Search

RSS

Saturday, June 6, 2009

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DUNIA

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Dunia


Adakah anda sudah bersedia
untuk dipanggil pulang oleh Allah??
Adakah amalan-amalanmu di dunia
dapat diterima oleh Allah??

Kerana pada satu waktu nanti,
Kita pasti akan diletakkan diatas lantai,
Lalu laksanalah solat jenazah,
Dengan empat kali takbir,
Dan satu salam serta doa,
Bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir
Itu dapat menebus
Segala dosa-dosamu sepanjang hidup di dunia???
Ingatlah bahawa
Kamu akan didatangi Izrail yang garang!!!!
Akan menyoal tingkah lakumu di dunia
Beristighfarlah ……
Kerana pada waktu itu
Tiada guna lagi untuk bertaubat
Tinggallah seorang diri
Di dalam gelap gelita
Tanpa sebarang cahaya
Yang berwarna warni
Menjadi makanan ulat di dalam kubur
Justeru,
Berwuduklah sebelum kamu diwudukkan
Sucikanlah dirimu
Sebelum jasadmu dibersihkan
Salutilah dirimu dengan amal ibadat
Sebelum dirimu dibaluti
Dengan kain kafan yang serba putih
Marilah kita sama-sama
Menyahut seruan-Nya
“Hayya alaa solah”
“Hayya alaa falah”
Maka sedarkanlah dirimu sebelum terlambat
Ingatlah asal usulmu
Berasal dari setitis air yang tiada erti lagi
Hina ….. lalu menjadi segumpal darah
Menjadi seketul daging
Lalu menyaluti tulang
Dan lahirlah insan yang mempunyai erti
Lahirmu bukan untuk dunia
Bak kata orang …
“Kalau dibuang ke tanah,
Ayam tak patuk, itik tak sudi”
Maka lakukan amal ibadat serta kebajikan
Sebagai teman untuk
Menemani kita menuju ke jalannya …
Justeru, sekali lagi aku menyeru
Kepada seluruh muslimin dan muslimah
Segerakanlah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Kerana pada waktu itu tidak berguna lagi
Harta, isteri, suami,
Putera, puteri, sahabat
Yang tinggal hanyalah amal yang sentiasa
Bersama kamu
Kalaulah dahi
Tak mencecah sejadah dunia
Terimalah balasannya nanti.

RENUNGKANLAH ……….

-nadzmi-
3.11 pm, 21 May 2000-

SI KEJAM YANG MASUK SYURGA

Si Kejam Yang Masuk Syurga



Said bin Khudri adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Beliau melaporkan, Nabi Muhammad pernah menceritakan kepada beliau kisah bagaimana seorang lelaki yang pernah membunuh seratus orang tetapi Allah tetap menerimanya sebagai penghuni syurga.

Lelaki itu seorang yang sangat kejam. Apa yang berlaku, selepas dia membunuh mangsanya yang ke sembilan puluh sembilan orang, dia merasakan dirinya berdosa. Lalu dia mencari orang yang pakar mengenai soal-soal agama di merata tempat. Puas dia mencari, akhirnya berjumpa.

Dengan penuh harapan dia bertanya kepada orang alim itu, “Tuan, saya pernah membunuh seramai 99 orang. Bolehkah saya bertaubat”. Orang alim itu terkejut mendengar pengakuan lelaki tersebut. Dia menjawab dengam marah.

Kata si alim, “Apa ?? Kamu sudah membunuh 99 orang, baru sekarang hendak bertaubat ???.”

Apabila mendengar kata-kata orang alim itu, lelaki kejam itu pun terus mengeluarkan pedangnya, lalu dibunuhnya orang alim itu. Cukup 100 orang yang dibunuhnya. Kemudian dia ingin bertaubat lagi. Dia terus mencari orang alim yang lain pula. Akahirnya berjumpa.

Dia bertanya, “Tuan, saya sudah membunuh 100 orang. Bolehkah saya bertaubat???.”

Orang alim itu mendengar dengan tenang dan menjawab, “Siapakah yang dapat menghalang saudara daripada bertaubat ? Keluarlah saudara dari kampong di mana saudara tinggal sekarang kerana ia kampong yang rosak. Pindahlah ke kampong yang masih baik.”

Mendengar nasihat orang alim itu, dia pun menuju ke kampong yang di maksudkan. Tetapi dia tidak sempat sampai ke kampong yang ditujunya kerana semasa masih di tengah perjalanan, lelaki itu mati. Maka malaikat pembawa rahmat dan malaikat pembawa azab berebut-rebut hendak mengambil rohnya.

Tiba-tiba dating Iblis dan berkata, “aku lebih berhak ke atas roh lelaki ini sebab dia tidak pernah ingkar kepadaku dalam melakukan dosa-dosanya.”

Jawab malaikat pembawa rahmat, “Dia sudah bertaubat daripada kesalahannya !!”.

Dalam perebutan itu keputusan memihak kepada malaikat rahmat disebabkan semasa lelaki itu meninggal dunia, apabila diukur antara jarak dua jarak, dia berada pada jarak yang lebih hampir dengan kampong yang baik daripada jarak kampung yang rosak. Dengan itu Allah menerima taubatnya.

Lihatlah wahai hamba Allah, manusia yang telah melakukan dosa yang paling besar pun mempunyai azam untuk bertaubat. Apatah lagi kita, manusia yang sering melakukan dosa tetapi ego dengan kemampuan diri masing-masing masih lagi tidak mahu memohon keampunan dari Allah SWT. Marilah kawan-kawan kita ambil iktibar daripada kisah ini mudah-mudahan kita di tempatkan dalam golongan yang baik-baik.
Insyaalah…..


-nadzmi-
-12.22 am, 21 May 2009-

NILAI KASIH IBU

Nilai Kasih Ibu


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangannya, lalu menyambut kertas yang dihulurkan .

Kos Upah Bantu Ibu :

• Tolong pergi kedai = RM 1
• Tolong jaga adik = RM 5
• Tolong buang sampah = RM 1
• Tolong kemas bilik = RM 3
• Tolong sapu sampah = RM 4

Selesai membaca si ibu tersenyum memandangkan si anak. Si ibu mencapai sebatang pen, lalu menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

• Kos mengandungkan kamu = Percuma
• Kos air mata yang menitis kerana kamu = Percuma
• Kos kerunsingan kerana bimbangkan kamu = Percuma
• Kos menyediakan makan, minum, pakaian dan segala keperluanmu = Percuma


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh ibunya. Si anak terus memeluk ibunya dan berkata “ Saya Sayangkan Ibu”.

-nadzmi-
-3.53 pm, 21 May 2009-

NIKMAT DI HARI KEBANGKITAN

Nikmat Di hari Kebangkitan Semula



- Allah SWT telah memberi jaminan bahawa orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mewarisi syurgaNya akan berada di dalam keadaan tenang dalam menghadapi suasana hari kebangkitan semula pada Hari Akhirat kelak.
- Secara umumnya manusia pada hari tersebut akan berada dalam keadaan terkejut, tidak tentu arah dan sentiasa berada di dalam keadaan ketakutan dan kebimbangan.
- Berbeza keaadaanya dengan para tetamu Allah SWT, mereka akan bangkit dari kubur mereka dalam keadaan tenang, tidak terperanjat dan tidak merasa sebarang ketakutan akan apa yang berlaku.
- Mereka akan disambut dengan penuh mesra oleh para malaikat Allah SWT yang tidak terbilang banyaknya.
- Para malaikat Allah SWT memberi khabar berita yang sangat menggembirakan mereka semua bahawa mereka akan hidup dalam kebahagiaan dan kenikmatan seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
- Allah SWT secara jelas telah menceritakan keaadaan mereka itu dalam firmanNya iaitu :

Mereka tidak akan merasa sedih dengan huru-hara yang amat mengerikan ( pada Hari Kiamat) sebaliknya mereka disambut oleh para Malaikat dengan penuh meriah lalu berkata ; Inilah hari kamu beroleh kebahagiaan yang telah Allah janjikan kepada kamu ketika di dunia dahulu.

Surah Al-Anbiyaa ( Ayat 103)

- Demi untuk mengukuhkan lagi kenyataan ini, Rasulullah SAW pernah bersumpah, dengan harapan umatnya akan lebih bersemangat untuk merebut peluang yang ditawarkan pada hari kebangkitan nanti ( Hari Akhirat).
- Para tetamu Allah SWT akan diberi layanan yang berbeza dan sangat istimewa.
- Mereka akan disambut oleh unta-unta putih yang berbeza dan sangat istimewa.
- Mereka akan disambut oleh unta-unta putih yang mempunyai sayap, yang boleh menerbangkan mereka ke mana sahaja yang mereka inginkan.
- Tali kasut mereka akan bercahaya ( berkilau-kilau).
- Setiap langkahnya (unta-unta tersebut)sejauh mata memandang, dan perjalanan mereka akan berakhir di hadapan pintu-pintu syurga.
- Sabda Rasulullah SAW berbunyi :

Demi Allah yang diriku (nyawaku) di tanganNya, sesungguhnya mereka akan keluar dari kubur mereka dalam keadaan disambut dengan unta-unta yang berwarna putih yang mempunyai sayap, yang pelananya bertatah emas. Tali kasut mereka bersinar cahaya yang berkilau-kilau, setiap langkahnya menjangkau jauh mata memandang, ia akan berakhir di hadapan pintu syurga.

-nadzmi-
-2.21 pm, 21 May 2009-

FIKIR SEJENAK

Fikir Sejenak


- Senyum itu tanda kemesraan diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
- Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah ketelanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
- Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
- Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
- Di antara tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujahadah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang di tegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan yang dilakukan.
- Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah, tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia yang normal.
- Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, diri kita itu hamba, itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina, dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
- Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita apatah lagi untuk dibanggakan.
- Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya, tetapi jangan putus hati kita dengan Allah SWT, ini adalah hak-Nya.
- Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


“Allah SWT dapat memaafkan hambanya apabila bertaubat, Nabi kita iaitu Rasulullah SAW dapat memaafkan umat-umatnya, kita sebagai umat Rasul dan hamba kepada Allah SWT bermaafanlah sesama kita.”

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH.

-nadzmi-
-3.33 pm, 21 May 2009-

Bagaimana Mendapatkan Ketenangan Hati

Bagaimana Mendapatkan Ketenangan Hati



Pada suatu hari seorang lelaki datang mengunjungi Tuan Guru Hassan Basri di rumahnya. Sudah menjadi kebiasaan, orang ramai suka pergi menemui Tuan Guru Hassan Basri bagi menanyakan berbagai-bagai perkara dan masalah yang menjadi kemusykilan kepada mereka.

Nama Hassan Basri sampai hari terkenal dengan kebijaksanaannya. Beliau adalah seorang ilmuan.

“Pada pendapat Tuan Guru, hari apa yang patut tuan katakana sebagai Hari Raya kepada tuan ?” tanya lelaki yang mengunjungi ilmuan itu.

“Hari apabila pada hari itu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” jawab Hassan Basri.

“Apakah rahsia kebahagiaan Tuan Guru di dunia ini ?” tanya lelaki itu lagi. Hassan Basri merenung tepat pada wajah lelaki itu. Dia tahu lelaki itu jujur bertanya.

Tuan Guru Hassan Basri segera memberi jawapan. “Apabila saya tahu rezeki saya tidak diambil orang, sebab itulah hati saya merasa tenang. Apabila saya tahu tanggungjawab saya, sebab itulah saya melaksanakannya. Apabila saya tahu Allah selalu melihat saya, sebab itulah saya tidak mahu melakukan kejahatan. Dan apabila saya tahu detik kematian saya akan tiba, sebab itulah saya bersedia bertemu Allah,” jawab beliau.

Jawapan itu menghentikan lelaki itu daripada bertanya selanjutnya. Dia berpuas hati dan segera pulang.

Itulah rahsia kebahagiaan Tuan Guru Hassan Basri. Ketenangan hati, amanah dalam tanggungjawab, tidak melakukan kesalahan dan bersedia menghadapi kematian.


-nadzmi-
-2.53 pm, 24 May 2009-

DIMANA LETAKNYA KESABARAN

Di Mana Letaknya Kesabaran


Pada suatu hari, Nabi Muhammad sedang berjalan pulang menuju rumah beliau. Di tengah perjalanan beliau lalu berhampiran dengan sebuah kawasan perkuburan. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang wanita sedang menangis teresak-esak seorang diri di tepi sebuah kubur.

Nabi Muhammad segera pergi menghampiri wanita itu dengan tujuan mengambil tahu apa yang berlaku kepada wanita itu.

“Puan, taatlah kepada Allah dan banyakkan bersabar,” kata Nabi Muhammad, cuba memujuk wanita itu. Wanita itu tidak peduli dengan kata-kata Nabi Muhammad malah dia menghalau beliau supaya dari situ.

“Pergilah kamu dari sini” tengking wanita itu.

Wanita itu teramat sedih dan bingung. Kubur itu adalah kubur anaknya yang baru meniggal dunia. Kerana terlalu sedih dia tidak sedar apa yang dikatakannya.

Nabi Muhammad terus beredar meninggalkan wanita itu. Kemudian wanita itu diberitahu orang yang ditengkingnya itu sebenarnya adalah Nabi Muhammad. Barulah wanita tersedar dan menyesal. Wanita itu segera pergi menemui Nabi Muhammad untuk meminta maaf. “Sebenarnya waktu itu saya tidak tahu siapa tuan,” kata wanita itu penuh sesal.

Nabi Muhammad dapat memahami perasaan wanita itu. “Ketahuilah puan, kesabaran itu letaknya semasa seseorang itu sedang marah dan sangat bingung menghadapi masalah,” kata Nabi Muhammad.


Cuba kita lihat Nabi Muhammad langsung tidak berdendam malah dia juga langsung tidak ambil hati dengan wanita tersebut. Cuba kita bayangkan yang Nabi Muhammad itu adalah kita ????? Mustahil kita akan mendiamkan diri malah kemungkinan besar kita akan memaki hamun wanita tersebut. Oleh itu kita sama-samalah kita renungkan artikel ini mudah-mudahan memperoleh kebahagian di dunia dan di akhirat.


-nadzmi-
-10.52 pm, 20 May 2009-

IBU...............

Buat Wanita Bernama Ibu



Ibu …
Wajahmu tuamu menggamit kenangan lalu
Penat lelah, jerit perihmu
Membesarkan anak-anak

Basikal tua, rumah usang
Menjadi saksi keperitanmu
Kepayahanmu
Membanting tulang demi sesuap nasi anak-anak
Membekalkan ilmu agar tertebus buta hurufmu
Demi masa depan anak-anak

Kasihan Ibu …
Kesusahan diwaktu muda sudah mengajarmu erti kesabaran
Menguji kecekalan dan keimanan
Kau terjah onak duri kehidupan yang berliku
Kesunyianmu, kesusahanmu
Pada-Nya kau pasrah

Terima Kasih Ibu …
Budi jasamu tiada tolok bandingnya
Tiada wang ringgit
Menjadi nilai pertaruhanmu

Maafkan Kami Ibu …
Kekasaran, kealpaan
Kesibukan, kesenangan melalaikan kami
Wajah tuamu yang menggamit rindu
Belaian, kasih saying anak-anakmu
Doakan kami anak-anakmu
Semoga kau sentiasa di dalam kebahagian
Dunia dan akhirat.

Terima Kasih Ibu
.


- nadzmi-
-1.05 am, 21 May 2009-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails