Search

RSS

Friday, October 30, 2009

PELIKNYA KITA

PELIKNYA KITA …….


PELIKNYA KITA …
Senangnya menghafal lirik,
Sukarnya menghafal surah Al-Quran

PELIKNYA KITA …
Ramainya orang di konsert-konsert,
Sedikitnya orang di masjid.

PELIKNYA KITA …
Senang kita membeli tiket wayang yang mahal,
Sukarnya kita memberi sedekah.


PELIKNYA KITA …
Senangnya kita mengeluarkan air mata untuk kekasih,
Sukarnya kita mengeluarkan air mata untuk Allah.

PELIKNYA KITA …
Seronoknya dengar orang nyanyi,
Mengantuknya apabila dengar orang baca Al-Quran.

Tuesday, October 27, 2009

buat sahabatku...bersabarlah

Assalamualaikum...

Agak lama rasanya ana tak post entri baru dalam blog ni...emm hapir 3 bulan rasanya...emmm lamenye! baru kali ni ana berkesempatan nak post entri baru sbb sebelum ni ana agak sibuk dengan assignment dan keja2 yang sewaktu dengannya..huhu...sebelum ni pun page kat blog ana ni agak suram disebabkan masalah teknikal dan ana tak sempat nak update n tukar template tapi alhamdulillah 3 hari lepas ana berjaya mengupdatekan blog ni dan kini blog ni dah berwajah baru...yippi!!hihihi...

emm ok la sebenarnya dalam masa blog ni 'kurang aktif' ana sebenarnya ada banyak entri yang ana nak kongsikan utk antum semua tapi...terbengakalai begitu aje...entri2 tu still lagi ada dlm simpanan ana..nak post rasenya dah basi kot..huhu emm takpe la..biar ana wat pekasam je la..takpun budu..nge~~~ Dalam tempoh tu juga pelbagai onak dan duri yg ana terpaksa tempuhi dan kadang-kadang terasa nak lari jauh je..tp Alhamdulillah berkat dorongan dan sokongan yang tak putus-putus drp ma abah, adik-bradik dan sahabat-sahabat ana...ana dapat atasi juga..alhamdulillah...

sebut pasal sahabat..ana ada sesuatu nak dikongsikan dengan antum sekalian..semalam.ana ada dapat panggilan daripada seorang sahabat ana(sahabat dunia akhirat).."N" bukan nama sebenar...agak lama juga berbual dengannya..dan tengah syok2 berbual..sahabat ana ni tibe2 sebak..setelah berulang kali ana desak dia baru la dia cerita kat ana hal yang sebarnya. Alangkah terkejutnya ana bila sahabat ana khabarkan bahawa dia mungkin akan dibedah sbb ada darah beku kat dalam kepala dia..masyaallah..terkedu ana seketika...sahabat ana ni sekali lagi diuji...walaubagaimanapun dia ckp dia msh lagi dlm tahap yg boleh diselamatkan sebab darah beku tak byk sgt tp menurut doktor kalau ia dibiarkan, ia akan menjadi bertambah serius! patutla sebelum ni dia ada mengadu kat ana yang dia selalu rasa sakit kepala...

Terasa ingin sekali membantu dia tapi yang ana mampu buat...berdoa untuk dia dan sentiasa bagi semangat kat dia..

Sahabatku...sabarla di atas segala ujian yang Allah berikan kepada kita..yakinlah bahawa Allah takkan menguji hambanNYa dengan ujian yang hambaNYa sendiri tak mampu atasi..

Sahabatku...ketahuilah...setiap ujian yang Allah berikan kat kita menunjukkan betapa betapa sayannya Dia kat kita...

Sahabatku..ketahuilah...sahabatmu ini sentiasa bersamamu disaat duka dan suka ini...

Sahabatku..bersabarlah..bersabarlah..bersabar...

semoga cepat sembuh... gammbate!!!

Saturday, October 24, 2009

selamat berblog kembali!!!

AKAL DAN HATI

Akal adalah cahaya yang boleh dipadamkan dengan maksiat. Sekiranya perkataan akal itu ditambah dengan awalan Ber…berakal diertikan gerak kerja akal itu bertindak memerangi maksiat bersenjatakan pemikiran yang matang, hati yang bersih, perasaan yang menundukkan dan nafsu berstatuskan sekurang-kurangnya Mutmainnah.


Hati yang difahami adalah salah satu organ di dalam tubuh dan mempunyai bentuk. Betapa mudahnya dikaitkan hati itu dengan perkataan : suara hati, kata hati, sakit hati, keras hati, lembut hati, baik hati dan berbagai-bagai lagi hingga Allah S.W.T juga meminta hati dipertanggungjawabkan atas kesesatan hamba-Nya. Oleh kerana tidak diketahui hati yang dimaksudkan itu, apatah lagi mengenalinya, bagaimana untuk menjaganya dari direbut oleh iblis untuk dirosakkan seperti dikeraskan, di busukkan, dimatikan, dibutakan dan berpenyakit.



Di mana akal
????...... Jika berdirinya kita sebagai manusia.

Di mana Tuhan
????..... Jika hati kita tidak ingin mengenal-Nya.

nasihat untuk orang yang berCINTA



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

kt iluvislam.com


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails