Search

RSS

Friday, January 29, 2010

Percayalah..sesungguhnya Allah Menyayangimu..

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin
sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih
sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…



diari Seorang Muslimah Solehah



"Wanita Soleha ibarat sekuntum bunga yang harum yang telah di jaga dan di pelihara dengan baik. Perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah Wanita Soleha. "

Wanita Soleha adalah mereka yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Wanita Soleha sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t., bersedia menjadi isteri yang taat kepada suami, berfikiran positif terhadap poligami dan bersedia berkongsi kasih sayang jika di takdirkan berlaku di dalam rumah tangga.Menjaga kehormatan diri, menjaga harta suami dan meneruskan proses tarbiyyah keatas anak-anak ketika ketiadaan suami di rumah.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian melintasi lelaki, agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina"

"Perempuan yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya."

Wanita Soleha mestilah melengkapkan diri dengan ilmu akademik, sain dan teknoloji, kedoktoran, kejururawatan dan pendidikan.Ilmu-ilmu ini amat penting untuk pembangunan masyarakat Islam yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.Kedoktoran dan kejururawatan amat di perlukan untuk merawat pesakit-pesakit terutama wanita Islam.
Bidang pendidikan pula amat di perlukan untuk mendidik generasi baru umat Islam kearah melahirkan satu generasi seperti generasi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Wanita Soleha bersedia menjadi ibu mithsali mendidik anak-anak hingga menjadi anak-anak yang soleh dan soleha. Sentiasa meniupkan semangat jihad, menanamkan asas-asas Islam dan aqidah Islam dalam jiwa anak-anaknya.
Bersabar menghadapi keranah anak-anak dan sentiasa mengujudkan biah soleha di dalam rumah hingga menjadi "rumahku, syurgaku". Dari sinilah akan melahirkan Baitul Muslim dan seterusnya masyarakat Islam dan Daulah Islamiyyah.

Wanita Soleha bukan sahaja menjadi isteri dan ibu soleha tetapi dia juga menjadi murabi dan da'i. Sentiasa sebuk menjalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah untuk mengajak para wanita lain agar mereka bersama-sama menjadi wanita-wanita yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t.

untuk tazkirah lebih lanjut sila lawat http://abubasyer.blogspot.com

Monday, January 18, 2010

Demam Pilihanraya kampus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...
Assalamualaikum wbt

Hari ini IPGM kampus Darulaman telah mengadakan pembentangan manifasto pilihanraya daripada calon2 yang mengambil bahagian. Tak salah ana seramai 48 orang calon yang bertanding merebut kerusi panas yang dipertandingkan. Ana tengok persaingan pilihanraya kampus kali ini sangat sengit dan memberangsangkan. Kebanyakan calon yang bertanding pula ramai yang terdiri daripada muka2 baru dan adik2 junior. Yang mengejutkan ana, seramai 7 orang rakan lelaki kelas ana juga turut bertanding merebut jawatan2 masing-masing. Pegh..ramai gak tu.. tak sangka lak depa ni masuk bertanding gak..hehehe tapi mmg tak di nafikan ada antara mereka berkebolehan dan ada potensi untuk menduduki kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Tahniah ana ucapkan atas keberanian antum semua.. =) (smile)

Pda pemerhatian ana, calon2 yang bertanding pada pilihanraya kali ini ramai antaranya terdiri daripada pelajar2 Pengajian Islam dan Al-Quran. Boleh dikatakan setiap kerusi yang dipertandingkan diisi oleh mereka semua. Hmm..satu perkembangan yang bagus!!! keep it up..hehe. tak dipinggirkan, kaum cina juga turut sama bersaing dan bertanding dlm pilihanraya kali ini...tak silap ana 3 orang calon dari kaum cina. Satu persaingan yang baik. sebelum ni tak ramai dikalangan mereka yang berani tampil untuk bertanding. Mungkin dorang ni juga turut sama mahu menyumbangkan tenaga dan membela nasib2 pelajar di IPGM Kamus Darulaman ini. Tahniah! Satu persaingan yang sihat!.

Calon2 JPP ni juga turut mengadakan kempen pihanraya masing2..lobi sana sini..pancing undi dan hati para pengundi..Ramai dikalangan mereka menggunakan laman sosial terutamanya muka buku (facebook) dan YM (Yahoo massenger) sebagai alat untuk mereka berkempen. Macam2 poster yang dipaparkan di sana..ana turut tidak ketinggalan diTag oleh depa ni...ish2..hehe. Ada yang tak penuh tegur pon boleh tegur..yang tak knl pun leh jd cam kwn yg dh lame knl..hehe mcm2..kempen..kempen..kempen..hehhe.

Emm ok la..setakat ini sahaja entri ana pada kali ini. Insyaallah jumpa nnt di lain entri ye! Kepada calon2 JPP sekalian, teruskan berkempen. KOtakan janji anda bila sudah berjaya menduduki kerusi JPP kelak. Perjuangkan nasib2 warga IPDA ini juga! Jalankan amanah yang diberikan sebaik2nya.. Kepada perlajar2 IPGM KAmpus DArulaman sekalian, UNDILAH DENGAN BIJAK. MASA DEPAN DI TANGAN KITA. Chaiyok!!!!!

sekian, salam permisi..
wassalam.
=)

Friday, January 15, 2010

Aceh, Malaysia dan undang-undang Islam.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wbt..

Kali ini ana terpanggil utk memberikan sedikit respons berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang syariah Islam yang diamalkan di Aceh dan di Malaysia. Mohon diperbetulkan kalau ana ade tersalah bicara.

Br sebentar tadi ana membaca akhbar online yang isi di dalamnya ada berkaitan dengan perundangan Islam yang diamalkan di Aceh sekarang ini. Ana merasa sangat kagum dengan pentadbiran kerajaan di sana yang mana melaksanakan undang-undang Islam ini dengan cara yang cukup tegas dan brhikmah. Di sana ditubuhkan satu badan khas iaitu polis
pencegah maksiat di yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah. Mereka giat memberi teguran kepada mereka-meraka yang melakukan kesalahan seperti berpakaian menjolok mata, pasangan yang berdua-duaan, judi, arak dan macam2 lagi yang jelas bertentangan dengan syariat Islam. Pendekatan yang dilakukan oleh pasukan wilayatul Hisbah ini adalah dengan membuat pencegahan tanpa mengambil pendekatan keras terhadap pesalah sebagai salah satu cara untuk mereka memahami tujuan pasukan itu membuat teguran.Mereka yang bersalah akan diberikan amaran berbentuk teguran dan nasihat.

Persoalannya, kenapa negara kita ini yang dikenali sebagai sebuah negara Islam dan menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara tidak melaksanakan undang-undang syariah Islam secar menyeluruh?? apakah silapnya? mungkin ada yang menyatakan bahawa negara kita tidak boleh menjalankan perundangan Islam secara menyeluruh sebab negara kita ni terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Bagi ana, jawapan tersebut terlalu rigit dan sempit. Kita imbas kembali cara pentadbiran pada zaman Rasulullah s.a.w di Madinah yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama. Semua rakyat dapat disatukan dengan aman di bawah satu pentadbiran Islam yang cukup menyeluruh. (sila rujuk buku sejarah Islam). Kenapa kita tak jadikannya sebagai role model dalam melaksanakan pentadbiran Islam di negara kita??

Ada yang mengganggap perundangan Islam ni sangat kejam dan mencabuli hak asasi manusia. Contohnya kes hukuman sebat yang dikenakan oleh Kartika yang tak ada lagi kesedahannya. Bagi ana, mereka yang berpandangan sedemikian adalah meraka yang tergolongan daripada golongan yang 'belum faham agama' kena balik belajar dlu.. Sebelum ini ada isu tentang cadangan melaksanakan hukum hudud dan mcm2 lagi yang berkaitan dengan Islam tetapi ditolak. kenapa terjadi demikian? siapa yang menolak? malah ada juga yang secara terang-terangan mempersendakan hukum Allah. katanya tidak sesuai dengan peredaran zaman, kolot dan sebagainya. Hukum Allah adalah tetap dan tidak boleh dipinda oleh manusia sebagaimana undang-undang sivil yang boleh dipinda dan diubah ikut selera manusia. Hukum Allah adalah kekal sampai kiamat. Ada hikmah disebalik ketetapan yang terkandung di dalamnya yang mana kita sendiri tahu akan hakikat dan kebenarannya.

Ana melihat perundangan syariah di Malaysia ni sgt terhad. perundangan Islam hanya di guna pakai dalam hal2 yang berkaitan dengan nikah, cerai, rujuk, faskh, hak penjagaan anak dan mane2 yang seangkatan dengannya. Itu shj ke??? hukum minum arak, judi, zina, bunuh, mencuri lak camne???????????????????????kalau kita negara Islam, mane Islamnya???mane pelaksanaannya???mungkin ada di satu2 negeri yang menjalankannya tetapi camne ngan negeri2 lain??cukup ke sekadar tangkap, denda dan lepas???

Baiklah, ana tinggalkan persoalan ini utk kita sama-sama fikirkan.
Islam itu indah. Islam itu aman, Islam itu damai, Islam itu persaudaraan. Islam itu sejagat. Islam itu agama Allah. Islam itu menyeluruh. Sama-sama la kita jadikan Islam sebagai satu cara hidup bukan hanya sekadar betah menyebutnya tanpa mengamalkannya. Sekali lagi ana mohon diperbetulkan sekiranya tersilap kata. sama2 la kita fikirkan. Sampai bila kita harus jd begini? di Aceh sudah di Malaysia bila lagi???

wassalam

*sekadar pandangan*







Sunday, January 10, 2010

buat MUSLIMAH


"Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari ada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,

Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.


Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,

Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah…..


kt: fullhouse-hanan.com

Friday, January 8, 2010

MAKE UP MUSLIMAH...




MAKE UP MUSLIMAH... Ketahui rahsia sebenar mekap muslimah

*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin ukhwah".

*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



InshaAllah semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t..

kt to hannan.com

10 Things We Waste In Our Life

1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it

2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.

3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).

4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else
5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.

6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.

7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for pasti deeds.

8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.

9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa.

10. Our ZDhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.

From hannan.com, based on a lesson of Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah




sekadar peringatan...

PERINGATAN ……..


“Anak-anak bangsa yang dikasihi bahagianya kita dilahirkan sebagai umat Muhammad. Kita dijanjikan syurga abadi, kita diikat dengan ikrar “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.” Kita diajar dari sudut kepercayaan percaya kepada lima rukun Islam, dihias dengan enam sendi rukun iman…

Kita disuruh melihat keindahan alam di sekeliling kita, kita disuruh beribadah sesuai dengan pergerakan alam cakerawala, kita disuruh menyembah Allah ketika mula mencelikan mata dan dijadualkan kehidupan kita sehari lima waktu tunduk dan sujud, suci dan bersih menghadap Allah Azza Wa Jalla… MasyaAllah indahnya Islam itu tiada pada agama lain.

PERCAYA DAN YAKINLAH KITA AKAN BERTEMU DENGAN ALLAH MAHA BERKUASA, MOGA AMALAN BAIK KITA AKAN MUNCUL MENEMANI KITA DI ALAM BARZAKH…. JAUHKAN FIKIRANMU DENGAN CINTA MANUSIA KERANA DI SANA ADA NAFSU YANG BAKAL MENGGELAPKAN MASA DEPANMU …. KEJAYAANMU MELALUI ZAMAN REMAJA AKAN MEMBAHAGIAKAN ENGKAU SELAMA-LAMANYA…..

Ayuh bangunlah dari tidur dan rehatmu yang panjang, andai kau punya perasaan terapkan pada mereka disisimu, andai kau punya lidah keluarkan kata-kata manismu,andai kau punya kuasa laksanakan Islam pada dirimu, keluargamu, negaramu dan kekasihmu… JIHAD TIDAK PERNAH BERAKHIR SELAGI ENGKAU MEMEGANG TIKET DUA KALIMAH SYAHADAH…..KAJAYAAN AKAN MUNCUL WALAU BUKAN DI DEPAN MATA KITA.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails