Search

RSS

Wednesday, December 29, 2010

ubah..berubah..

ubah..berubah..
segala-galanya akan berubah..
apakah yg akan berubah??
jawapannya..segala-galanya..
ada pelbagai sbb perlu berubah dan di ubah
tujuannya hanya satu..
kerna mau berubah

dalam kpla nh mcm2 nak ubh.
sikap?
cara?
pendekatan?
strategi?

bagaimana???
lakukan satu anjakan paradigma..
lpstu??????


to be continued


Saturday, November 13, 2010

5 Syarat Berbuat Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

01."Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

02."Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

03."Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

04."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

05."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.



dipetik dari : iluvIslam.com

Friday, November 12, 2010

planning~


Final exm
tinggal 1 paper je lg
lps tu...habis..
balik...
cuti>>>
yeahh!

dh plan nak buat pe cuti nih =)

- scrp book project-
-origamy-
-try msk resepi br-
-buat kek/pudding/dadih-
-kemas rumah-
-tgk cite jepun (dah siap downlod 5 cite)-
-on9-
-"bedah" lappy-
-"bedah" mizzy_i-
-blogging-
-edit pic-
-men game-
-photografy-
-g jln2-
........byk lg kot........

miss my parents
miss my family
damn muchh!









Follow me =)

  1. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂
  2. Cara hidup baru abad 21
  3. Bila Aku Menulis Blog
  4. ~ApekpunyaBlog~
  5. My Big Family & Friends
  6. ABCMILO
  7. matdin (orang paling terkenal hehe…)
  8. MSR @Blogger
  9. tengku nizam
  10. mizz shizu
  11. Me & Myself V3
  12. Blog Hanz
  13. myvitrd
  14. KL Urbanite
  15. mira_sensei =) [jom follow]

Petang tadi sambil jalan-jalan dalam gengblogger, ada ternampak 1 tips menarik untuk tingkatkan trafik yang belum pernah dicuba sebelum ini.

Tipsnya adalah seperti dibawah. Tips ni pun dapat dari page myvitrd. Thank you untuk tips yang menarik ni.
Jom kita ramai-ramai blogger-blogger cuba trick kat bawah ni.


1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


    1. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂
    2. Cara hidup baru abad 21
    3. Bila Aku Menulis Blog
    4. ~ApekpunyaBlog~
    5. My Big Family & Friends
    6. ABCMILO
    7. matdin (orang paling terkenal hehe…)
    8. MSR @Blogger
    9. tengku nizam
    10. mizz shizu
    11. Me & Myself V3
    12. Blog Hanz
    13. myvitrd
    14. KL Urbanite
    15. mira_sensei =) [jom follow]


PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!


***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak…



Tuesday, November 2, 2010

banjir+exam+pilihanraya


hujan turun tanpa henti sejak dua hari
Jitra dah banjir..
Kawasan perumahan pun dah start naik air
jalan nak masuk ke taman pun dah tenggelam
air dah capai paras buku lali..lpstu paras betis lpastu.......huhuh oh!tidak..
MSN Onion Icons
bekalan makanan dah siap dibeli
langkah berjaga-jaga dah pun diambil.
still ada 4 paper lagi utk final exam nih..huhu
Harap-harap banjir cepat surut.
Ameann...

stdy??
huhu..musim-musim ujan ni best je tdo..
mata asyik nak pejam je..huhu
tp kne berkorban..
demi masa depan..
tdo dikurangkan
stdy dilebihkan
Onion Icon
takpe2..nnt qada' la balik..hehe


call ma semalam..
tanya pasal pilihanraya Dun Galas.
ma cakap semuanya beres..
Gua Musang makin sibuk
kempen sana sini
abah plak hari-hari meeting..
katanya jadi pengurus peti undi kat sne
tringin sangat nak balik.
nak rasa suasana PRK kat sne
nak mengundi.
dah daftar
tapi..ma cakap nama takde dalam senarai lagi..
emm..takpe2..leh ngundi gak nnt..pilihanraya umum akan datang
Pilih pemimpin yang tepat
negara Hebat.

adik..
tahun ni 4 org isi rumahku menghadapi exam penting.
SPM,SMU,PMR dan UPSR
smuanya dah ku lalui dengan jayanya..hehe
kini tibalah giliran mereka.
adik: ipah..SPM tahun ni..
struggle lah dik.
kali ni je.
skor betul2
takyah stress..
stdy smart ye dik
ikut tips2 kak chik bg kat ipah
make sure..result kne lebeyh dr kak chik ye..
beat my result..(ni cabaran tau)..
sbb kak chik tau..ipah bleh
nnt sambung medic kat mesir.
biar ade wakil doctor dlm umah kita.
semoga berjaya ya dik!!!
Onion Icon

adik sue:
UPSR dah habis kan..
wah..merdeka..
semalam ma ckp dpt sumbangan pelajar cemerlang utk trial UPSR..
dapat 5A
nnt result sebenar pun harap2 camtu gak ye dik.
usaha dan buat..tawakkal je la..
tp..
k.chik tau adik bleh
yeah!!
Onion Emoticon
PMR dan SPM akan menyusul kelak.
balajar rajin2 je dik =)
sayang adik =)

adik iwan:
SMU (sijil men Ugama) br je tamat kan?
wah..hepi...
sibuk ngan PRK ke dik?
tgk dalam FB bukan main lagi yer..
tapi best la dapat bergambar dgn Tok Guru..huhu jeles...
Blog pe citer??
MSN Onion Emoticons
tahun depan SPM..jangan lalai ye dik =)

mirul (kazenku)
PMR tahun nih.
dah lepas pun..
tunggu result je kan?
isi masa terluang dgn sebaiknya..
jgn asyik men FB je..
MSN Onion Icon
gud luck!

buat diri ku:
stdy la!
hehe..

k la nak siap2..
air makin naik
jgn la kne pindah..
nak stdy camne??huhu..

Onion EmoticonsMSN Onion Emoticon SetMSN Onion Emoticons
wish me luck!!!
salam =)







Saturday, October 30, 2010

nota hati : ade aku kisah???

salam..
buat kamu ABAM (bkn nama sbnr)
sudah2 la membusy bodykan diri anda tu

saya rasa tak perlu kot campur urusan saya.
saya nak kwn ngan sape2 pun itu urusan saya.
ada aku kisah??
sy tak ggu awk..
jd jgn ggu sy..
awk dh perfect sgt ke nak judge org??
igtla kwn..nobody's perfect.
msg2 ada kekurangan msg2..
dan kalo ada kelebihan pun..igtlah..dan berpijaklah di bumi yg nyata.
igtlah kwn..jgn kufur nikmat.
kalau rs diri tu hebat..bantulah org lain utk jd hebat gak.
cukup2 lah..
sudah2 lah tu..

dan buat sahabat..
takperlulah awk nak merendah diri
kita ni semuanya sama shj.
hamba Allah yang hina dina.
takperlu rasa diri tu kerdil.
takde ilmu, cari ilmu..
tak cukup bekalan, tambah bekalan..
sentiasa perbaiki diri utk menjadi yg terbaik.
peduli apa org kata.
tak perlu memendam rasa.
betulkan niat
ikhlaskan diri kerana Allah.
Insyaallah..Allah sentiasa bersama awk.
juz be urself.
sama2 kita perbaiki diri.
mana yg baik..simpan..
mana yg buruk..buang..
tak perlu risau..
tak perlu gusar..
sama-salah perbaiki diri
berusaha ye!
gambatee!! ^__^
salam.

Monday, October 25, 2010

biarlah~

Biar ku berdiri sendiri
Dengan rela hati
ku berdiri di puncak tinggi
Namun, sampaikah aku di puncak yang tidak pasti


Ku ralat
Ku kira puncak itu sudah ku tiba
Ku kira puncak itu telah ku tawan
Ahh.. aku bingung sendiri
Aku pening sendiri

Perjuangan ku
Masih jauh rupanya
Puncak itu belum ku temui
Aku hanya nampak sikit-sikit
Bila aku akan tiba di situ
Biar lah aku berusaha
Aku juga ingin berada di situ

Monday, October 18, 2010

LELAKI EGO

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.


“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

by : Raden Nadhirah
krdt to : tentangcinta

Friday, October 15, 2010

Insha-Allah =)





Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way




krdt to : Insha Allah. Insha Allah (God Willing) - Maher Zain.

Sunday, October 10, 2010

nota hati: sudah2 la

nota dr hati

Monolog:
ok fine
sudah2 la tu mira.
hentikan smua ni
jgn nak berharap lg
lupakan segalanya.
plz la...
jgn berharap lg
dia bkn utk kamu
usah difikirkan lg.
biarkan jd sejarah.
perjalanan masih jauh
usah buang masa.
ada hikmah disebaliknya.
simpan smua..
buang segalanya.
pasti yg terbaik menjelma tiba!
insha-Allah..
kalau bukan sekarang..mungkin suatu hati nanti..

damaikan hati..
tenangkan jiwa..
zikrullah peneman qalbu..
bersangka baik dgn Tuhan
Dia Maha Mengetahui.
=)

Friday, October 8, 2010

diari: Buzy~~~


kursus manik kayu peringkat 1
penolong pemimpin
pengakap 2010




Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t

Dah lame tak update entri br kat blog ni..almaklumla minggu ni ana bz sgt. Byk aktiviti n kerja yang terpaksa ana bereskan sepanjang minggu dan bulan ni. menarik minggu ini:

Minggu lps ada perkhemahan dan kursus ko-kurikulum (pengakap) kat kem Sri Banai bersama ngan IPG kampus Pulau Pinang. Kem tu berlangsung slama 4 hari 3 mlm. Perkhemahan yg menyeronokkan dan mncabar..huhu...

tdo dlm khemah...last day tdo dlm dewan sbb khemah msk air (ujan lebat gler)

juara men galah panjang..haha ada bakat gak nih.

sebelum berkhemah..mlm tu struggle siapkan assgnment yg kne hantar keesokan harinya.

lulus kursus manik kayu peringkat 1 dgn jayanya.- skang jd penolong pemimpin pengakap.

sudah mahir wat ikatan tali..haha

kasut nyaris2 tercabut tapak-lasak gler...

tdo yg tak menentu..pantang ada ms terluang je curi2 tdo.

menang khemah terbaik.

ujan 2 hari berturut2 spnjang perkhemahan.

berhasrat mahu ikuti perkhemahan yg seterusnya..hehe.

perkhemahan dibuat dlm minggu assignmnt.

3assgnmnt dihantar dlm mggu ni..-bertungkus-lumus menyiapkan..

assgnmnt dpt disiapkan dan dihantar di atas meja lecturer dgn jayanya..haha.

tinggal 4 assgnmnt lg yg kne hantar..

ada UAK(Ujian akhir khursus)_seni dlm pendidikan Khamis dpn..(tak stdy lg nih).

ada mahrojan lughah arabiah (selasa depan)-terlibat secara langsung.

ahad ni ada mcm2 aktiviti.

merancang pg ke langkawi..kalo smpat laa...

settlekan smua urusan yg belum settle.

sebenarnya ada byk lg..ana harap dpt diselesaikan dengan baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan.Ameannn~

ok la..nak smbg siapkan assgnmnt.
Insha-Allah bertemu lg di entri yg akan datang.
Salam =)

Friday, October 1, 2010

rindu kat mereka

PERMATA YANG HILANG

Permata adalah sesuatu yang amat bernilai. Permata adalah hasil tekanan yang tinggi dikenakan pada karbon. Tekanan yang tinggi itu akhirnya menghasilkan permata yang berkilau dan cantik.

Siapa yang tidak mahu memiliki permata? Seorang wanita pasti mengidamkan dirinya dihiasi oleh permata yang berkilauan. Seorang lelaki pasti bercita-cita menghadiahkan sebentuk permata kepada seseorang yang dikasihinya.

Permata adalah salah satu daripada nikmat kekayaan yang telah diberikan Allah kepada manusia. Nikmat yang mana ia mampu mengeratkan kasih sayang sesama manusia malahan ia juga mampu menjadi bala yang menyebabkan pergaduhan sesama manusia.

Dalam diri manusia juga terdapat satu benda yang nilaiannya seperti permata. Iaitu hati. Kerana seorang yang hatinya tenang, cekal dan kuat merupakan individu yang telah diuji melalui pelbagai ujian yang menekan sehingga hatinya berkilau umpama permata yang bergemerlapan.

Hati yang tenang ini adalah umpama permata yang berkilau dalam diri manusia. Ia bukan sahaja membahagiakan si pemiliknya, malahan orang lain juga akan kagum kepadannya.

Saidina Abu Bakr AsSiddiq adalah insan yang memiliki ketenangan yang tiada tolok bandingnya. Ketenangan dan ketulusan hatinya telah terbukti sepanjang hidupnya dengan Baginda junjungan saw. Beliau masih mampu bertenang di saat wafatnya Baginda saw malah berupaya untuk menenangkan orang lain agar menerima hakikat sesungguhnya Baginda saw telah pergi menemui Allah swt.

Hari ini ramai manusia telah kehilangan permata didalam dirinya. Manusia akhir zaman ini sudah kehilangan apa yang dinamakan ketenangan hati. Ketenangan hati ini adalah antara nikmat Allah swt yang diberikan kepada hambaNya yang soleh.

Seorang yang sakit perut, nikmatnya adalah selepas proses penyahtinjaan.

Seorang yang sakit gigi, nikmatnya adalah selepas gigi yang rosak itu dicabut atau ditampal.

Seorang yang sakit jiwanya, nikmatnya adalah selepas dicampakkan ketenangan didalam hatinya semula.

Ramai manusia bergelar bilionaire. Bergelar jutawan. Bergelar pemimpin agung. Bergelar intelektual. Bergelar cendekiawan. Bergelar negarawan dan pelbagai lagi gelaran-gelaran duniawi. Tetapi berapa ramai yang mempunyai gelaran-gelaran ini mempunyai ketenangan hati?

Leslie Cheung, seorang artis yang sudah terkenal, mati bunuh diri. Bob Marley, juga mengakhiri hidup yang penuh populariti dengan kematian yang tragis. Mariah Carey, dilaporkan sudah beberapa kali mengunjungi klinik psikiatri. Maradona, hancur karier bolasepaknya kerana dadah. Hitler, juga mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri. Ini adalah sebahagian contoh kehidupan yang ramai diantara manusia kejar dan impikan. Populariti, kekayaan dan kuasa.

Cat Stevens atau Yusuf Islam, sebelum menerima hidayah dari Allah yang mana beliau menemui ketenangan, juga hidup dalam keadaan yang tertekan dengan ketagihan alkohol. Namun, dengan jiwa barunya, dihiasi dengan ketenangan iman, beliau telah memulakan hidup baru sebagai seorang pendakwah.

Mari kita fikirkan kembali adakah kita ini sudah memiliki permata itu? Sudahkah kita menjadi insan yang masih mampu tersenyum tatkala 1001 kesusahan melanda kehidupan diri kita?

Atau adakah kita ini masih tergolong didalam golongan yang dikurniakan populariti, kedudukan dan harta, tetapi masih berterusan hidup dalam tekanan?

Kita barangkali pernah melihat seseorang yang berkuasa dan kaya raya, mempunyai mahligai yang besar, tetapi sering menghabiskan masa malam mereka di kelab-kelab malam, memabukkan diri demi untuk mencari satu benda yang dinamakan ketenangan diri.

Kita juga barangkali pernah mendengar kisah seorang bijaksana, tetapi berdampingan dengan dadah juga demi untuk mencari ketenangan yang hilang kerana tekanan pembelajaran.

Dan yang paling selalu didengar adalah dialog-dialog:-

"Aku hisap rokok ni bukan apa, tension! Bila aku hisap sebatang dua, hilang sekejap tension aku."


"Aku dengar muzik-muzik ni semua sebab nak release tension. Aku rasa terhibur so. Aku boleh lupakan masalah aku."

Allah berfirmanyg bermaksud:

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

Apakah yang dikatakan zikruLlah (mengingati Allah) itu? Tuan Guru Nik Ab Aziz mengatakan zikir terbaik itu adalah al-Quran. Maka berdampinglah dengan al-Quran kerana ia sudah pasti akan memberikan ketenangan jiwa.

Al-Quran yang dibaca, akan membawa ketenangan kepada pembacanya. Tetapi al-Quran yang diamalkan isinya, ia akan membawa ketenangan ke seluruh alam. Tetapi umat Islam sendiri hari ini tidak mengamalkan isi al-Quran menyebabkan umat Islam seluruhnya telah kehilangan ketenangan dalam hidup seharian.

Malah, ada banyak lagi cara untuk menenangkan hati. Prinsip asasnya mudah. Setiap sesuatu itu mesti menjurus ke arah mengingati Allah. Umpamanya melihat tumbuhan menghijau, aliran sungai, langit yang biru, burung-burung berterbangan dan sebagainya yang mana itu semua menunjukkan kehebatan Allah swt.

Kaedah ini juga diguna pakai oleh ahli psikologi bagi memudahkan seseorang tidur. Dengan memberikan panduan agar mereka yang menderita imsonia itu melelapkan mata sambil membayangkan taman yang indah, ada rama-rama yang berterbangan, bunga-bunga yang menyegarkan kerana perkara-perkara yang menunjukkan kebesaran Allah itu semuanya menjurus kepada ketenangan hati.

Allah berfirman, maksudnya:

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu), serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu. (al-Fajr, 27-30)

Manusia yang mempunyai jiwa yang tenang maka syurga adalah tempat mereka. Dan pra-syarat mereka yang ingin mempunyai jiwa yang tenang ini adalah iman serta amal soleh mereka.

Ketenangan hati inilah yang sudah tiada dalam kebanyakan manusia. Kita sering menyangka kekayaan, kuasa dan populariti itu lah yang bakal membahagiakan hidup kita didunia. Tetapi, jangankan akhirat, sejak didunia lagi, kekayaan, kuasa, dan populariti itulah yang telah menghilangkan rasa bahagia kita sekiranya ia tidak didasari dengan dasar iman dan taqwa.

Maka ingatlah, seseorang yang telah dikurniakan hati yang tenang pasti menerima segala takdir baik dan buruk yang ditimpakan keatasnya, kerana mereka yakin dan percaya akan firman Allah,

"Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan. (sekali lagi ditegaskan ): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu ada kemudahan".

(al-Insyirah:5-6)

Wallahua'lam.

wajah baru

Assalamualaikum..
Alhamdulillah blog LAKARAN SAHRAWI kini berwajah baru setelah byk kali mengalami beberapa kali penambahbaikan.. rasanya layout blog kali ni lg ok kot..hehe

minggu ini penulis sgt busy menyiapkan assgnmnt. Jadual kuliah yg padat dan kesibukan yg teramat membataskan penulis nak update blog..huhu..

Insyaallah bila ada kelapangan masa..penulis akan menUPDATE blog ni dengan entri2 yang terbaru dari semasa ke semasa...

Sokongan daripada kalian amatlah penulis hargai.. thanks...syukan..terima kasih..arigato.. =)))\

teruskan menyokong blog ini..
salam ukhwah

mira_sensei =)

Thursday, September 23, 2010

Bagaimana harus diatasi cinta yg membara bersulamkan rasa dan nafsu, begitulah hakikat hidup kita kita mahu yg baik, hati ingin taat tapi nafsu ingin puas. bila dicampur sekali.. bergeloralah rasa dan perasaan didalam. Allah! Kau yang memegang hati-hati kami, bantulah kami agar terus taat kepadaMu, hanya tunduk dan patut pada perintah Mu. Allah, bantulah aku agar terus bertahan dengan gelojak rasa yang membuak ini, bantulah aku agar terus kukus dilandasan mu dalam gelora taufan nafsu ku sendiri..

lalu ku bentangkan sejadah dan aku bersimpuh mencari kekuatan dariMu..

DIATAS SEJADAH CINTA (KISAH ZAHID)

KOTA KUFAH terang oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebagian rumah telah menutup pintu dan jendelanya. Namun bahang hidup kota Kufah masih terasa. Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teguh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang-orang memanggilnya “Zahid” atau “Si Ahli Zuhud”, karena kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat informasi dan pusat perhatian.

Pemuda itu terus larut dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat-ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala-nyala dihadapannya. Namun jika ia sampai pada ayat-ayat nikmat dan surga, embun sejuk dari langit terasa bagai mengguyur sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.

Tatkala sampai pada surat Asy Syams, ia menangis, “fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha. qad aflaha man zakkaaha. wa qad khaaba man dassaaha …” (maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya …) Hatinya bertanya-tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya. Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi? Ayat itu ia ulang berkali-kali. Hatinya bergetar hebat. Tubuhnya bergoncang. Akhirnya ia pengsan.

*************

Sementara itu, di pinggir kota tersergam sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu-lampu yang menyala dari kejauhan nampak berkerlap-kerlip bagai bintang bertaburan. Rumah itu kepunyaan seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan haiwan ternak yang tak terhitung jumlahnya. Dalam salah satu kamarnya, seorang gadis jelita sedang menari-nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu jelas kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh mempersona.

Gadis itu terus menari sambil mendendangkan syair-syair cinta, “in kuntu ‘asyiqatul lail fa ka’si musyriqun bi dhau’ wal hubb al wariq …” (jika aku pencinta malam maka gelasku memancarkan cahaya dan cinta yang mekar …) Gadis itu terus menari-nari dengan riangnya. Hatinya berbunga-bunga. Di ruangan tengah, kedua orangtuanya menyungging senyum mendengar syair yang didendangkan putrinya.

Sang ibu berkata, “Abu Afirah, putri kita sudah menginjak dewasa. Kau dengarkanlah baik-baik bait syair yang ia dendangkan.” “Ya, itu syair-syair cinta. Memang sudah saatnya dia bernikah. Kebetulan siang tadi, di pasar aku berjumpa dengan Abu Yasir. Dia melamar Afirah untuk putranya, Yasir.” “Bagaimana, kau terima atau…?” “Ya sudah pasti aku terima. Dia ‘kan masih kerabat sendiri dan kita banyak berhutang budi padanya. Dialah yang dulu mebantu kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan.” “Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?”

“Tak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling sesuai untuk Afirah adalah Yasir.” “Tapi, engkau tentu tahu bahwa Yasir itu pemuda yang tidak baik.” “Ah . Nanti jika sudah menikahi Afirah, dia pasti juga akan berubah dan taubat! Yang penting dia kaya raya.”

**********

Pada saat yang sama, di sebuah kelab mewah, tak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman-temannya. Tak jauh darinya seorang penari melenggak lenggokan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling. “bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!” bisik temannya. “Be…benarkah?” “Benar. cepatlah. Dia penari tercantik kota ini. Jangan kau sia-siakan kesempatan ini, Yasir!” “Baiklah. Bersenang-senang dengannya memang impianku.” Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari mengulurkan tangan kanannya dan Yasir menyambutnya.

Keduanya lalu menari-nari diiringi irama seruling dan gendang. Keduanya benar-benar hanyut dalam kelenaan. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ketelinga Yasir, “Apakah Anda punya waktu malam ini bersamaku?” Yasir tersenyum dan menganggukan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memecah hati. Irama seruling melengking-lengking. Aroma arak menyengat nurani. Hati dan pikiran jadi mati.

***********

Keesokan harinya. Usai solat Duha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia mahu menziarah saudaranya yang sakit. Zahid berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ia sempatkan ke pasar sebentar untuk membeli buah tangan buat saudaranya yang sakit. Zahid berjalan melewati kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahwa kebun itu milik saudagar kaya, Abu Afirah. Ia terus melangkah menapak jalan yang membelah kebun kurma itu.

Tiba-tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan bayangan itu menjadi seorang sedang menunggang kuda. Lalu sayup-sayup telinganya menangkap suara, “Toloong! Toloong!!” Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang ada jauh di depannya. Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas. “Toloong! Toloong!!” Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas bisa menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan.

Kuda itu berlari kencang. “Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak boleh dikendalikan!” Mendengar itu Zahid agak cemas. Apa yang harus dia lakukan. Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat-cepat ia menenangkan diri dan membaca shalawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Tatkala kuda itu sudah sangat dekat ia mengangkat tangan kanannya dan berkata keras, “Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!” Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu meringkek dan berhenti seketika. Perempuan yang menunggangnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh.

Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya, “Assalamu’alaiki. Kau tidak apa-apa?” Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup cadur hitam. Dua matanya yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab pelan, “Alhamdulillah, tidak apa-apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terkehel saat jatuh.” “Syukurlah kalau begitu.” Dua mata bening di balik cadur itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Menyadari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka cadarnya. Dan tampaklah wajah cantik nan mempesona, “Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mahu ke mana Tuan?”

Zahid mengangkat mukanya. Takala matanya menatap wajah putih bersih lagi mempersona. Hatinya bergetar hebat. Syaraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersadar, ia cepat-cepat menundukkan kepalanya. “Innalillah. Astagfirullah,” gemuruh hatinya. “Namaku Zahid, aku dari masjid dalam perjalaann menziarahi saudaraku yang sakit.”

“Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalam masjid?” “Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain.” kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu melangkah. “Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa-gesa? Kau mau kemana? Perbincangan kita belum selesai!” “Aku mau melanjutkan perjalananku!” Tiba-tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Jelas Zahid tergamam. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi seperti ini.

“Tuan aku hanya mau bilang, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau sudi silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih aku hadiahkan ini.” Gadis itu lalu mengulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda. “Tidak usah.” “Terimalah, tidak apa-apa! Kalau tidak Tuan terima, aku tidak akan memberi jalan!” Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu beredar sambil menutup kembali mukanya dengan cadur. Zahid melangkahkan kedua kakinya melanjutkan perjalanan.

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara semilir mengalir. Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca-kaca. Hatinya basah. Pikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian tadi pagi di kebun kurma hatinya terasa gundah. Wajah bersih Zahid bagai tak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Mengimbau bicara orang tentang kesalehan Zahid.

seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Tadi pagi ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan wibawanya. Tiba-tiba air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata, “Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri sarafnya. Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku nafikan aku jatuh hati pada hamba-Mu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku terpesona pada seorang pemuda.

Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya.” Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada Zahid. Tiba-tiba ia tersenyum, “Ah sapu tanganku ada padanya. Ia pasti juga mencintaiku. Suatu hari ia akan datang kemari.” Hatinya berbunga-bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya.

********

Sementara itu di dalam masjid Kufah tampak Zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam solat. Ia tidak tahu bagaimana harus dilakukan kini. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma tadi pagi ia tidak mampu mengendalikan gelora hatinya. Aura kecantikan Afirah melingkar kuat dalam relung relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam solat, baca Al-Quran dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Telah di cuba berulang kali menepis jauh-jauh aura pesona Afirah dengan melakukan solat sekhuyuk-nya namun usaha itu sia-sia.

“Ilahi, kasihanilah hamba-Mu yang lemah ini. Engkau Maha tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cinta-Mu. Namun Engkau juga tahu, hatiku ini tak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarik wajah dan suaranya Ilahi, berilah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta yang menitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untuk-Mu.” Terisak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus meratap dan mengiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa, menepis noda-noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun-embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azab-Nya. Rasa cinta dan rindu-Nya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajatnya sekali lag dia pengsan.

Menjelang subuh, dia terbangun. Dia tersentak terkejut. Dia belum solat tahajjud. Beberapa orang tampak tengah asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Dia menangis, menyesal. Biasanya dalam waktu begini dia sudah membaca dua juz dalam solatnya. “Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di surga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!” Dia bangkit, lalu berwudhu, dan solat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa, “Ilahi, hamba mohon redha-Mu dan surga. Amin. Ilahi lindungi hamba dari murkamu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba pada Afirah pada-Mu, hamba terlalu lemah untuk menanggung-Nya. Amin. Ilahi, hamba memohon ampunan-Mu, rahmat-Mu, cinta-Mu, dan ridha-Mu. Amin.”



Pagi hari, seusai solat dhuha, Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas yaitu melamar Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orangtua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seluruh penjuru kota. Afiah keluar untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari sebalik tirai, ia mendengarkan perbicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, yaitu melamar Afirah. Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti dengan debaran jawaban ayahnya. Keheningan mencengkam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala ia pasrah dengan jawaban yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawaban ayah Afirah, “Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar Abu Yasir untuk putranya Yasir beberapa hari yang lalu, dan aku telah menerimanya.” Zahid hanya mampu menganggukan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarnya. Dia tidak mampu menyembunyikan kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca-kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. Jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Lalau dia pun pengsan saat itu juga.

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat nestapa dijiwanya. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali-kali ia pengsan. Ketika keadaannya kritis, seorang jamaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Dia sering mengigau. Dari bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istigfhar dan … Afirah. Kabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seluruh kota Kufah. Angin pun meniupkan khabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek,

Kepada Zahid,
Assalamu’alaikum Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sedarmu. Tak mampu kuingkari, aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama dan aku inginkan agar kaulah pendamping hidupku selama-lamanya. Zahid, Kalau kau mahu. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengubati rasa haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita bisa memadu cinta. Atau kau datanglah ke kamarku, akan aku tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam Afirah


===============================================================

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang paling dipercaya. Ia berpesan agar surat itu sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawaban Zahid saat itu juga. Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga-bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak-banyaknya. Dengan berlinang air mata ia menulis untuk Afirah :

Kepada Afirah,
Salamullahi’alaiki, Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata mata karena rasa cintaku padamu. Sakitku ini karena aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diredhai Allah ‘Azza Wa Jalla’. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba yang sama. Bukan sebuah cinta yang menyeret kepada kenistaan dosa dan murka-Nya. Afirah, Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengobati kehausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari surga. Bukan air timah dari neraka.

Afirah, “Inni akhaafu in ‘ashaitu Rabbi adzaaba yaumin ‘adhim!” ( Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku durhaka pada Rabb-ku. Az Zumar : 13 )

Afirah, Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang mampu aku lakukan saat ini kecuali menangis pada-Nya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmannya : “Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan lakilaki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (yaitu surga).” Karena aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik maka aku akan berusaha kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allahlah yang menentukan. Afirah, Bersama surat ini aku sertakan sorbanku, semoga bisa jadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam, Zahid


===============================================================

Begitu membaca jawapan Zahid itu Afirah menangis. Ia menangis bukan karena kecewa tapi menangis karena menemukan sesuatu yang sangat berharga, yaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pemuda saleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.

Sejak itu ia menanggalkan semua gaya hidupnya yang penuh keduniaan. Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Serban putih pemberian Zahid ia jadikan sejadah, tempat dimana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah SWT. Siang ia puasa malam ia habiskan dengan bermunajat pada Allah swt. Di atas sajadah putih ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, yaitu cinta kepada Allah SWT. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar-benar larut dalam samudera cinta kepada Allah SWT. Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat dari Afirah :

Kepada Zahid, Assalamu’alaikum,
Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar hamba-Nya yang bertakwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasululullah SAW. Secepatnya. Wassalam, Afirah



Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga-bunga cinta bermekaran dalam hatinya. Tiada henti bibirnya mengucapkan hamdalah.

..... dan cinta pun bertasbih.....



krdt to: scripters.ning

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails