gali dari seruan Allah iaitu

“Suatu kewajiban yang tidak dapat terlaksana dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib.”

Dan hendak mendirikan semula Khilafah mestilah melalui Thoriqah Rasulullah saw (Thoriqah bermaksud jalan atau cara) bukan dengan cara yang lain.Kerana Thoriqah atau jalan yang dibawa dan dilalui Rasulullah adalah berdasarkan wahyu dan wahyu ini datangnya daripada Allah menunjukkan bahawa thoriqoh tersebut adalah perintah Allah dan ianya jatuh sebagai hukum syara’ dan thoriqoh inilah yang patut kita ikut bagi mengembalikan Islam dalam kehidupan.Dan perjuangan ini tidak mungkin boleh dilakukan secara bersendirian melainkan dengan secara berjemaah.

Firman Allah swt yang bermaksud

“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jemaah) yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.”
[surah Ali Imran ayat 104].

Berdasarkan dalil ini Allah swt telah memerintahkan kaum muslimin agar berada dalam satu jemaah yang memikul dakwah Islam dan bekerja untuk mengembalikan kehidupan Islam.(Isti’naful hayah al Islamiyah).

Firman Allah swt yang bermaksud

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyeru yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar,dan beriman kepada Allah”
[Surah Ali Imran ayat 110]

Berdasarkan ayat ini sepatutnya umat Islam itu adalah umat yang terbaik sebagaimana yang telah berlaku dimasa kegemilangan-kegemilangan ummat Islam zaman Rasulullah dan zaman-zaman berikutnya tetapi kini umat Islam jelas tidak selari sebagaimana ayat Al-Quran tersebut.Ummat Islam kini ditimpa pelbagai masalah luaran dan dalaman.Maka umat Islam perlu bangkit memperbetulkan martabat dan kedudukan mereka yang sebenar sebagai ummat yang terbaik sebagaimana yang di sebut dalam ayat Al-Quran surah Ali Imran ayat 110 itu tadi.
Hakikat kebangkitan adalah kebangkitan berfikir.Dari berfikir haiwani yang berfikir sekadar untuk hidup meningkat kepada berfikir manusiawi yang berusaha memperjuangkan kemuliaan manusia dengan mabda’(ideologi) yang betul iaitu mabda’ Islam.Berfikir mabda’ inilah yang menjadikan ummat Islam dahulu bangkit dan dapat menguasai dunia, meskipunhanya dengan kenderaan unta dan kuda.Sebab teknologi hanyalah sarana (kemudahan).Kuda, kereta, pesawat,senjata pedang,senapang, meriam,nuklear, semuanya merupakan sarana. Sarana tersebut boleh berubah-rubah mengikut perubahan dunia.Tetapi mabda’ tidak pernah berubah,khasnya mabda’ Islam. Kerana itu mabda’ Islam tetap mabda’.Dan mabda’ Islam tetap mampu dan layak menguasai dunia. Sesungguhnya Islam adalah merupakan agama yang sempurna (syumul)

Firrman Allah swt yang bermaksud

“Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan ke atas kamu nikmat-Ku,dan Aku redhai Islam sebagai agama kamu.”
[Surah al-Maidah ayat 3.].

Berbeza dengan agama lain,Islam adalah lengkap bukan sahaja mengatur urusan ibadah iaitu hubungan manusia dengan Penciptanya tetapi Islam juga mengatur cara hidup, urusan kehidupan iaitu aturan manusia dengan dirinya sendiri dan juga aturan manusia-dengan manusia yang lain (Muamalat). Inilah kesempurnaan Islam. Tidak seperti agama-agama lain seperti Hindu, Kristian,Budha,Yahudi dan yang seumpamanya kita dapati kesemuanya hanya memberikan penyelesaian untuk urusan ibadah dan moral sahaja tetapi membiarkan manusia sendiri mengatur cara hidup seharian mereka. Maka wujudlah ideologi kufur (ideologi bukan Islam) iaitu Kapitalisme-Demokrasi dan Sosialis-Komunisme ciptaan manusia yang hanya mengatur urusan dunia mereka sahaja. Kapitalisme dan Sosialisme hanya mengatur urusan dunia, sehingga jika orang Kapitalis dan sosialis menginginkan aspek rohani (an-nahiyah ar-ruhiyah), mereka terpaksa cari pada agama selain ideologi yang dianutnya. Demikian halnya dengan Yahudi,Kristian, Hindu, Budha, Confucious dan sebagainya hanya mengatur urusan akhirat atau spiritual sahaja, sedangkan masalah kehidupan pengikutnya diserahkan kepada mereka sendiri. Maka dalam urusan hidup mereka ada yang mengambil Kapitalisme dan ada pula yang mengambil Sosialisme. Akibatnya ada yang menjadi ateis dan meninggalkan agamanya.Inilah krisis yang dialami oleh agama dan ideologi selain Islam.

Firman Allah swt yang bermaksud

“ barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” [Surah Ali Imran ayat 85].

Di samping itu Rasulullah saw bersabda

“Kamu pasti akan mengikuti tuntutan umat-umat sebelum kamu,sejengkal-demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengukuti mereka”.Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah. Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw menjawap, “siapakah lagi kalau bukan mereka”.
[Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.]

Firman Allah dan hadith di atas menerangkan celaan yang tegas, yang bererti haram mengambil agama selain Islam dan mengikuti cara hidup selain Islam, sekaligus menunjukkan Islam mempunyai cara hidup yang unik.Islam berbeza dengan yang lain dan tiada selain Islam kecuali kekufuran.Dengan demikian selain Islam adalah kufur, baik dari segi agama mahupun ideologi dan ini adalah kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi.Semuanya dapat disebut kufur apabila bertentangan dengan Islam.
Demikian, Islam jikalau dipegang dipraktikkan sepenuhnya oleh umat Islam akan mengembalikan kehidupan Islam dan mengembalikan kekuatan kepada ummat Islam yang kini telah hilang.Ummat Islam perlu sedar permasalahan utama yang berlaku kepada umat Islam kini iaitu Islam tidak diterapkan sepenuhnya dalam kehidupan mereka.Khilafah perlu ditegakkan semula agar kehidupan Islam dapat dikembalikan kepada ummat Islam.Menegakkan Khilafah mestilah melalui thariqoh Rasulullah.Dan kebangkitan ummat Islam adalah dengan kebangkitan berfikir. Berfikir ideologi iaitu mabda’ Islam inilah yang akan membangkitkan umat. Perubahan dan kebangkitan daripada pemikiran Kapitalis dan Sosialis yang sedang meguasai pemikiran dunia ketika ini kepada pemikiran Islam yang menyeluruh. Bayangkan sekiranya penerapan menyeluruh hukum Islam terlasana,sudah tentu umat Islam dapat mengatasi masalah-masalah yang mereka alami,misalnya masyarakat yang mengalami keruntuhan akhlak kepada masyarakat yang berakhlak mulia,daripada sistem pemerintahan sekular yang mengasingkan agama dengan kehidupan kepada sistem yang menerapkan nilai agama dalam kehidupan, daripada ummat yang lemah dan berpecah-belah kepada umat yang kuat dan bersatu-padu,daripada ummat yang ketinggalan kepada ummat yang maju.Ini dapat berlaku kerana hukum Islam ciptaan Allah adalah selaras dengan fitrah manusia yang apabila dilaksanakan akan menyelesaikan segala permasalahan umat sama ada masalah ibadah,masalah dalam diri dan masalah hubungan sesama manusia.Apabila terdirinya Khilafah Islam, musuh-musuh Islam tidak akan sewenang-wenangnya dapat memperlecehkan umat Islam. Kerana dengan adanya Khilafah umat Islam akan menjadi kuat dan bersatu-padu.Dan kerana dengan adanya Khilafah seruan jihad akan dapat terlaksana, kekuatan umat Islam akan terserlah di bawah kepimpinan khalifah(pemimpin),dengan ini dakwah Islam akan tersebar luas keseluruh dunia dan dapat menundukkan musuh-musuh Islam.

Rasulullah saw bersabda

“sesungguhnya Imam (pemimpin) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung.”
[Hadith Riwayat Muslim].

Rasulullah saw juga bersabda

“ Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, digantikan oleh nabi lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku.(Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah” Para sahabat bertanya “Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?” Baginda mejawab “Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknya, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka.” [Hadith Riwayat Muslim].

Kedua-dua hadith berikut menerangkan tentang kepentingan adanya khalifah agar dapat mengatur urusan ummat Islam.

Dan Nabi saw juga bersabda

“Siapa saja yang melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa dengan Allah di hari kiamat tanpa hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’at(kepada pemimpin), maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah.” [Hadith Riwayat Nafi’]

Nabi saw mewajibkan adanya bai’at (Pengistiharan untuk patuh) pada pundak/bahu setiap muslim dan mensifatkan orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Sedangkan bai’at hanya dapat diberikan kepada khalifah, bukan kepada yang lain. Ini jelas menerangkan perlunya ada khalifah yang hanya akan ada sekiranya ada khilafah.Dan mendirikan semula khilafah adalah wajib keatas setiap setiap umat Islam kerana ketika ini khilafah sudah lenyap daripada dunia masa kini. Ketiadaan khilafah ini adalah serupa sebagaimana keadaannya ketika ketiadaan khilafah pada zaman sebelum hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah. Di Mekah selama 13 tahun Rasulullah berperang secara pemikiran kepada masyarakat arab jahiliyyah.Setelah itu hijjah Rasulullah ke Madhinah menyaksikan pembinaan sebuah negara.Setelah itu,peperangan pemikiran dan fizikal dilaksanakan.Ini berlaku setelah adanya pemerintahan Islam.Sejarah melihat bagaimana kekuatan pemerintahan Islam mampu menundukkan kerajaan Rom dan Parsi sehinggakan Islam mampu menguasai tiga per empat dunia.
Maka tidak syak lagi, ummat Islam akan bangkit apabila Islam kembali dikuasai oleh umat Islam dengan betul.Sehingga tubuh umat Islam akan segar kerana “darah”nya bersih. Iaitu Islam yang berupa thought and method. Islam yang lengkap dengan spitual dan politiknya.Islam yang lengkap sebagai agama dan sebagai mabda’...

KEWAJIBAN POLITIK DAN TANGGUNGJAWAB UMMAT
Kesedaran inilah yang mendorong ummat Islam untuk kembali ke pangkuan Islam. Melakukan politik, iaitu mengurusi urusan umat Islam dengan menerapkan kembali hukum Islam, dalam masalah dalaman dan luaran. Kesedaran yang lahir daripada keyakinannya kepada Islam sebagai satu-satunya agama dan ideologi (mabda’) yang benar. Dan kesedaran kepada Islam sebagai satu–satunya agama dan mabda’ yang lengkap.
Kesedaran inilah yang melahirkan keyakinan kepada Islam, bahawa Islam adalah satu-satunya ideologi yang mesti dilaksanakan oleh umat manusia, agar kehidupan mereka dijauhkan daripada nestapa yang menimpanya. Dan keyakinan inilah yang mendorongnya untuk terus-menerus memperjuangkan Islam, agar Islam tersebut diterapkan.Dan kerana itu, keyakinan dan kesedaran inilah yang menjadi asas bagi aktiviti politiknya. Sehinggalah aktiviti politiknya merupakan aktiviti akal dan hati. Yang tidak akan pernah dapat dibunuh oleh kekuatan apapun.

Masalah utama politik ummat ketika ini adalah jalan penyelesaian apakah yang perlu dilakukan sehingga satu per satu masalahnya dapat diselesaikan dan akhirnya umat ini akan bangkit?

Pertama, umat ini mestilah membina diri dengan pembinaan Islam yang benar, sehingga Islam tersebut akan mampu menjadi ideologinya. Dan nampak bagaimana ideologi tersebut diterapkan.Semuanya itu akan mendorong keyakinannya untuk mewujudkan Islam. Disamping itu,hukum melakukan proses pembinaan ini adalah fardhu’ain bagi masing-masing ummat yang tidak boleh berhenti sehingga pemikirannya menjadi maju dan tinggi.

Kedua, setelah tumbuhnya kesedaran Islam yang benar dan kukuh sebagai sebuah ideologi, maka pastinya ia akan terdorong untuk memperjuangkannya.Tetapi mestilah disedari bahawa berjuang bersendirian tidak akan mungkin mampu mewujudkan cita-cita masa depan Islam. Kerana itu setelah ia faham Islam sebagai ideologi mestilah ia mencari jemaah atau kelompok yang secara murni memperjuangkan Islam yang sesuai dengan ideologi yang ia yakini.Yang semuanya diasaskan dengan Islam.

Ketiga,melakukan interaksi di tengah-tengah masyarakat untuk mendidik umat agar mereka bangkit dengan ideologi Islam. Sebab kebangkitan selalunya dimulai dengan pemahaman.Penerapan hukum dan undang-undang tidak akan berjayamembuat masyarakat menjadi berdisplin, patuh dan taat kepada hukum dan undang-undang tersebut apabila tidak ada kesedaran. Dan kesedaran ini akan terbentuk apabila hukum dan undang-undang tersebut lahir daripada ideologi yang mereka yakini.Kerana inilah yang terpenting.Mendidik ummat sehingga sedar dan yakin terhadap ideologi yang akan mereka terapkan. Sehingga mereka redha diperintah dengan hukum dan undang-undang tersebut dengan penuh ketaatan.

Keempat,penerapan seluruh hukum Islam oleh negara Islam iaitu Khilafah Islam yang insya Allah sebentar lagi akan berdiri..

Wallau a’lam.

RENUNGAN...

Firman-firman Allah:

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
[Al-Ashr ayat 1-3]

“Hai rasul sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu beerti) kamu tidak sampaikan risalah-Nya.”
[Al-Maaidah ayat 67]

“Sesungguhnya orang-orang yang menyebunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan yang jelas dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.”
[Al-Baqaroh ayat 159]

Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah dia berusaha mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu (berbuat demikian) hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya dan demikian itu adalah iman yang paling lemah.”
[Hadis RiwayatMuslim daripada Abu Said al-Khudri]

“Wahai manusia sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu; “Perintahkanlah (manusia melakukan) maaruf dan tegahlah (mereka daripada mungkar, sebelum (sampainya masanya) kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya, kamu meminta (sesuatu) kepada-Ku tetapi Aku tidak memberikannya kepadamu, (perintah dan tegahlah) sebelum (sampai masanya) kamu minta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu.”
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

“Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”
[Hadith Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

“Akan datang kepada umat ku suatu zaman dimana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api.”
[Hadis Riwayat Tarmizi daripada Anas r.a]

Firman-firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan HENDAKLAH ADA DI ANTARA KALIAN SEGOLONGAN UMAT (JEMAAH) yang ‘MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN’, ‘MENYERU KEPADA YANG MA’RUF’ dan ‘MENCEGAH DARI YANG MUNGKAR’; dan MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG”
[surah Ali Imran ayat 104].

“Barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”
[Al Mujadilah ayat 56]

“Mereka itu berkelompok (hizb) Allah, Ingatlah bahawa kelompok Allah itulah yang pasti menang”
[Al-Mujadilah ayat 22]

“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenanngan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.Sesunguhnya Dia adalah penerima taubat.”
[AnNashr ayat 1-3]

Tuesday, January 20, 2009

Gerakan Yahudi Sedunia Ingin Hancurkan Islam

Gerakan Yahudi di Malaysia

Gerakan Yahudi telah meluas di seluruh dunia melalui berbagai-bagai pertubuhan sulit seperti yang telah diterangkan. Di Malaysia juga terdapat pertubuhan sulit ini yang berselindung di sebalik tabir pertubuhan atau badan kebajikan dan kemanusiaan. Free Missionery, Kelab Rotary dan Kelab Lion serta Bahai telahpun bertapak di Malaysia. Inilah sebabnya gerakan Islam tidak boleh bergerak dengan lancar. Gejala-gejala keruntuhan akhlak berleluasa dan fahaman sekularisme semakin hari semakin kuat.

Pertubuhan-pertubuhan ini terdapat di ibukota dan di daerah-daerah di seluruh Malausia. Pada suatu masa terdapat di sebuah hotel di ibukota satu perhimpunan Kelab Rotary. Ini bererti kelab ini bergerak dengan cergas. Pada malam Jumaat 4 Oktober 1974 Kelab Rotary telah mengadakan jamuan makan malam sempena persefahaman dunia yang bertempat di Ipoh, Perak dan dihadiri orang-orang kenamaan di tempat itu. Ajaran Bahai juga terdapat di negeri Kedah dan Kelab Lion pula bergerak dan meluas di seluruh Malaysia. Ini bererti gerakan Yahudi bermaharajalela dalam negara kita yang dicintai.

Rancangan Menghancurkan Islam dan Umat

Seorang peguam yang berbangsa Amerika yang beragama Yahudi iaitu Andre Clain telah membentangkan kepada masyarakat Amerika di New York bahawa protokol-protokol pendita Sahyun sebenarnya satu gerakan sedunia yang dijalankan oleh majlis San Handren. Beliau juga telah menulis di dalam akhbar suara wanita Chicago pada tahun 1945. PBB yang terletak di New York bukanlah satu hasil kajian dan keputusan kongres yang berlangsung pada 1945 di San Fransisco tetapi adalah keputusan Khahila sebelum kongres tersebut.

Amerika sekarang dalam genggaman Khahila. Sir Henry Ford 1 (pengasas dan ketua syarikat motor Ford) telah menerbitkan petikan protokol Yahudi itu pada awal lagi. Menurut catitannya, pergerakan Yahudi sebagaimana yang diperjelaskan oleh Prof. Serges Alnilus dalam sebuah risalah yang bernama 'Protokol Zionis' yang dicetak pada tahun 1905 bahawa para cerdik pandai Yahudi telah membuat satu rancangan yang berupa teori untuk menjajah secara aman di seluruh dunia. Prof. Sergei Alnilus adalah rakyat Rusia yang merupakan seorang paderi gereja Ortodof. Daripada Prof. Sergei Alniluslah dunia mengetahui segala rahsia zionis itu dan buku-buku catitan rahsia Yahudi itu dipamerkan di muzium British pada tahun 1905.

Hasil muktamar paderi-paderi seluruh dunia De Faui Sazelic sejak tahun 1897 - 1905 adalah seperti berikut : -
¨ Melenyapkan sistem pemerintah
an Islam
¨ Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur
¨ Hancurkan akhlak Islam, fikiran mereka, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka menurut hawa nafsu.
¨ Melenyapkan persatuan muslim
¨ Meragu-ragukan muslim terhadap agamanya.
¨ Melemahkan bangsa Arab
¨ Mendirikan negara-negara diktator di negara-negara Islam
¨ Pisahkan muslim dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan bangsa-bangsa barat.
¨ Menyekat tokoh-tokoh Islam dan tamatkan gerakannya serta menghinakan para ulama-ulama Islam.
¨ Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
¨ Menubuhkan seberapa banyak sekolah di merata-rata negara Islam dengan dipimpin oleh beberapa tenaga pengajar Kristian dan Yahudi.
¨ Menghantar sebanyak mungkin pengembang-pengembang agama Kristian ke seluruh dunia Islam.
¨ Membuka pintu seluas-luasnya kepada belia-belia Islam yang menyambung pelajaran ke negara-negara Kristian supaya dapat menguasai kebudayaan Kristian dan mereka kosong dengan prinsip-prinsip secara Islam
¨ Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka daripada penumpuan kepada ilmu pengetahuan yang tulen.
¨ Menguasai pengajaran di negara-negara Islam dengan sistem sekular yang bebas dari agama dan akidah.
¨ Tindakan yang bersungguh-sungguh ke arah merosakkan belia-belia Islam dengan hidangan minuman keras, perempuan-perempuan pelacur, gambar-gambar bogel, kisah-kisah lucah, penyanyi-penyanyi dan kesenian muzik.
¨ Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat-pusat membeli-belah dan mungkin kekayaan di negara-negara Islam.
¨ Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti tamadun jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya menutup mata para belia Islam dan generasi baru Islam daripada melihat tamadun Islam di zaman yang silam.
¨ Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh-temeh sehingga belia-belia Islam benci kepada peristiwa-peristiwa yang tertentu yang akhirnya akan benci kepada Islam.
¨ Menciptakan fahaman-fahaman dan aliran serta dasar-dasar hidup duniawi, memesongkan parti-parti politik yang kosong dari roh agama dan menceraikan agama dengan kedaulatan.
¨ Memperalatkan Yahudi sebagai batu loncatan, diasaskan permusuhan ke atas Islam di Palestin kerana di situ asalnya pusat negara Islam.

Sebanyak 21 protokol Yahudi yang diringkaskan daripada 24 protokol iaitu keputusan dan cadangan pendita-pendita Yahudi mengenai cara-cara untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka telah berjaya menjalankan segala rancangan mereka dan mereka telah berhasil meracuni dunia Islam. Umat Islam masih tidur dan masih lupa terhadap kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kejatuhan negara-negara Islam dan ditakluki oleh orang bukan Islam serta dipecah-pecahkan mereka seperti kejatuhan Turki, penaklukan negara Mesir dn perpecahan Baghdad di samping Baitul Maqdis tanah suci umat Islam ke-3 diambil secara haram oleh rejim Israel adalah sebab umat Islam tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan leka dengan kemewahan dan kemegahan dunia serta lalai dengan nikmat-nikmat yang ada pada mereka. Maka akhir sekali mereka ditakluk dan ditindas. Protokol ini dibuat pada tahun 1905. Sekarang kita berada di alaf baru. Sudah berapa tahun protokol ini dilaksanakan dan bagaimana dengan natijahnya terhadap umat Islam. Kita boleh lihat sendiri hasil-hasilnya. Apakah tindakan kita yang mengetahui peranan sebagai seorang muslim dan daie umat Islam pada masa akan datang ?

Sumber : Majalah Islam Al-Fununiah

wassalam

Monday, January 5, 2009

RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

JOM BOIKOT!!!

Kempen Boikot Colgate, Coca-cola Dan Starbucks Coffee Diteruskan

MELAKA, 21 Sept (Bernama) -- Aman Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meningkatkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memboikot tiga produk barangan pengguna dari Amerika Syarikat (AS) yang diketahui menjadi penyokong kuat Israel.

Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata tiga produk itu ialah Colgate, Coca-Cola dan Starbucks Coffee.

"Kita mahu boikot ke atas tiga barangan ini ditingkatkan kepada semua lapisan masyarakat terutama pelajar kerana pengeluar dan pemilik tiga barangan ini dari AS diketahui memberi sokongan kuat ke atas rejim Zionis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Forum Globalisasi yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia di sini Khamis.

Beliau berkata usul memboikot tiga produk itu telah bermula sejak dua bulan lepas dan ia membawa impak kepada pengeluaran dan pengedaran produk itu di negara ini.

"Saya telah dihubungi oleh pengeluar Coca-Cola yang menyatakan mahu mengadakan pertemuan berhubung usaha kita memboikot barangan mereka," katanya.

Aman Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan Yayasan Kerjaya Malaysia ialah antara beberapa NGO yang telah menyuarakan secara rasmi memboikot ketiga-tiga produk berkenaan.

Beliau berkata sumbangan masyarakat dengan beralih kepada produk lain akan membawa impak besar dalam keamanan sejagat sebagaimana yang dicita-citakan.

Sunday, January 4, 2009

AURAT WANITA

conditions of HIJAB

1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

wassalam.. =)

MENGHORMATI AZAN

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Friday, January 2, 2009

SALAHUDDIN AL-AYUBI

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails