Search

RSS

Friday, May 30, 2008

adeh...

Assalamualaikum...

Ape kbar kalian semua? Rasanya dah 2 hari ana tak post entri kat blog ni yer...sebenarnya laptop ana ni buat hal sikit...ntah kenepa la laptop tu asyik hang jer sampai ana pun jd hang gak..nasib baik la pc ana ok..dapat la ana surf gak internet n post entri ni kat kalian smua..laptop tu ana namakan "mizzMira" smpena nama ana...hihihi syg bangat kat benda alah ni...maklumla susah payah nak dapatkannya...ana bli laptop ni pun gne duit simpanan plajaran ana..n dibantu oleh abang n kakak ana...bukan ape...laptop ni la nadi ana mase blajar kat Institut Perguruan ni...banyak assaignment yang kne buat dan kesemuanya melibatkan penggunaan komputer..dulu akak pernah suggest bli cpu n yang len tu amik yang kat umah jer tapi banda tu tak praktikal la..susah nak angkut ke sana ke mari... tambahan pula banyak presentation yang kami kne buat n perlu dibentangkan pada masa tu...pendek kata byk sebab musababnya ana bli laptop bukan pc biasa...zaman sekarang ni laptop ni dah jadi satu keprluan dah kan?setuju tak?

Banyak gak benda yang dah jd cam "nyawa" kedua dah. tanpa bnda tu kita semua akan dianggap kuno. mesti kalian semua dah dapat mengagak kan? ape lagi handphone la..budak2 sekolah menenagh pun dah ramai yang dah gne benda alah tu..ape tah lagi student2 skolah rendah n ipt..benda tu wajib ada di tangan dorang...dari model nokia 3310(ada lagi ke?) sampai la model yang terbaru dan terkini. ana sendiri pun pakai gak..ana tringat mase dulu2 terutama masa 1st time dapat hp(form 3) n model yang pertama ana pakai nokia 3310(hadiah dr abah), hp tu tak pernah lekang dari tgn ana..ke mana je mesti ana bawa..tapi sekarang ni...bnda tu kadang-kadang ana tinggal jer dalam bilik n hanya bawa bila nak kluar or g kuliah.

Persoalannya sekarang, sebenarnya hp yang kita pakai adalah untuk ape?bergaya?keperluan?kehendak?or suka-suka? ana pasti kalian sendiri yang tahu jawapannya.. jgnlah kita menyalahgunakan teknologi yang ada. gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya..ok! tepuklah dada tanya iman!

jaga diri..
hiasi peribadi

wassalam...

Wednesday, May 28, 2008

........

Assalamualaikum...

Bertemu kita skali lagi di ruangan yang serba kekurangan ni..bukan tak nak buat penambahbaikan tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah...ana baru sahaja sihat dari demam selesema...gak lama juga ana demam tapi ana still gagahkan diri untuk buat kerja n teruskan aktiviti seharian ana seperti biasa...tak tahu kenapa...malam ni (sewaktu entri ini ditulis) ana rasa sedih...mungkin kejadian yang berlaku sebentar tadi agaknya..maaf kerana ana tak dapat nak share dengan kalian semua kerana hal ini terlalu peribadi...bila fikir balik..ana rasa mungkin ada hikmahnya kan? Allah Maha Pengasih...Dia takkan uji kita dengan ujian kita sendiri tak dapat tanggung...makin kita diuji, makin kuat la kasih sayang kita terhadap Allah dan begitu jua kasih sayang Allah terhadap hambaNYA yang lemah lagi hina ini. Setiap manusia pasti akan diuji...tak kita ujian itu berat ataupun tidak. Jadi, kita sebagai manusia, haruslah sentiasa bersedia dan tabah dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang...bak kata pepatah..sediakan payung sebelum hujan...janganlah sampai sudah terhantuk baru terngadah...kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna lagi..

Hidup kita ni seumpama roda..kadang-kadang kita di atas, kekadang kita di bawah. Kita sebenarnya takkan sunyi dari masalah sma ada ia zahir atau tidak.macam mana nak tahu ia zahir ke tak?bak kata nabil raja lawak "korang pikir la sendiri" tapi bak kata ana...tepuk dada, tanya iman....cam mana nak hadapinya? mudah sahaja...kita semua dikurniakan anugerah yang paling berharga dan tak dipunyai oleh makhluk yang lain selain manusia..iaitu akal fikiran dan nafsu. Tapi sejauh manakah kita menggunakan anugerah tersebut? adakah kita gunakan kedua-duanya?berlandaskan iman atau tidak? Akal dan nafsu kalau kita gunakan berlandaskan iman, maka baik la hasilnya tapi jika sebaliknya.....maka terjadilah atau terhasillah satu tindakan yang bodoh dan kurang bijak. Contohnya...bunuh diri.Mintak jauh........

Kita tak boleh lari dari masalah, tapi sebaliknya kita hadapilah ia. sekiranya kita ada masalah, fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Ingat! kita bukan keseorangan...Allah sentiasa bersama hambaNYA yang sentiasa mengingatinya...Kita juga ada keluarga...rakan-rakan dan ramai lagi yang sayang kepada kita. InsyaAllah setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya cuma kita tak tahu sama ada ia cepat atau lambat shj... Jadikan lah ujian itu semanis madu..Ujian membuatkan kita sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Yang MAHA ESA..

Oklah, mata ana pun dah mengantuk...insyaAllah kita akan bincang lagi tajuk ini di entri yang akan datang yer... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ana ni...

jaga diri
Hiasi peribadi
w'salam.....


Monday, May 26, 2008

Bicara pertama

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kali ni ana muncul lagi di ruangan blog yang baru...
sbnrnya dulu ana dah ada satu blog tapi dah lame ana tak buka sampai dah lupa
passwrdnye...hihi takpe la. Ana harap kali ni ana akan sentiasa post info or coretan yang menarik untuk tatapan kalian semua. Kekok pula rasanya...rase kaku jari jema-jemari ni...otak plak terasa beku...ye la tgh cuti la katakan...hampir 2 minggu ana bergelut dengan exam..huhu mencabar juga rasanya. Ana harap cuti kali ni ana dapat isi dengan perkara yang berfaedah...ana dah plan dah apa yang ana nak buat cuti ni...mcm2...kalau sempat nnti ana akan cerita satu per satu yer..insyaAllah..

Mesti kalian tertanya-tanya kenapa ana namakan blog ana ni denga nama 'lakaran sahrawi' kan..hurmm sebenarnya nama tu diambil daripada sebuah novel yang ditulis oleh seorang plajar dari universiti Al-Azhar, Mesir..best sangat cerita tu...banyak bermain dengan emosi...silap2 leh nangis tau..novel tu tak jemu dibaca...malah setiap kali ana baca, mst ana kan mengalirkan air mata.huhhu syahdu sungguh..kalau ada dikalangan kalian yang pernah membacanya, mst kalian dapat rasakan seperti mana yang ana rasa..novel tu ana start baca masa ana form 1..sbnrnya novel tu kepunyaan kekanda ana..sahabat dia dari mesir yang hadiahkan kat dia..kalau ada kesempatan nanti ana ceritakam sinopsis novel tu yer...InsyaAllah...
ok la..ana rase setakat ini sahaja yang ana dapat coretkan di ruangan ini. Ana harap kalian akan sentiasa "keep in touch" dgn blog ni ye...hihi..

salam ukhwahFillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails