Search

RSS

Wednesday, May 28, 2008

........

Assalamualaikum...

Bertemu kita skali lagi di ruangan yang serba kekurangan ni..bukan tak nak buat penambahbaikan tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan. Alhamdulillah...ana baru sahaja sihat dari demam selesema...gak lama juga ana demam tapi ana still gagahkan diri untuk buat kerja n teruskan aktiviti seharian ana seperti biasa...tak tahu kenapa...malam ni (sewaktu entri ini ditulis) ana rasa sedih...mungkin kejadian yang berlaku sebentar tadi agaknya..maaf kerana ana tak dapat nak share dengan kalian semua kerana hal ini terlalu peribadi...bila fikir balik..ana rasa mungkin ada hikmahnya kan? Allah Maha Pengasih...Dia takkan uji kita dengan ujian kita sendiri tak dapat tanggung...makin kita diuji, makin kuat la kasih sayang kita terhadap Allah dan begitu jua kasih sayang Allah terhadap hambaNYA yang lemah lagi hina ini. Setiap manusia pasti akan diuji...tak kita ujian itu berat ataupun tidak. Jadi, kita sebagai manusia, haruslah sentiasa bersedia dan tabah dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang...bak kata pepatah..sediakan payung sebelum hujan...janganlah sampai sudah terhantuk baru terngadah...kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna lagi..

Hidup kita ni seumpama roda..kadang-kadang kita di atas, kekadang kita di bawah. Kita sebenarnya takkan sunyi dari masalah sma ada ia zahir atau tidak.macam mana nak tahu ia zahir ke tak?bak kata nabil raja lawak "korang pikir la sendiri" tapi bak kata ana...tepuk dada, tanya iman....cam mana nak hadapinya? mudah sahaja...kita semua dikurniakan anugerah yang paling berharga dan tak dipunyai oleh makhluk yang lain selain manusia..iaitu akal fikiran dan nafsu. Tapi sejauh manakah kita menggunakan anugerah tersebut? adakah kita gunakan kedua-duanya?berlandaskan iman atau tidak? Akal dan nafsu kalau kita gunakan berlandaskan iman, maka baik la hasilnya tapi jika sebaliknya.....maka terjadilah atau terhasillah satu tindakan yang bodoh dan kurang bijak. Contohnya...bunuh diri.Mintak jauh........

Kita tak boleh lari dari masalah, tapi sebaliknya kita hadapilah ia. sekiranya kita ada masalah, fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Ingat! kita bukan keseorangan...Allah sentiasa bersama hambaNYA yang sentiasa mengingatinya...Kita juga ada keluarga...rakan-rakan dan ramai lagi yang sayang kepada kita. InsyaAllah setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya cuma kita tak tahu sama ada ia cepat atau lambat shj... Jadikan lah ujian itu semanis madu..Ujian membuatkan kita sentiasa ingin mendekatkan diri kepada Yang MAHA ESA..

Oklah, mata ana pun dah mengantuk...insyaAllah kita akan bincang lagi tajuk ini di entri yang akan datang yer... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ana ni...

jaga diri
Hiasi peribadi
w'salam.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails