Saturday, November 14, 2009
Dendam
Slamat pagi..(entri ni ditulis pd awal pagi)...ana br je balik dari sarapan td..pg sarapan ngan sahabat ana, pekena roti canai hr ni. ms mkn td ada mcm2 topik yang kami bualkan td..tp bukan gosip ek..hihi emm ms balik td teringin plak nak post entri baru kat blog ni...
Baru2 ni ym(yahoo mssger) ana tlh beberapa kali telah d'hack oleh org yang tak bertanggungjawab..sebelum ni ana dah ade syak seseorg yang melakukannya..tp ana tak brani la nak tduh dia sbb ana takde bukti pun..juz agak2 je la. So, utk membuktikannya, ana ade mintak tolong sahabat ana ni (sahabat ana mintak tlg kwn dia) tggkkan la angkara sape la ni kan..setelah disiasat..barulah ana tau sape dia..bdk tu agak pandai dlm bab2 it ni..tak silap ana dia pnh blajar ilmu tu tp tak sangka pulak la dia salahgunakan ilmu yg dia ada tu ke jalan yang tak baik...
Ditakdirkan Allah, beberapa hari kemudian, lps abis exam ana tergerak hati nak bukak ym ana tu..first bukak dapat..so ana ttp la jap tp bl ana bukak kai yg kedua trus tak dapat..dlm hati ckp mst ym ni kne hack lagi ngan dia. So, ana bukakla ym ana yg satu lagi tu. Tibe2 dia tgr ana n ckp mcm2 kat ana dalam ym tu. Bila ana buat kepastian siapa dia tu..ternyata tekaan ana n org yg ana syak slama ni adalah tepat dan terbukti. Org tu ana sgt knl n ana pnh berkawan ngan dia pd suatu ketika dulu. Tak sangka pula dia boleh buat kat ana camtu. Bila ditanya, jawapannya adalah DENDAM. Masyaallah... terkedu ana utk beberapa minit. Sbb dendam dia sanggup buat ana camni. Ana pun tak pasti knp dia terlalu berdendam sangat ngan ana ni..stahu ana, ana tak pnh sakitkan hati dia pun.. or mungkin ana ade terlepas pandang...tp biarla ana n Allah sahaja yg tau. Hmm tu la manusia ni ada mcm2 ragam..slagi dia tak puas hati, slagi tu la dia buat sampai la dia puas. Masyaallah...
Apa yg ana nak streeskan kat sini, wahai 'hacker' saya maafkan segala salah dan silap n atas segala apa yg awk buat slama ni.. bertaubat la. Apa yg awak buat ni langsung tak mendatangkan ape2 faedah pun. Kalau tjuan awk nak buat sy tertekan, dulu mmg awk berjaya tp bukan untuk sekarang ni. Buangla perasaan dendam tu. Hati awak takkan tenang kalau awk terus-terusan menyimpan perasaan dendam dalam diri awk. hentikan segala fitnah dan tohmahan yang tak berasas yg awk lakukan slama ni. Berhijrahlah, berubahlah. Hentikanlah kerja yang tak beri apa2 manfaat kpd awk ni. Smg awk cpt brubah n jd org yg disayangi oleh semua orang.
ikhlas,
amirah
Friday, October 30, 2009
PELIKNYA KITA
PELIKNYA KITA …
Senangnya menghafal lirik,
Sukarnya menghafal surah Al-Quran
PELIKNYA KITA …
Ramainya orang di konsert-konsert,
Sedikitnya orang di masjid.
PELIKNYA KITA …
Senang kita membeli tiket wayang yang mahal,
Sukarnya kita memberi sedekah.
PELIKNYA KITA …
Senangnya kita mengeluarkan air mata untuk kekasih,
Sukarnya kita mengeluarkan air mata untuk Allah.
PELIKNYA KITA …
Seronoknya dengar orang nyanyi,
Mengantuknya apabila dengar orang baca Al-Quran.
Tuesday, October 27, 2009
buat sahabatku...bersabarlah
Agak lama rasanya ana tak post entri baru dalam blog ni...emm hapir 3 bulan rasanya...emmm lamenye! baru kali ni ana berkesempatan nak post entri baru sbb sebelum ni ana agak sibuk dengan assignment dan keja2 yang sewaktu dengannya..huhu...sebelum ni pun page kat blog ana ni agak suram disebabkan masalah teknikal dan ana tak sempat nak update n tukar template tapi alhamdulillah 3 hari lepas ana berjaya mengupdatekan blog ni dan kini blog ni dah berwajah baru...yippi!!hihihi...
emm ok la sebenarnya dalam masa blog ni 'kurang aktif' ana sebenarnya ada banyak entri yang ana nak kongsikan utk antum semua tapi...terbengakalai begitu aje...entri2 tu still lagi ada dlm simpanan ana..nak post rasenya dah basi kot..huhu emm takpe la..biar ana wat pekasam je la..takpun budu..nge~~~ Dalam tempoh tu juga pelbagai onak dan duri yg ana terpaksa tempuhi dan kadang-kadang terasa nak lari jauh je..tp Alhamdulillah berkat dorongan dan sokongan yang tak putus-putus drp ma abah, adik-bradik dan sahabat-sahabat ana...ana dapat atasi juga..alhamdulillah...
sebut pasal sahabat..ana ada sesuatu nak dikongsikan dengan antum sekalian..semalam.ana ada dapat panggilan daripada seorang sahabat ana(sahabat dunia akhirat).."N" bukan nama sebenar...agak lama juga berbual dengannya..dan tengah syok2 berbual..sahabat ana ni tibe2 sebak..setelah berulang kali ana desak dia baru la dia cerita kat ana hal yang sebarnya. Alangkah terkejutnya ana bila sahabat ana khabarkan bahawa dia mungkin akan dibedah sbb ada darah beku kat dalam kepala dia..masyaallah..terkedu ana seketika...sahabat ana ni sekali lagi diuji...walaubagaimanapun dia ckp dia msh lagi dlm tahap yg boleh diselamatkan sebab darah beku tak byk sgt tp menurut doktor kalau ia dibiarkan, ia akan menjadi bertambah serius! patutla sebelum ni dia ada mengadu kat ana yang dia selalu rasa sakit kepala...
Terasa ingin sekali membantu dia tapi yang ana mampu buat...berdoa untuk dia dan sentiasa bagi semangat kat dia..
Sahabatku...sabarla di atas segala ujian yang Allah berikan kepada kita..yakinlah bahawa Allah takkan menguji hambanNYa dengan ujian yang hambaNYa sendiri tak mampu atasi..
Sahabatku...ketahuilah...setiap ujian yang Allah berikan kat kita menunjukkan betapa betapa sayannya Dia kat kita...
Sahabatku..ketahuilah...sahabatmu ini sentiasa bersamamu disaat duka dan suka ini...
Sahabatku..bersabarlah..bersabarlah..bersabar...
semoga cepat sembuh... gammbate!!!
Saturday, October 24, 2009
AKAL DAN HATI
Hati yang difahami adalah salah satu organ di dalam tubuh dan mempunyai bentuk. Betapa mudahnya dikaitkan hati itu dengan perkataan : suara hati, kata hati, sakit hati, keras hati, lembut hati, baik hati dan berbagai-bagai lagi hingga Allah S.W.T juga meminta hati dipertanggungjawabkan atas kesesatan hamba-Nya. Oleh kerana tidak diketahui hati yang dimaksudkan itu, apatah lagi mengenalinya, bagaimana untuk menjaganya dari direbut oleh iblis untuk dirosakkan seperti dikeraskan, di busukkan, dimatikan, dibutakan dan berpenyakit.
Di mana akal????...... Jika berdirinya kita sebagai manusia.
Di mana Tuhan????..... Jika hati kita tidak ingin mengenal-Nya.
nasihat untuk orang yang berCINTA

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
kt iluvislam.com
Sunday, August 9, 2009
KEKUATAN PERIBADI
Makna kuasa di dalam kamus ialah “kekuatan untuk bertinda”. Tindakan yang penting bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar ialah dengan menanam keyakinan bahawa perubahan itu tidak mustahil. Perkara yang berlalu biarkan berlalu. Segala tindakan semalam yang tidak mendatangkan hasil tidak ada kaitan dengan tindakan kita hari ini.
Disamping berusaha kita perlu focus dan menjaga keperluan diri dari segi mental,emosi,fizikal dan kewangan. Kekuatan peribadi ada pada diri kita sendiri. Yang menetukan kita berjaya atau tidak semua itu terpulang kepada Allah kerana Allah tidak akan memberikan kejayaan kepada seseorang itu dengan mudah melainkan kita BERUSAHA,BERISTIQAMAH DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MELAKUKAN SEBARANG TINDAKAN.
Renungkan kata-kata ini ;
Masalah di dunia hanya sementara. Tiada masalah yang boleh mempengaruhi kehidupan kita. Oleh itu kita perlulah bijak menanganinya sekiranya kita terus berusaha dan bertindak secara positif dan membina .